Blog

  • TURKI

    TURKI

    Turki

    Kuala Lumpur / Istanbul / Bursa / Madinah / Badar / Mekah / Toif / Mekah / kuala Lumpur

    Mereka yang belum pernah pergi kami sarankan untuk pergi melihat sejarah kehebatan Islam di Turki, kehebatan yang boleh diterjemahkan dalam bentuk seni bina Islam dan beberapa sudut lain juga. Bukan sekadar mereka yang belum pergi, mereka yang pernah pergi ke sana juga akan kesana lagi untuk menikmati sejarah ini, tambahan lagi dengan susana udara serta rakyat Turki yang sangat peramah dan baik juga.

    Bila melihat Masjid Biru, terpandang suatu seni arkitek Islam yang sangat hebat. Ianya di bina semasa pemerintahan Sultan Ahmed I yang menjadi pemerintah Kerajaan Uthmaniah pada 1603 Masihi sehingga 1617 Masihi.

    Tujuan asal pembinaanya ialah utk menandingi Hagia Sophia yang asalnya juga adalah sebuah gereja besar zaman Byzantine sebelum kerajaan itu jatuh kepada tangan Islam pada tahun 1453 Masihi.

    Jika nak tahu juga menara yg dibina itu adalah diperbuat dari salutan Emas. Ideanya adalah datang dari Sultan sendiri ketika mengarahkan Arkitek yang bernama Mehmet Aga utk melaksanakan projek itu.

    Masih tertegak hebat Masjid Biru ini walaupun sekarang sudah tahun 2017, bila kami membawa pelanggan/jemaah umrah/pelancong peribadi ke sana sebenarnya adalah utk menggamit semula memori kehebatan Islam yang sangat hebat suatu ketika dahulu.

    Antara cadangan program yang selalu kami cadangkan ialah Umrah + Ziarah Turki yg berharga RM 9150, pakej ini kita akan pergi Melawat Turki dan masuk untuk ke Madinah dan Mekah, di dalam Pakej ini juga kita masukkan sekali lawatan ke Bandar Toif serta Bandar Badar serta Syuhada Badar. Ini antara pakej yang sangat superb yang kami rancangkan untuk bakal tetamu.

    Ada juga yg memilih untuk pergi ke Turki sahaja. Mereka yang memilih untuk pergi dengan Group pun ada dan banyak juga utk memilih kami uruskan pakej persendirian untuk mereka, seperti 2 orang sahaja pergi atau sekeluarga mereka pergi ,atau rakan2 pejabat dan sebagainya.

    Mereka yang memilih Turki sebagai destinasi pelancongan memang sangat berbaloi kerana tempat itu penuh dengan sejarah yang hebat dan suasana yang sangat menarik.

    Tahniah bagi anda yang sudah pergi, anda yang belum pergi, rancang cepat supaya dapat ke sana juga.

  • Madain Saleh

    Madain Saleh

    [ Madain Saleh ]

    Apabila kita membaca al-Quran kita akan menjumpai cerita-cerita kehancuran dan kebinasaan kaum-kaum terdahulu yang tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Di antaranya ialah kaum Ad’ umat Nabi Hud, Kaum Samud umat Nabi Soleh serta kaum Madyan umat Nabi Syu’aib dan lain-lain kaum serta bangsa yang lain lagi.

    Membaca ayat al-Quran dalam surah Hud ayat 62 sehingga 69 menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Soleh berdakwah kepada kaumnya dan sehingga akhir ayat itu bagaimana Allah menurunkan azab kepada mereka.

    Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Surah Hud Ayat 68)

    (Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud.(Surah Hud Ayat 69)

    Dalam Alquran, kaum ‘Ad dan Samud disebutkan secara bersamaan. Menurut para ahli tafsir, terdapat sebuah hubungan antara kedua kaum ini. Dan, kaum ‘Ad pernah menjadi bahagian dari sejarah kaum Tsamud.

    Nabi Saleh memerintahkan umatnya untuk mengambil peringatan dari kejadian yang pernah menimpa umat Nabi Hud (kaum ‘Ad). Sementara itu, kaum ‘Ad ditunjukkan contoh dari kaum Nabi Nuh yang pernah hidup sebelum mereka. Kaum ‘Ad mempunyai kaitan penting dengan kaum Nabi Nuh. Ketiga kaum ini mempunyai hubungan sejarah yang saling berkaitan.

    Terdapat hadis Nabi Muhammad SAW pernah melalui madain Saleh tersebut pada tahun ke 9 hijrah sewaktu perang Tabuk dan Baginda melarang sahabat berhenti di situ dan Baginda berkata jangan kamu masuk ke tempat yang di azab ini melainkan kamu menangis . Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada hadis Ibnu Umar.

    Alhamdulillah , walaupun tidak menangis secara zahirnya namun ibrah serta pengajaran dari bumi itu sangatlah hebat dan penuh dengan sejarah, bagaimana mereka memahat gunung-ganang mereka untuk dijadikan rumah.

    “Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum ‘Ad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”(.Surah al-A’raf Ayat 75)

    Sehebat-hebat kita belum tentu kita dapat tahan untuk bina dan pahat bukit-bukit untuk dijadikan tempat tinggal, namun sehebat mereka dengan perkara teknikal dunia namun mereka tetap ingkar terhadap Yang Maha Esa. Namun mereka tetap ingkar akan Allah sehingga Allah turunkan azab kepada mereka.

    Kini kota ini menjadi warisan Dunia selepas mendapat pengiktirafan oleh PBB ( UNESCO) sendiri dan tersenarai daripada 2008 sebagai ( World Heritage Site), Lokasinya terletak di utara madinah dengan perjalanan dari Madinah mengambil masa dalam 3 jam 30 minit ke 4 jam menggunakan bas.

    Terdapat 132 binaan lama yang masih kukuh sehingga sekarang ini , binaan itu dikatakan bilik-bilik tidur dan makam-makam mereka, tempat ini terletak sekitar 440 KM dari bandar Madinah dan mereka yang hidup di sini dijangkakan pada tahun 200 sebelum Masihi sehingga abad 2 masihi iaitu 200 Masihi. Hebatnya Allah masih biarkan tempat ini sebagai suatu sejarah yang kekal bagi kita sebagai umat Islam untuk mengambil pengajaran. Kelihatan terlalu hebat binaan-binaan tersebut, namun disebalik kukuhnya binaan-binaan mereka, perlu dilihat juga keimanan kita dengan Allah swt, sejauh mana kita beriman dengan Quran dan hadis Nabi SAW sebagai suatu sumber wahyu.

    Bila membawa jemaah Umrah ke sini, bagaikan membawa mereka melihat serta mencari pengajaran besar untuk melalui hari-hari mendatang. Tidak mudah suatu kaum besar dan hebat akhirnya mereka ingkar akan arahan Allah swt melalui utusanNya. Kita masih Allah beri waktu dan masa agar melihat dan mengambil pengajaran.