Blog

  • ISTIQAMAH SELEPAS UMRAH

    ISTIQAMAH SELEPAS UMRAH

    Kekalkan momentum kebaikan yang jemaah buat di tanah haram, selepas kembali ke tanah air.
    Biar ada perubahan yang baik sebelum dan selepas ke sana.
    Kalau di sana kita sangat menjaga solat berjemaah di masjid dan solat2 sunat terutama rawatib, buat jugalah di sini.
    Kalau di Madinah, kita berlumba-lumba ke Raudhah, di sini ada juga “raudhah” iaitu majlis ilmu yang dipayungi malaikat yang boleh kita penuhi.
    Kalau di sana kita rajin membaca Al Quran, di sini kita teruskan banyak membaca dan cuba memahami kitab panduan ini.
    Kalau di sana kita banyak bersedekah dan pemurahnya kita, di sini pun banyakkan sedekah terutama kepada anak-anak, kaum keluarga dan sanak-saudara terdekat itu lebih utama.
    Kalau di sana kita banyak berbelanja shopping sakan, di sini kena jimat cermat sikit sebab lambat lagi gaji nak masuk.?

  • KEMBARA TURKI MUSIM SEJUK

    KEMBARA TURKI MUSIM SEJUK

    Hari Pertama, 7 Disember: ISTANBUL

    03-umrahstandard

    Penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran tiba awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul sekitar 9.00 am. Selesai membuat tuntutan bagasi, kami bertemu dengan Mr. Adem Arslan, pemandu pelancong tempatan yang akan membantu kami sepanjang pengembaraan di Turki ini. Ini kali ke-2 saya bertemu dan bekerjasama dengan En. Adem yang sangat mewah dengan gurauan dan mesra tetamu. Kami memulakan pengembaraan hari pertama dengan menziarahi Muzium Topkapi. 2 jam masa yang diperuntukkan di sana terasa sangat singkat berlalu dengan melawati kompleks Muzium Istana Topkapi yang antara lain menempatkan tinggalan barang peribadi Rasulullah SAW dan para sahabat. Satu perkara yang sangat menggamit hati apabila melihatkan 4 bilah pedang milik 4 orang sahabat nabi yang juga dikenali sebagai Khulafa al-Rasyidin. 4 bilah pedang dengan 4 pemilik yang berbeza mempunyai 4 bentuk yang berbeza, seakan-akan memberi petunjuk bagaimana peribadi setiap sahabat tersebut. Umumnya, pedang Umar r.a. dan Ali r.a. punya bentuk yang lebih besar berbanding pedang Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Uthman r.a. Sangat menakjubkan! Seterusnya kami makan tengahari di restoran berhampiran dan meneruskan pengembaraan ke Hippodrome dan solat di Masjid Biru. Selesai di situ, kami menaiki pelayaran Selat Bosphorus, menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT sewaktu matahari terbenam. Keindahan suasana tersebut sukar digambarkan dengan kata-kata. Perasaan takjub dengan kekuasaan Allah SWT menyelubungi jiwa sekalian peserta rombongan. Pengembaraan hari pertama diakhiri dengan makan malam di restoran makanan laut bawah Jambatan Galata sebelum kami masuk ke hotel untuk berehat.

    Hari ke-2, 8 Disember: ISTANBUL – BURSA – KUSADASI

    Pengembaraan kami bermula dengan bertolak ke Bursa seawal jam 7.00am. Destinasi persinggahan pertama kami di butik manisan Munira, salah sebuah butik manisan terulung di Turki. Kami disajikan dengan maklumat tentang rempah ratus di Turki terutamanya Saffran, manisan-manisan Turki (Turkish Delights) yang resepinya turun temurun sejak zaman Kerajaan Turki Othmaniah serta produk-produk Turki yang lain seperti pati minyak wangi, kosmetik berasaskan zaitun dan kopi Turki. Usai membeli-belah di situ, kami menziarahi Masjid Besar Bursa dan mendengar penerangan daripada pemandu pelancong Mr Adem tentang keunikan Masjid tersebut. Masjid Besar Bursa adalah masjid yang dibina semasa pemerintahan Sultan Bayezid I. Keunikan seni bina masjid ini dengan mempunyai 20 buah kubah, 2 buah menara serta dihiasi dengan lebih 100 jenis kaligrafi yang menghiasi dinding dalam Masjid tersebut. Ada kisah orang tempatan bahawa dipercayai Masjid Besar Bursa ini sering dihadiri oleh Nabi Khidir untuk solat berjemaah di situ, selain lagenda bagaimana wujudnya kawasan tempat wudhu di tengah-tengah ruang solat bangunan masjid tersebut. Selesai menziarahi Masjid Besar Bursa, kami menziarahi pula Masjid Hijau dan Makam Hijau, masjid serta makam yang dibina oleh Sultan Mehmet I, datuk kepada Sultan Mehmet II yang juga terkenal dengan nama Sultan Muhammad Al-Fatih. Sultan Mehmet I telah membina makam baginda tersendiri sebelum meninggal dunia beberapa bulan kemudian. Jasadnya beserta jasad 7 orang anak-anaknya disemadikan di makam ini. Usai solat jamak Zohor-Asar di Masjid Hijau, kami meneruskan perjalanan ke bandar Kushadasi dan bermalam di situ.

    03-umrahstandard

    Hari ke-3, 9 Disember: KUSADASI – SELCUK – PAMUKKALE

    Pengembaraan di Turki kami teruskan dengan menziarahi Bandar Kusadasi, sebuah bandar pelancongan yang menjadi destinasi pelancong menikmati pantai di Turki. Bandar ini sentiasa penuh pada musim panas dan cuti perayaan. Dalam musim sejuk, jumlah pelancong yang hadir tidak ramai. Kami dibawa untuk mengambil gambar di satu lokasi berlatarbelakangkan bandar Kusadasi yang sangat indah. Seterusnya, kami dibawa untuk menimba pengalaman masuk ke ladang Limau Mandarin dan memetik sendiri buah mandarin. Ladang Mandarin ini terletak di Bandar Selcuk, 30km daripada bandar Kusadasi. Setelah menikmati perahan jus delima segar dan membeli buah limau mandarin pada harga yang sangat murah, kami pergi ke perkampungan lama Shirince untuk melihat binaan rumah lama pengaruh Grik dan Ottoman di situ. Kewujudan perkampungan ini yang satu ketika dahulu diduduki oleh orang Grik yang lari daripada penjajahan Rom Timur, kemudiannya digantikan pula oleh orang Turki Ottoman setelah satu perjanjian antara kerajaan Turki dan Greece yang menatijahkan orang-orang kristian di Sirinche berpindah ke Greece manakala orang Islam di Greece berpindah pula ke Shirince. Senibina rumah dilereng bukit menjadi daya tarikan pelancong di perkampungan tersebut. Cuaca mendung dan berangin menyebabkan kami tidak meneruskan perjalanan masuk ke dalam perkampungan tersebut untuk mengelakkan terkena hujan lebat yang mulai turun. Usai daripada menziarahi perkampungan lama Shirince, kami dibawa pula melawati tapak kuil lama Dewi Atermis. Dewi Artemis dipercayai oleh orang Anatolia kuno – Timur Tengah Turki – sebagai dewi yang menjaga kemakmuran dan dewi pemburu. Kuil yang pada suatu ketika dahulu terdiri daripada 126 tiang marmar berketinggian lebih daripada 4 meter setiap satu, kini hanya tinggal satu tiang yang itupun dibina kembali oleh arkeologis. Kuil ini telah musnah dalam salah satu kejadian gempa bumi yang melanda Turki satu ketika dahulu. Hari ini, tapak kuil ini menjadi salah satu pusat tarikan pelancong ke daerah Selcuk, Turki. Perjalanan hari ini diteruskan dengan melawati butik penghasilan produk fesyen kulit Turki. Kami diberi pendedahan tentang bagaimana industri produk fesyen Turki menghasilkan barangan yang berkualiti tinggi dan dieksport ke luar negara. Ada juga barangan berjenama terkenal dunia mengambil hasil produk di butik tersebut dan dipasarkan ke seluruh dunia bawah jenama tersebut. Teknologi moden hari ini membolehkan butik ini menghasilkan barangan kulit berkualiti tinggi yang dalam masa yang sama nipis dan tahan lasak! Selesai mendengar penerangan dan membeli-belah di sini, kami singgah di restoran untuk makan tengahari dan meneruskan perjalanan ke Pamukkale. Setibanya di Pamukkale, kami dibawa melawati tapak warisan UNESCO: Travertine Pool with White Terrace. Kami berpeluang membasahkan kaki dengan air panas bermineral di situ. Pemandangan batuan putih di kawasan tersebut sangat menggamit mata setiap yang hadir. Setetusnya, kami masuk ke kawasan kota lama Heriapolis dan mengambil peluang bergambar di kawasan Theatre, Agoda (Pasar Awam) dan pintu-pintu masuk kota tersebut. Daripada situ kami bergerak ke hotel penginapan untuk berehat.

    03-umrahstandard

    Hari ke-4, 10 Disember: PAMUKKALE – AKSARA – CAPPADOCIA

    Sebahagian daripada kumpulan kami mengambil peluang untuk menaiki Belon Udara Panas di Pamukkale atas nasihat Pemandu Pelancong kami Mr. Adem. Katanya, di Cappadocia belon udara panas tidak beroperasi atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan. 8 orang sekeluarga pergi menaiki belon udara panas, bakinya meneruskan aktiviti membeli-belah di gedung tekstil di Pamukkale. Pamukkale membawa maksud Istana Kapas kerana di daerah itu kapas dihasilkan dalam skala besar. Kapas-kapas ini kemudiannya digunakan untuk menghasilkan produk tekstil berkualiti tinggi dan dieksport ke luar negara. Selesai membeli-belah di gedung tekstil dan bergabung semula dengan keluarga yang menaiki belon udara panas, kami meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Dalam perjalanan ke Cappadocia, kami singgah di salah satu pusat tarikan pelancong dalam daerah Aksara. Sultanhani Caravanserai, salah satu pusat persinggahan rehat dan rawat pada zaman kerajaan Islam Seljuk. Caravanserai ini merupakan kompleks persinggahan paling besar pada zaman tersebut. Di Turki, tidak kurang daripada 100 buah struktur Caravanserai yang wujud dan masih dipelihara sehingga hari ini. Kewujudan Caranvanserai ini telah memacu ekonomi Kerajaan Islam Selcuk pada zaman tersebut kerana ramai pedagang yang datang ke Turki untuk berdagang disebabkan sistem sokongan yang baik pada masa itu. Di Caravanserai, pedagang dapat perlindungan daripada serangan lanun dan perompak, menambah bekalan perjalanan selain dapat memberi rehat kepada haiwan pengangkutan mereka. Disebabkan struktur tersebut sedang dibaikpulih, kami hanya dapat bergambar di bahagian luar struktur Sultanhani Caravanseri.
    Sebelum tiba di Kapadokya, kelihatan gunung-gunung mulai putih ditutupi dengan salji. Kami difahamkan daerah Kapadokya telahpun bersalji semenjak minggu lepas. Setiap daripada kami semakin teruja untuk tiba di Cappadocia dan bermain salji. Kami tiba di Cappadocia sekitar jam 9.00pm dan sedikit hampa melihat tiada salji di kawasan tersebut. Sudah seminggu kawasan itu tidak bersalji, maka, salji yang turun sebelum itu telah cair. Namun begitu, semua orang masih menarik nafas lega kerana dapat berehat selepas menempuhi perjalanan yang panjang!

    03-umrahstandard

    Hari ke-5, 11 Disember: CAPPADOCIA

    Hari ini kami berjalan-jalan di sekitar Cappadocia. Antara pekan yang kami lawati adalah pekan Uchisar, Goreme, Chardak dan Avanos. Di Uchisar kami menyaksikan binaan Kubu Uchisar yang mempunyai sebanyak 7 tingkat. Kubu ini dibina di kawasan bukit dengan cara kawasan tempat tinggal dan aktiviti masyarakat dibina dalam bukit tersebut. Bentuk kubu yang unik menjadi tarikan setiap pelancong yang datang ke sini. Selain itu, di Uchisar juga wujud Lembah Merpati – Pigeon Valley – yang menjadi tempat Orang Hittite zaman dahulu menternak burung merpati. Tujuannya adalah untuk mendapatkan telur burung merpati dan najis burung merpati. Telur burung merpati mereka gunakan untuk menghasilkan plaster rumah manakala najisnya digunakan untuk menjadi baja tanam-tanaman masyarakat pada zaman tersebut. Pemandangan indah di Lembah Merpati adalah satu pemandangan yang wajib disinggahi oleh sesiapa yang datang melancong di Cappadocia! Seterusnya kami melawati Butik Barang Kemas yang menghasilkan barangan daripada batu-batuan yang wujud di Turki. Dua jenis batuan Turki yang terkenal, Batu Turqoise dan Batu Zultanite, mempunyai sifat yang unik dan sangat cantik setelah diproses menjadi batu perhiasan. Perjalanan diteruskan dengan menziarahi perkampungan Cardak untuk masuk dan mengalami suasana bandar bawah tanah. Juga peninggalan Orang Hittite, Turki turut menempatkan bandar bawah tanah yang paling besar dalam dunia. Sehingga hari ini masih banyak bandar bawah tanah yang masih belum diteroka. Selesai di sini, kami pergi makan tengahari di pekan Goreme dan singgah di Masjid pekan Avanos yang terletak di tepi sungai Merah untuk menunaikan solat. Selesai solat, kami dibawa untuk menyaksikan demonstrasi penghasilan barang seramik Turki. Kemudian, kami balik ke hotel di pekan Nevshehir untuk berehat. Lewat malam tersebut, salji mulai turun di bumi Cappadocia. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bermain salji buat pertama kali. Salji yang turun dengan lebat sangat cantik dan pasti meningglkan memori manis yang sukar untuk dilupakan!

    03-umrahstandard

    Hari ke-6, 12 Disember: CAPPADOCIA – ANKARA

    Perjalanan hari ini dimulakan dengan singgah di kawasan Pasabag dan Devrent untuk mengambil gambar peninggalan masyarakat Hittite zaman dahulu. Rumah-rumah dan gereja dalam batu di Pasabag serta batu-batuan pelbagai bentuk di Devrent menjadi daya tarikan pelancong di kawasan ini. Selesai mengambil peluang bergambar di sini, kami dibawa ke pusat penghasilan permaidani untuk mendengar penerangan dan menyaksikan demonstrasi penghasilan permaidani Turki yang dihasilkan dengan kaedah tradisional sehingga ke hari ini. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke bandar Kayseri untuk makan tengahari dan seterusnya ke gunung Erciyes untuk bermain salji. Sepanjang perjalanan kami salji turun dengan lebat. Kiri dan kanan jalan kelihatan putih dek diliputi salji. Tiba di gunung Erciyes, kami solat di sebuah Masjid berhampiran Resort Ski dan menaiki ‘Cable Car’ di situ. Semua orang tidak melepaskan peluang bermain salji, membuat orang salji dan minum kopi panas di Resort Ski tersebut. Setelah itu, kami bertolak ke Bandar Ankara dan bermalam di Ankara. Bandar Ankara juga diliputi salji ketika kami sampai di sana. Menurut Mr Adem, telah hampir 5 tahun beliau datang ke Bandar Ankara dan ini kali pertama beliau melihat Bandar Ankara dalam keadaan bersalji tebal! Rezeki rombongan kali ini, dapat bermain salji bukan setakat di Resort Ski bahkan juga di dalam bandar!

    03-umrahstandard

    Hari ke-7, 13 Disember: ANKARA – ISTANBUL

    Pengembaraan di bumi Turki diteruskan dengan perjalanan pulang ke bandar Istanbul. Dalam perjalanan, kami singgah di salah sebuah perhentian rehat dan rawat dalam kawasan Dorukkaya untuk berehat serta menikmati pemandangan tasik beku. Sekali lagi, rombongan mengambil kesempatan bergambar di tepi hutan yang pokok-pokoknya dilitupi salji tebal dan juga membuat Orang Salji. Kali ke-2 kami singgah untuk makan tengahari di restoran jejambat dalam daerah Sakarya dan tiba di Istanbul sekitar jam 4pm. Aktiviti diteruskan dengan peluang membeli belah di Grand Bazaar dan kawasan sekitarnya. Seterusnya, kami makan malam di sekitar kawasan Sultanahmet sebelum pergi ke Dataran Taksim untuk menimba pengalaman ‘Night Life’ di situ. Dataran Taksim merupakan dataran yang banyak menyaksikan peristiwa- peristiwa penting berlaku di Turki. Antaranya, di sini berlakunya tempat rakyat menggagalkan secara aman cubaan Kudeta Tentera Turki beberapa tahun yang lepas. Hari ini, dataran ini meriah dengan pelbagai aktiviti yang menarik setiap bulan. Selesai berjalan-jalan di Dataran Taksim, kami pergi ke Hotel untuk berehat dan bersiap-siap untuk balik keesokan hari.

    Ingin ketahui lebih lanjut, sila klik link di bawah:
    https://mursyidalharamain.com/v2/turkey/

  • QIAMULLAIL PERDANA

    QIAMULLAIL PERDANA

     

    Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

    Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

    Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

    Nabi SAW bersabda“Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

    Hebatnya Malam

    Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;

    “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

    Firman Allah SWT:

    “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”  (Surah al-Isra’: 79)

    Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam.

    Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.

    • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
    • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
    • Dapat muhasabah kekuatan diri
    • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
    • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

     

    Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail

    Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

     “Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

    Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

    “Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.”  (HR; Bukhari;)

    Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”

    Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

    Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

    WAKTU AFDAL QIAMULAIL

    Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

    Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”  (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

    Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

    Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.”   (Al-Tibrani)

    DOA QIAMULAIL

    AMALAN QIAMULAIL

    Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.

    1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
    2. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
    • Solat Sunat Tahajjud
    • Solat Sunat Taubat
    • Solat Sunat Tasbih
    • Solat Sunat Hajat
    • Solat Sunat Witir
    1. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoadan sebagainya.

     

    FADILAT QIAMULAIL

    1. Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.
    2. Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.
    3. Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.

    Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda“Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”

    HIKMAH QIAMULAIL

    Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;

    1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
    2. Membawa kesan iman yang mendalam,

    PENUTUP

    Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”

    Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”

    Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.

    Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia-sia), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

    Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.

    Yang teringin ikut serta bersama kami, kami bawakan QIAMULLAIL PERDANA untuk Jemaah Mursyid Alharamain Travel & Tours.Bukan sekadar itu tetapi kita bawa ke Masjid Quba sebanyak 3 Kali lagi. InsyaAllah ini usaha kami utk semua jemaah kami happy dan seronok di Tanah Suci.

    Allahumma yassir ya karemm.

    Pejabat kami di Shah Alam dan Kelantan buat masa sekarang. Wakil jualan kami pun boleh bantu. Tapi pastikan wakil jualan kami yg sah yaa.
    Nanti di Mekah kita buat 5 Kali Umrah juga, di bimbing Mutawwif dan disediakan Transports Bas yg sgt selesa.
    BERMINAT TAKK??

    BISMILLAH, CAKAP BERMINAT DAN JOMLAH CALL TANYA DAN BERDAFTAR..

  • PERJALANAN BERMUSAFIR KE TURKI

    PERJALANAN BERMUSAFIR KE TURKI

    KLIA – TEHRAN – ISTANBUL : 25 Nov 2018

    Seramai 24 orang peserta telah menyertai kembara ke bumi Turki di bawah pakej pelancongan syarikat Mursyid al-Haramain. Menaiki penerbangan Mahan Air pada jam 11:35 pm daripada Kuala Lumpur menuju ke Tehran dan transit selama 3 jam kemudian meneruskan penerbangan ke Istanbul.

    ISTANBUL – ANKARA : 26 Nov 2018

    Sejurus tiba di Istanbul, waktu melewati jam 12:00 pm, peserta terus di bawa melawat Masjid Abu Ayyub al-Ansari dan menziarahi makam Sahabat Nabi tersebut. Penjelasan berkenaan sejarah beliau dan pengorbanan telah diberikan oleh tour guide. Kemudian ke Grand Bazaar dan kawasan sekitarnya serta menunaikan solat fardhu Zohor di Masjid Nur Osmaniyya yang telah dibina pada tahun 1755 semasa pemerintahan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Pada jam 2:30 pm, kesemua peserta telah menaiki bas dan kami memulakan perjalanan menuju ke Ankara. Dalam perjalanan ke Ankara, peserta telah disajikan dengan makanan tradisi Turki iaitu Kofte daging. Peserta tiba di tempat penginapan di Ankara kira-kira jam 9:30 pm. Sejurus tiba, peserta dijamu makan malam dan kemudian merehatkan diri setelah seharian berjalan.

    ANKARA – CAPPADOCIA : 27 Nov 2018

    Selepas sarapan pada jam 7:00 am, peserta telah berkumpul dan bersedia untuk memulakan lawatan hari tersebut tepat jam 8:30 am. Tempat lawatan pertama yang dilawati adalah makam pengasas Republik Turki iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang dikenali sebagai Anitkabir. Peserta diberikan masa untuk melawat tempat-tempat sekitarnya dan merakam foto kenangan di kawasan yang cantik dan indah. Selepas selesai di kawasan tersebut, kami memulakan perjalan menuju ke Cappadocia. Dalam perjalanan tersebut peserta telah dibawa melawat tasik garam semulajadi yang dikenali sebagai Tuz Golu. Tasik ini membekalkan 90% garam di pasaran Turki. Di kawasan tasik itu juga, peserta telah dijamu makan tengah hari dengan makanan citarasa Turki yang enak. Selepas itu, peserta menyambung perjalanan menuju ke tempat lawatan seterusnya iaitu Chardak Underground Village. Kawasan ini ditemui oleh seorang penternak biri-biri apabila anak biri-biri terjatuh ke dalam satu lubang. Lalu, penternak tersebut menggali dan mendapati bahawa terdapat ruang yang besar di bawah rumahnya dan terbahagi kepada beberapa ruang antaranya dapur, ruang tamu, kandang dan lain-lain. Dikatakan bahawa ruang bawah tanah itu digunakan oleh orang terdahulu jika kawasan mereka diserang oleh musuh. Peserta telah dibawa menelusuri kawasan bawah tanah tersebut dan mengambil foto kenangan di kawasan tersebut. Selepas itu, peserta telah dibawa menuju ke kilang karpet untuk melihat sendiri kaedah pembuatan karpet secara tradisional. Peserta telah didedahkan dengan cara pembuatan dan bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam pembuatan tersebut. Setelag seharian berjalan, para peserta telah dibawa ke tempat penginapannya di Cappodocia dan tiba di tempat tepat jam 7:00 malam dan seterusnya menikmati makam malam di hotel tersebut.

    CAPPADOCIA : 28 Nov 2018

    Aktiviti hari ini telah dimulakan dengan sarapan pada jam 6:30 am. Pada jam 8:30 am pula, para peserta telah berkumpul dan bas bergerak menuju ke destinasi lawatan yang pertama iaitu Goreme Open Air Panorama. Kawasan bukit-bukau daripada batu yang telah dikorek dan dijadikan sebagai tempat tinggal oleh manusia kira-kira 2000 tahun dahulu. Ketika itu, penduduk kawasan tersebut adalah beragama Kristian. Terdapat pelbagai gerai jualan di kawasan tersebut dan ada peserta yang menikmati secawan teh Turki dengan pemandangan kawasan tersebut. Kemudian peserta telah dibawa ke kilang emas, perak dan batu untuk melihat sendiri pembuatan barang kemas di Turki. Antara yang dijual adalah Batu Sultanite, Delima dan lain-lain lagi. Seterusnya, mereka telah dibawa ke kilang tembikar dan telah didedahkan dengan kaedah pembuatan tembikar di Turki. Pelbagai jenis rupa bentuk tembikar terdapat di kilang tersebut. Apabila waktu makan tengah hari, peserta telah dijamu dengan makanan tradisi Turki iaitu daging yang dimasak di dalam tembikar. Semua peserta menikmatinya dengan lazat. Selepas itu, peserta telah menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran dan berjalan-jalan di pasar rakyat berhampiran tempat tersebut. Dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan, peserta telah dibawa untuk membeli-belah di kedai menjual kacang-kacang dan makanan kering kemudian ke Pigeon Valley untuk menikmati pemandangan kawasan tebing bukit yang terdapat di situ banyan burung merpati. Peserta telah pulang ke tempat penginapa tepat jam 4:00 pm. Pada jam 7:00 pm, para peserta menikmati makan malam yang telah disediakan.

    CAPPADOCIA – PAMUKKALE : 29 Nov 2018

    Seawal jam 7:15 am, selepas menikmati sarapan, rombongan peserta telah memulakan perjalanan ke bandar setersunya iaitu Pamukkale. Dalam perjalanan, peserta telah dibawa melawat Caravansary yang terbesar di Turki. Caravansary adalah bangunan yang telah dibina oleh kerajaan dahulu untuk para pedagang berehat setelah menempuhi perjalan yang jauh. Kemudian perjalanan diteruskan lagi dan kemudiannya singgah di kawasan Konya yang merupakan bandar agama bagi Turki. Di bandar tersebut peserta telah dibawa melawat makam tokoh sufi Maulana Jalalluddin al-Rumi yang terkenal dengan kitbanya “fihi ma fihi”. Peserta melawat kawasan sekitarnya yang mempamerkan barang-barang tinggalan maulana serta makamnya yang terletak di dalam kawasan masjid tersebut. Perjalanan yang jauh diteruskan lagi ke Pamukkale yang kemudian singgah di sebuah restoran untuk menghilangkan penat dan meregangkan otot para peserta. Peserta telah dihidangkan dengan makanan Turki iaitu Yogurt yang dicampur dengan madu dan biji popi. Akhirnya tepat jam 7:00 am peserta tiba di hotel penginapan seterusnya menikmati makan malam dan merehatkan diri.

    PAMUKKALE – KUSADASI : 30 Nov 2018

    Pada jam 7:15 am, bas telah bertolak memulakan hari lawatan kelima dengan menuju ke Hieropolis. Di situ terdapat kesan-kesan peninggalan sejarah manusia pada zaman Rom Yunani. Antara binaan yang menarik di situ adalah Open Theatre yang telah dibina beribu tahun dahulu. Dahulunya Hieropolis adalah kawasan bandar yang didiami oleh ramai manusia. Bersebelahan dengan Hieropolis terdapat pula kolam-kolam air panas semual jadi yang telah wujud ribuan tahun. Peserta telah diberikan masa untuk menikmati kolam air panas tersebut sambil bergambar kenangan di kawasan yang indah tersebut. Namum, dalam masa yang sama sebahagian peserta tidak direzekikan untuk menaiki belon udara panas akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Selepas itu, peserta telah menikmati makan tengah hari di resetoran berhampiran. Selepas itu, sebahagian peserta telah dibawa ke Ephesus dan sebahagian lain telah dibawa ke kebun Limau Mandarin dan Delima. Selepas selesai semuanya, peserta telah dibawa ke hotel penginapan di Kusadasi dan menikmati makan malam mereka di sana.

    KUSADASI – ISTANBUL : 1 Dis 2018

    Pada jam 7:15 am, selepas menikmati sarapan, peserta telah dibawa ke kilang kulit untuk melihat pembuatan pakaian daripada kulit binatang. Satu persembaham fesyen telah diperlihatkan kepada peserta. Di kilang tersebut terdapat banyak produk hasil daripada kulit dijual dengan harga yang berpatutan. Selepas itu, peserta telah dibawa melawat satu kawasan sejarah iaitu Artemis Temple yang telah dibina beribu tahun sebelum masihi. Daripada kawasan tersebut dapat dilihat tiga binaan gah yang masih berdiri kesemuanya mewakili zaman kegemilanganya seperti Masjid Isa Bya (zaman Turki Uthmaniyyah) dan St. John Temple (zaman Byzantine). Selepas itu, peserta telah bertolak menuju ke Bursa untuk tentatif lawatan seterusnya iaitu Masjid Ulu Cami. Masjid tersebut dibina pada zaman Turki Uthmaniyyah dan mempunyai kisah yang panjang disebalik pembinaanya. Selepas itu, peserta telah dibawa melawat ke pasar sutera, Green Tomb dan Green Mosque yang terdapat di sekitar kawan Bursa. Selepas selesai semuanya, kami menyambung perjalanan ke Istanbul dan minikmati makan malam di sebuah restoran iaitu Yuduf Kofte dan tiba di hotel pada jam 10:00 pm.

    ISTANBUL : 2 Dis 2018

    Jam 8:15 am, para peserta telah bergerak menuju ke kawasan lawatan sekitar Kota Istanbul. Tempat lawatan pertama adalah Topkapi Palace. Istana tersebut adalah binaan pada zaman Turki Uthmaniyyah. Peserta telah dibawa melawat ke kawasan sekitarnya dengan penerangan oleh Tour Guide Mr. Ozan. Pelbagai maklumat baru telah didapati oleh para peserta. Selain itu, di kompleks istana tersebut juga terdapat pameran barang-barang peninggalan Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan para sahabatnya. Antara yang dipamerkan adalah pedang Baginda sallallahu alaihi wa sallam, bekas minuman, janggutnya dan lain-lain lagi. Selepas itu, para peserta diberikan waktu untuk berjalan-jalan di kawasan sekitarnya dan merakam foto kenangan. Kemudian, peserta telah dibawa menaikan Bosphorus Cruise untuk menikmati pemandangan kota Istanbul daripada laut. Perjalanan kira-kira sejam situ dengan penerangan oleh tour guide berkenaan sejarah-sejarah yang terdapat di tebing sungai tersebut. Selepas itu, para peserta telah dibawa ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengah hari. Kemudiannya mereka telah dibawa membeli-belah di pasar herba yang terkenal di Istanbul. Pelbagai cenderamata, makanan, herba, pakaian dan lain-lain lagi produk ada dijual di pasar tersebut. Selepas itu, para peserta dibawa ke Masjid Biru ataupun Masjid Sultan Ahmad. Peserta telah menunaikan solat Asar di sana dan kemudiannya dibawa ke Aya Sofia. Malangnya tempat tersebut masih ditutup untuk kerja-kerja penaiktarafan sebagai masjid. Dahulunya Aya Sofia adalah kuil pada zaman Byzantine, kemudia dijadikan masjid pada zaman Turki Uthmaniyyah, kemudian muzium, kemudian yang terbaru dijadikan sebagai masjid semula.

    ISTANBUL – KLIA : 3 Dis 2018

    Jam 7:30 am, selepas sarapan, peserta telah menaiki bas dan menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Menaiki pesawat Mahan Air yang berlepas pada jam 11:35 am, menuju ke Tehran dan transit selama 6 jam. Kemudiannya berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 9:50 pm.

    4 Dis 2018

    Peserta lawatan selamat mendarat di Kuala Lumpur pada jam 10:20 am.

     

    Untuk maklumat lanjut tentang harga percutian ke Turki, anda boleh tekan di bawah :

  • MENEROKA 7 BUAH BANDAR DI TURKI

    MENEROKA 7 BUAH BANDAR DI TURKI

    Hot Air Ballons of Cappadocia, Turkey

    MENEROKA 7 BUAH BANDAR DI TURKI : PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam yang telah mengizinkan saya bersama-sama dengan 46 orang ahli rombongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang, selamat berkelana di Negara Turki dan selamat juga kembali ke Tanah Air tercinta Malaysia. Rombongan kami bertolak pada 11 November yang lepas dan selamat kembali ke tanah air pada 20 November 2018. Rata-rata daripada kami amat seronok mengembara di bumi Turki, bukan sekadar seronok berjalan ke tempat orang dan membeli belah di macam-macam Bazaar di sana, bahkan sempat mengambil Ibrah (pengajaran) dalam permusafiran kami di sana berkait bagaimana Tamadun Islam pernah satu ketika dahulu bertapak di sana dan tinggalannya masih ada sehingga hari ini.

    Istanbul – Ankara – Kapadokya – Konya – Pamukkale – Kusadasi – Bursa – Istanbul

    Begitulah perjalanan kami semenjak daripada ‘touch down’ di Ataturk International Airport sehingga kembali ke situ semula. 7 buah bandar yang kami singgah masing-masing menawarkan pengalaman yang berbeza daripda satu sama lain. Tidak jemu mata dan minda melihat keunikan masyarakat, keindahan ciptaan Allah SWT sepanjang perkelanaan ini.

    Hari Pertama, 12 Nov : Istanbul – Ankara

    Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk sekitar jam 9.30 a.m. Ketika itu, Pemandu Pelancong kami En. Adam dan En Tugrul (sebutan nya Turu) sudah pun bersedia menyambut ketibaan kami di sana. Kebetulan, berlaku 2 insiden. Seorang Jemaah begnya pecah, lalu En. Tugrul membantu untuk membuat tuntutan bagasi yang rosal di kaunter tuntutan. Tampak jelas bagaimana budaya orang Turki benar-benar berusaha untuk meraikan tetamu yang hadir ke negara mereka. Seorang lagi Jemaah telah tertinggal telefon bimbitnya yang dicas di lobi bangunan ketibaan. Sempat beliau berlari untuk mengambil semula, tetapi telefonnya sudah tiada di tempat itu… Dan kisah telefon bimbit ini tidak berakhir di sini.

    Oleh sebab masa yang semakin suntuk dan perjalanan kami yang jauh, maka kami terpaksa bergerak juga menuju ke tengah-tengah kota Istanbul untuk persinggahan yang pertama, Grand Bazaar.

    Sesiapa yang sampai Istanbul dan tidak sampai ke Grand Bazaar, maka, dia belum sampai ke Istanbul yang sebenar-benarnya. Dan Sesiapa yang pergi ke Turki dan tidak sampai ke Istanbul, dia belum sampai ke Turki yang sebenar-benarnya. Seloroh Pemandu Pelancong kami.

    Masakan tidak! Dalam Grand Bazaar sahaja ada lebih 100 lorong dan dikatakan lebih 4000 buah kedai yang berada di dalam Kawasan tersebut! Carilah apa produk Turki yang anda mahukan, pasti dijumpai!

    Setelah sejam membeli belah, ada yang dapat hasilnya ada pula yang sekadar window shopping, kami pergi makan tengahari di sebuah Restoran terletak di bawah Jambatan Galata. Kami menyaksikan sendiri keindahan selat Bosphorus yang dihiasi dengan latarbelakang bangunan lama serta baru, masjid dan gereja, satu pemandangan yang menakjubkan! Setelah makan tengahari, kami bertolak ke Ankara untuk bermalam di sana.

    Dalam perjalanan ke Ankara yang memakan masa tidak kurang 6 jam jarak memandu, kami singgah di sebuah RnR yang dibina untuk menyokong tentera Turki di perbatasan. Sebahagian hasil pembelian barang-barang, sumbangan yang dibuat di RnR tersebut akan disalurkan terus ke tabung angkatan tentera Turki, khususnya untuk kebajikan mereka di perbatasan juga untuk keluarga mereka. Memahami kedudukan Turki yang bersempadan dengan Negara Syria, Iraq, yang ada berlaku pergolakan di situ, memang layak inisiatif yang dibuat oleh Presiden Erdogan ini.

    Kami tiba di Ankara sekitar jam 9.00pm dan makan malam di hotel sebelum naik tidur.

    Hari Ke-2, 13 Nov: Ankara – Kapadokya

    Hari ke-2 kami bertolak ke Bandar Ankara, ibu negara Turki dan singgah di Perkarangan Istana Erdogan. Kompleks yang mempunyai lebih daripada 1000 buah bilik dan dikatakan lebih besar daripada White House telah dibina oleh Presiden Erdogan dan memakan masa kurang lebih 3 tahun untuk disiapkan. Dalam kompleks ini tersergam sebuah Masjid Negara yang dijadikan simbol negara Turki ditadbir oleh Islam pada zaman moden ini. Meskipun mendapat tentangan daripada sebahagian masyarakat Turki, namun, Presiden Erdogan Berjaya menyiapkan kompleks tersebut dengan jayanya. Masyarakat di bawa untuk menziarahi kompleks tersebut untuk menyaksikan jika dahulu Turki pernah menjadi pusat ketamadunan Islam suatu ketika dahulu, tidak mustahil perkara yang sama dapat dilaksanakan pada zaman moden ini.

    Seterusnya kami singgah ke kompleks Makam Kamal Ataturk sebagai salah satu usaha memahami sejarah Turki. Boleh dikatakan tempat ini adalah tempat yang akan disinggahi oleh majoriti masyarakat Turki sebagai memperingati jasa tokoh negarawan Turki membentuk Negara Turki moden baru pada tahun 1923. Kebetulan pula 11 November adalah Tarikh kematian Mustafa Kamal Ataturk, makanya sepanjang minggu itu dijadualkan banyak rombongan kanak-kanak sekolah, termasuk orang perseorangan, yang hadir ke sana untuk memberi penghormatan kepada Mustafa Kamal Ataturk.Satu perkara yang kami pelajari di sini adalah dengan mengenal sejarah perjuangan orang-orang terdahulu, Bangsa Turki mampu untuk mempertahankan identiti diri mereka sebagai orang Turki. Sepatutnya begitu juga kita orang Malaysia, memahami susur galur perjuangan para pejuang kemerdekaan Tanah Air Tercinta Malaysia selayaknya membuatkan kita berbangga menjadi Rakyat Malaysia dan mengekalkan keharmonian yang wujud di sini sekian lama.

    Kami bertolak menuju ke Kapadokya sekitar jam 11.30am dan perjalanan mengambil masa kurang lebih 5 jam perjalanan. Dalam perjalanan ke Kapadokya, kami singgah makan tengahari dan seterusnya singgah ke Tasik Garam – Tuz Golu untuk melihat keajaiban ciptaan Allah SWT. Tasik yang ke-2 terbesar di Turki dan salah satu Tasik Masin terbesar di dunia ini mempunyai kandungan garam yang lebih banyak berbanding laut mati serta merupakan tempat penghasilan garam utama di Turki. Ketika ini, air tasik telah kering setelah melalui musim panas dan luruh sebelum memasuki musim sejuk. Tampak jelas butiran garam di atas tanah tempat kami berpijak. Dan pada musim bunga, tasik ini akan kembali berair bukan kerana ada sungai ataupun air laut yang mengalir ke dalamnya, tetapi atas factor hujan turun dan faktor air dalam tanah yang keluar memenuhi tasik tersebut. Sungguh ajaib ciptaan Allah SWT!

    Setibanya di daerah Kapadokya, kami melawati Lembah Urchisar di mana suatu ketika dahulu wujudnya kumpulan manusia yang hidup di celah-celah batu bukit. Batu bukit ini hasil daripada letusan gunung berapi satu masa dahulu, menyebabkan batunya poros dan mudah untuk dikikis dan membentuk ruang dalam bukit. Keunikannya lagi suhu di dalam batu tersebut kekal pada satu suhu sederhana yang sesuai dengan perubahan suhu dan cuaca di kawasan Kapadokya. Sebelum kami pergi ke hotel untuk makan malam dan berehat, kami singgah ke sebuah kilang seramik dan melihat bagaimana orang Turki menghasilkan produk seramik dengan pengaruh budaya Turki, setelah satu ketika dahulu mereka menggunakan seramik daripada Tanah Besar China. Hasil seramik mereka memang sangat mengujakan!

    Selesai di situ, kami pergi ke hotel di Pekan Urgup untuk makan malam dan berehat.

    Hari ke-3, 14 Nov: Urgup – Uchisar Valley – Goreme

    Awal pagi usai solat subuh, sebahagian daripada kami bangun untuk pergi ke tempat belon Udara Panas beroperasi. Malam sebelumnya kami dimaklumkan ada kemungkinan perkhidmatan belon udara panas tidak akan beroperasi atas factor cuaca yang tidak menginzinkan. Namun, kami teruskan juga ke tapak perlepasan untuk mengambil peluang mengambil gambar suasana belon udara panas beroperasi.

    Rezeki kami pada hari tersebut, perkhidmatan belon udara panas tidak dapat beroperasi kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Cuaca pagi itu tidak mengizinkan untuk mereka beroperasi. Rombongan kami pulang ke hotel untuk makan sarapan pagi dan bergabung dengan ahli rombongan yang lain untuk meneruskan perjalanan ke sekitar Kapadokya.

    Kami dibawa melawat ke kawasan Devrent, kawasan pembentukan bentuk muka bumi secara semulajadi yang menghasilkan bentuk haiwan dan beberapa bentuk yang unik lain. Seterusnya kami ke Pasabag, tempat yang suatu ketika dahulu menjadi perkampungan orang Turki sebelum zaman pembukaan Islam di Turki. Di perkampungan tersebut ada struktur bangunan yang menjadi tempat kediaman, ada juga struktur yang dijadikan gereja. Bentuk perkampungan tersebut juga sangat unik kerana selain daripada kawasan kediaman yang terhasil daripada torehan manusia, bentuk luaran struktur tersebut hasil daripada hakisan angin membentuk bangunan seakan-akan rumah yang berbumbung. Walhal, keseluruhannya adalah batu belaka cuma berlainan jenis!

    Seterusnya perjalanan diteruskan dengan kami melawati sebuah kilang barang kemas yang diperbuat daripada hasil bumi Turki sendiri. Batu Turqoise – dipercayai berasal daripada perkataan ‘Turkish Quartz’ – dan Batu Zultanite – batu yang berubah warna mengikut cahaya yang dipancarkan kepadanya – sangat cantik dipandang dan menakjubkan cara penghasilannya! Setelah makan tengahari di Pekan Goreme, kami sempat berjalan-jalan di ‘Pasar Tamu’ pekan tersebut membeli beberapa hasil bumi tempatan yang segar dan murah. Buah Delima dan Pisang Kaki boleh didapati dengan harga 3 Lira sekilo, bersamaan lebih kurang RM2.60 sekilo. Besar-besar pula tu!

    Kembara hari ke-3 kami disudahi dengan melawati Istana Ortahisar – istana atas bukit yang dihasilkan daripada torehan batu bukit, melawati kilang pembuatan permaidani dan menyaksikan demonstrasi penghasilan permaidani dengan pelbagai corak serta motif di situ, akhir sekali melawati sebuah Bandar Bawah Tanah Kaymakli dan menyaksikan sendiri bagaimana masyarakat setempat yang masih menggunakan sebahagian bandar bawah tanah tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Satu pengalaman yang sangat menarik dan pasti kekal segar dalam memori!

    Hari ke-4, 15 Nov: Kapadokya – Kayseri – Konya – Pamukkale

    Perjalanan daripada Kapadokya menuju ke Pamukkale mengambil masa kurang lebih 12 jam perjalanan, termasuk berhenti untuk makan tengahari serta singgah sebentar di Pekan Kayseri dan Bandar Konya.

    Pada awal perjalanan, rezeki daripada Allah SWT turun dengan kami dapat menyaksikan ratusan belin udara panas beroperasi pada hari tersebut! Walaupun tidak dapat berhenti di tapak operasi belon udara panas, kami diberi kesempatan untuk berhenti seketika di satu kawasan dan bergambar dengan pemandangan yang unik dan indah bersama belon-belon udara panas di udara. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Apa yang pasti, rezeki ini dalam genggaman Allah SWT. Jika pada hari sebelumnya kami tidak dapat menyaksikan belon udara panas beroperasi, hari ini Allah mengkabulkan hajat kami untuk mengalami peristiwa ini sendiri! SubhanAllah!

    Persinggahan di Kayseri adalah untuk melihat struktur binaan Sultanhani Caravansary yang merupakan salah sebuah Caravansary terbesar di Turki. Caravansary boleh dikatakan sebagai sebuah RnR pada zaman Kerajaan Islam Seljuk, di mana pada ketika itu tempat ini berfungsi sebagai tempat para pedagang berehat sambil mendapatkan rawatan, menambah bekalan perjalanan, juga tempat berehat untuk haiwan perdagangan mereka selain menjadi kubu untuk melindungi barang-barang dagangan daripada perompak. Kewujudan karavansari-karavansari ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang baik bagi Kerajaan Islam Seljuk ketika itu.

    Persinggahan di Konya, kami menziarahi muzium Mevlana yang menempatkan makam Maulana Jalaludin Al Rumi, tokoh sufi dalam dunia Islam terutamanya di Turki. Selain daripada makam Maulana Jalaludin Al Rumi, kompleks muzium ini turut menceritakan bagaimana perkembangan ajaran sufi di Turki dan sumbangannya kepada perkembangan Islam di Turki. Ajaran sufi ini telah berkembang sehingga melahirkan satu budaya Turki yang dipanggil Dervish Dancer – kaedah bertafakur dan memperingati Allah. Selesai di sini, kami bertolak ke Pamukkale dan tiba di hotel sekitar 8.30 pm untuk makan malam dan bermalam.

    Hari ke-5, 16 Nov: Pamukkale – Selcuk – Kusadasi

    Pamukkale – Istana Kapas – adalah sebuah daerah yang terkenal dengan penghasilan Kapas. Dengan penghasilan kapas ini banyak kilang tekstil yang dibina di kawasan ini. Pengembaraan kami pada hari ini bermula dengan sesi membeli belah di sebuah gudang tekstil yang menyajikan produk-produk tekstil berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Setelah itu, kami pergi ke kota lama Heriapolis yang dibina sekitar 200 tahun sebelum masihi. Kota lama Heriapolis ini penuh dengan monumen-monumen tinggalan seperti teater, rumah mandi Cleopatra dan runtuhan benteng kota. Dipercayai kota ini musnah disebabkan gempa bumi pada suatu ketika dahulu namun sebahagian hasil binaan masih wujud sehingga hari ini.

    Bersebelahan dengan kota lama Heriapolis ini wujud struktur bentuk muka bumi Travertine – batu kapur yang terhasil daripada semburan geiser pada satu ketika dahulu di sekitar Pamukkale. Bentuk muka bumi ini menghasilkan satu kawasan lembah bukit yang sangat putih, di sebahagiannya mengalir air panas yang keluar daripada muka bumi. Pemandangan bentuk bumi ciptaan Allah SWT ini cukup membuatkan sekalian rombongan terpana dan insaf akan betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT!

    Perjalanan kami seterusnya singgah solat Jumaat di sebuah perkampungan berhampiran, makan tengahari dan bertolak ke Selcuk dan seterusnya ke hotel di Kusadasi, bandar pelancongan yang mempunyai salah sebuah pantai tersibuk di Turki. Di Selcuk, rombongan kami berpeluang mengalami sendiri masuk dan memetik buah di ladang mandarin. Turki merupakan salah sebuah negara pengeksport limau mandarin yang terbesar di dunia, selain daripada China. Kami tiba di hotel sekitar jam 9.00pm di Kusadasi untuk makan malam dan rehat.

    Hari ke-6, 17 Nov: Kusadasi – Bursa – Istanbul

    Perjalanan daripada Kusadasi kami mulakan seawal 7.00am kerana jarak perjalanan yang jauh. Sebelum bertolak sehingga ke Bursa, kami telah dibawa singgah ke sebuah kilang penghasilan barangan kulit dan dipersembahkan dengan pameran barangan kulit mini serta membeli belah di gudang barangan kulit tersebut. Seterusnya kami bertolak ke Bursa untuk menziarahi Masjid Besar Bursa dan Masjid Hijau,2 buah masjid yang mempunyai sejarah tersendiri di Turki. Kota Bursa sendiri merupakan kota yang penuh sejarah, di mana ia merupakan ibu kota kepada Kerajaan Turki Uthmaniah sebelum pembebasan kota Konstantinople (Istanbul hari ini). Bursa juga terkenal dengan penghasilan manisan Turki (Turkish Delights) yang mempunyai sejarah seawal zaman Kerajaan Turki Uthmaniah dan manisan di istana Sultan pada ketika itu datang daripada daerah Bursa.

    Ziarah di Masjid Bursa, kami berkesempatan untuk menunaikan solat jamak taakhir Asar-Zohor. Seterusnya kami menziarahi Masjid Hijau dan bertemu dengan bilal masjid tersebut yang mempersembahkan kepada kami 5 laungan azan yang berbeza, yang digunapakai ketika masuknya 5 waktu solat sehari semalam. Berhampiran masjid tersebut juga kami menziarahi makam sultan Mehmed I, nenda kepada Sultan Mehmed ii – atau lebih dikenali sebagai Muhammad Al Fatih – yang telah membebaskan Kota Konstantinopel. Dikenali sebagai Masjid dan Makam Hijau adalah kerana jubin yang digunakan untuk membina bahagian dalam dan kubah masjid dan makam tersebut adalah berwarna hijau.

    Perjalanan kami diteruskan dengan singgah di kedai manisan Munira untuk mendapatkan manisan Turki yang asli dan berkualiti tinggi sebagai ole-ole, seterusnya makan malam di RnR jambatan yang menghubungkan bahagian Asia dan Eropah Turki sebelum sampai di hotel penginapan kami di Istanbul untuk rehat.

    Hari ke-7, 18 Nov: Jelajah Istanbul

    Perjalanan hari ke-7 dimulakan dengan menaiki pelayaran mengelilingi Selat Bosphorus, tempat di mana berlaku peristiwa bersejarah penawanan Kota Konstantinople oleh Sultah Mehmed ii. Sepanjang pelayaran tersebut kami dapat melihat keindahan hasil peninggalan lama dan baru Kota Istanbul. Pada satu bahagian ia berada di benua Eropah, pada satu bahagian yang lain pula ia berada di benua Asia. Maka Istanbul adalah satu kota yang sangat penting dalam perjalanan perdagangan dunia pada zaman dahulu sehingga ke hari ini. Kota yang menjadi tempat himpunan pelbagai tamadun sejak dahulu lagi.

    Selesai pelayaran di Selat Bosphorus, kami dibawa membeli belah untuk kesekian kalinya di Spice Bazaar. Walaupun tiada di dalam jadual perjalanan, pemandu pelancong cukup memahami kehendak rombongan yang masih berhasrat untuk membeli ole-ole untuk saudara serta rakan-rakan di Malaysia. Sejam di sana, kami seterusnya bertolak ke Masjid Sultan Eyup Al-Ansari, sahabat nabi yang telah dikebumikan di dinding Kota Konstatinople. Wasiatnya untuk dikebumikan di situ kerana pada hasratnya beliau ingin mendengar derap tapak kaki kuda pasukan tentera yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadith tentang pembebasan Kota Konstantinople. Di masjid tersebut terletaknya makam sahabat nabi Ayub Al-Ansari r.a. dan juga kubur salah seorang rakyat Malaysia, Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam yang meninggal dunia di Turki saat mahu bertolak ke kelas pengajarannya.

    Destinasi seterusnya kami singgah makan tengahari di kawasan Fatih yang menempatkan Masjid Biru, Aya Sofia dan Muzium Istana Topkapi yang mempunyai beberapa hasil peninggalan Rasulullah SAW seperti bekas tapak kaki baginda dan janggut baginda. Kami berkesempatan untuk solat di Masjid Biru dan seterusnya melawati Muzium Topkapi sebelum bertolak ke Taksim Square untuk mengalami suasana salah satu kompleks yang paling sibuk di Istanbul. Taksim Square juga merupakan medan di mana rakyat telah berhimpun dan menggagalkan usaha Kudeta Turki pada tahun 2016. Hari ini, dataran ini meriah dengan perlbagai aktiviti antaranya yang kami sempat alami pameran kesenian Turki yang memaparkan banyak hasil seni bumi Turki, baik yang antik mahupun moden. Selesai di Taksim Square, kami makan malam di salah sebuah restoran berhampiran dan kembali ke hotel untuk bermalam.

    Hari ke-8, 19 Nov: Pulang ke tanah air

    Selesai seminggu pengembaraan kami di Turki. Perjalanan selama 7 hari ini banyak memberi peluang kepada kami untuk menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Kami bersalaman dengan pemandu pelancong di lapangan terbang antarabangsa Ataturk dan mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal! Memori yang dibina bersama pasti diingati sampai bila-bila, sehinggakan, ada daripada kalangan rombongan memasang azam untuk kembali lagi bersama ahli keluarga masing-masing!

    Dan sebelum kami masuk ke kawasan pintu perlepasan, jemaah yang tertinggal telefon bimbitnya telah mendapat berita gembira iaitu telefonnya telah ditemui oleh pihak keselamatan lapangan terbang dan disimpan oleh mereka selama kami berada di Turki! Sungguh, satu pengalaman yang mengujakan di mana inilah antara nilai-nilai Islam yang wujud dalam komuniti orang Turki pada hari ini! Alhamdulillah!

    Ingin mengalami pengalaman mengembara di Turki? Masih ada kesempatan untuk pergi pada Januari dan Februari 2019!

     

     

  • 20 TEMPAT LAWATAN YG ANDA PERLU TAHU SEBELUM KE TANAH SUCI

    tempat lawatan tanah suci

    1) MASJID QUBA
    • Masjid quba merupakan Masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam. Ia dibina oleh Baginda Nabi SAW bersama-sama Khalifah Abu Bakar RA dan penduduk Madinah.
    • Merupakan masjid tertua di dunia.
    • Pembinaan Masjid Quba bermula apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah bersama para sahabat iaitu Khalifah Abu Bakar RA dan Ammar RA. Para sahabat mengusulkan untuk membuat tempat istirehat dan juga tempat untuk solat.
    • Nabi Muhammad SAW telah mendirikan solat jumaat dan juga mengkhutbah jumaat untuk pertama kalinya di Masjid Quba
    • Solat di masjid Quba memiliki keistimewaan. Menurut hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif RA, ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba, lalu is solat di dalam Masjdi Quba, maka baginya pahala seperti pahala umrah” (HR Tirmidzi)

    2) BUKIT UHUD (JABAL UHUD)
    • Merupakan sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter dan berjarak 5 kilometer dari Kota Madinah.
    • Pernah terjadinya peperangan besar antara pejuang islam dan kaum kafir Quraisy pada 625 Masihi . peperangan tersebut dikenali “PERANG UHUD”
    • Seramai 70 pejuang islam mati syahid dalam peperangan tersebut. Diantaranya adalah, Hamzah bin Abdul Mutalib ,Mush’ab bin Umair dan Abdullah bin Jahsyin.
    • Jabal uhud adalah bukit yang dijanjikan Syurga. Nabi SAW bersabda “ Bukit uhud adalah salah satu bukit-bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Jabal Uhud” (HR Bukhari)
    • Jabal uhud juga merupakan gunung yang sangat mencintai dan dicintai Nabi Muhammad SAW

    3) PASAR KURMA
    • Pasar kurma terbesar di Madinah adalah Souq El Tumoor
    • Menawarkan pelbagai jenis kurma dan manisan
    • Pilihan kurma yang menjadi pilihan merupakan Kurma Ajwa dan Kurma Abhmar

    4) MASJID QIBLATAIN
    • Masjid Qiblatain merupakan masjid yang mempunyai dua kiblat.
    • Dinamakan Qiblatain kerana masjid ini umat islam ditentukan arah kiblat solat menghadap Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Sebelum kiblat umat islam menghadap kaabah, arah kiblat solat mengahadap Baitulmaqdis.
    • Sekiranya berkesempatan ke Masjid Qiblatain, dapat sendiri melihat bekas tempat imam solat dahulu yang menghadap kiblat ke Baitulmaqdis.
    • Ia terletak di tengah tengah perkampungan Bani Salamah di sebelah barat daya Madinah. Ia dikelilingi kebun. Manakala Wadi Al Aqiq disebelahnya
    • Merupakan salah satu dari tiga masjid paling awal dalam sejarah islam

    5) MASJID TUJUH (KHANDAQ)
    • Merupakan salah satu tempat bersejarah. Masjid ini merupakan gabungan dari tujuh masjid kecil, yang sebenarnya hanya enam masjid ditambah dengan masjid qiblatain yang dikunjungi dalam waktu yang bersamaan sehingga disebut Masjid Tujuh.
    • Antara kumpulan Masjid Tujuh adalah Masjid Fath, Masjid Salman Al Farisi, Masjid Ali ibn Abi Talib, Masjid Umar ibn Al Khattab, Masjid Saad bin Muaz, Masjid Abu Bakar As Siddiq dan yang ketujuh Masjid Qiblatain
    • Khandaq pulak beerti “parit”. Dalam sejarah islam, khandaq adalah peristiwa penggalian parit pertahanan sehubungan dengan peristiwa pengepungan kita Madinah oleh kafir quraisy.

    6) MASJID NABI
    • Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) merupakan masjid yang kedua paling suci bagi umat islam
    • Di Masjid Nabawi juga terdapat makam Rasulullah SAW.
    • Masjid Nabawi asalnya dibina oleh Rasulullah SAW sendiri, bersebelahan dengan rumah yang Baginda diami.
    • Di setiap kubah, tiang dan tingkap mempunyai kisah tentang sejarah dan lokasi penting di masjid nabawi. Masjid Nabawi juga mempunyai tiga mihrab
    • Salah satu tiang bersejarah di Masjid Nabawi yang mempunyai makna istimewa adalah Ustuwaan Hannanah. Ia adalah tiang paling diberkati dan merupakan tempat solat Rasulullah SAW. Di tempat ini pernah terdapat pohon tamar yang baginda sering gunakan untuk bersandar ketika menyampaikan khutbah

    7) RAUDAH
    • Pintu untuk masuk ke raudhah melalui pintu 25 sahaja bagi wanita. Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam Rasulullah SAW.
    • Karpet berwarna hijau menandakan Jemaah telah masuk ke Kawasan Raudhah
    • Di raudah juga ditempatkan makam Rasulullah SAW yang mempunyai kubah berwarna hijau di Kawasan Raudhah
    • Di sisi makam Baginda, terdapat makan dua sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Khalifah Abu Bakar As Siddiq RA dan Khalifah Umar Al Khattab RA
    • Doa di raudah sangat makbul. Pastikan jangan terlepas berdoa di sana

    8) BAQI
    • Perkuburan baqi dikenali dengan Jannatul Baqi atau taman syurga. Ia juga mempunyai gelaran Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad
    • Perkuburan baqi adalah perkuburan palung mulia antara kesemua perkuburan di dunia
    • Ia menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul bait iaitu isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah SAW, para sahabat dan para tabien.
    • Perkuburan ini tidak pernah sunyi daripada kunjungan para pengunjung yang melaksanakan ibadah umrah

    9) SAQIFAH BANI SA’IDAH
    • Saqifah Bani Sa’idah adalah tempat berhimpun milik Bani Sa’idah. Ia terletak tidak jauh dari pasar nabi kerana pasar itu adalah tempat kediaman bani saedah.
    • Tempat ini terkenal kerana ketika Nabi SAW wafat dan belum dimakamkan, para sahabat telah berkumpul untuk membicarakan peralihan kepimpinan agar tidak terjadi kekosongan
    • Khalifah Abu Bakar bin Abi Quhafah dipilih sebagai khalifah kaum muslimin

    10) KUBU KAAB AL ASYRAF
    • Kaab bin al Asyraf seorang yahudi warga Madinah, adalah antara musuh islam. Kaab di Asyraf dibunuh oleh seorang sahabat nabi SAW yang bernama Muhammad bin Maslamah RA. Dia dibunuh kerana menulis puisi yang menghina Nabi SAW
    • Di sini terdapatnya runtuhan kubu kaab bin asyraf yang terletak dekat kebun kurma.

    11) KUBU URWAH BIN AZ ZUBAIR
    • Urwah bin Az Zubair adalah seorang tabiin yang mulia, seorang dari Al Fuqaha (tujuh tokoh / ulama) yang masyhur dalam sejarah kaum muslimin.
    • Urwah bin Zubair adalah cucu kepada khalifah islam yang pertama , Saidina Abu Bakar As Siddiq, ibunya adalah Asma binti Abu Bakar.
    • Kubu Urwah bin Zubair diiktiraf sebagai sebuah tapak sejarah oleh kerajaan arab Saudi.

    12) TELAGA UTHMAN
    • Merupakan salah satu telaga sahabat Nabi iaitu, Uthman ibn Affan yang berusia 1400 tahun.
    • Pada asalnya telaga tersebut dipunyai oleh seorang yahudi, namun telah dibeli oleh Saidina Uthman ibn Affan.

    13) MASJID JUMAAT
    • Masjid jumaat merupakan tempat pertama Rasulullah SAW mengimamkan solat jumaat selepas baginda berhijrah ke Madinah.
    • Ia telah disetai kira kira 100 orang muslim yang termasuk antara mereka keluarga nabi sendiri yang terdiri dari Bani An-Najjar dan Bani Amir yang mengiringi baginda dari Quba

    14) BUKIT THANNIYATUL WADA
    • Dikatakan di bukit thanniyatul wada di mana ketibaan Nabi SAW disambut dengan Thala’al badru ‘alaina oleh para wanita dan kanak kanak.

    15) KILANG QURAN
    • Kilang percetakan yang dipanggil King Fahd Complex for the printing of the Holy Quran terletak di Madinah.
    • Menghasilkan lebih kurang 10 juta naskhah setahun dalam 39 jenis Bahasa dan mempunyai 1700 pekerja.

    16) UNIVERSITI MADINAH
    • University Islam Madinah Al Munawwarah telah diasaskan pada 6 September 1961.
    • Untuk pengetahuan, univeristi tersebut hanya terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.

    17) WADI AQIQ
    • Terletak di hadapan kampus Universiti Islam Madinah.
    • Ada beberapa riwayat yang menjelaskan tentang sunnah untuk berdoa di sini, kerana wadi aqiq merupakan tempat yang baik dan mustajab untuk berdoa.

    18) ARAFAH
    • Padang arafah terletak 21.9 km dari masjidil haram. Arafah menerima kehadiran jutaan Jemaah haji yang berwukuf pada 9 zulhijjah setiap tahun.
    • Di arafah terdapat sebuah masjid yang dinamakan masjid namirah
    • Di sini juga terdapat jabal rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam as dan isterinya Hawa selepas mereka diturunkan ke bumi.
    • Di kaki bukit pula terdapat Al Sakhrah iaitu hamparan batu tempat Rasulullah SAW berwukuf.

    19) MUDZALIFAH
    • Merupakan daerah terbuka di antara mekah dan mina di Arab Saudi yang merupakan tempat Jemaah haji diperintahkan untuk singgah dan bermalam setelah bertolak dari arafah
    • Di mudzalifah terletaknya Masjid Al Masyaril Haram yang merupakan tempat Rasulullah SAW mabit. Ketika bermalam di sini, Jemaah haji disunatkan mengutip anak-anak batu bagi kegunaan lontaran di Jamratul Kubra
    • Firman ALLAH “Apabila kamu berangkat dari arafah (menuju ke mudzalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah, dan tasbih) Al Baqarah:186

    20) MINA
    • Ia terletak 7 kilometer dari masjidil haram dan termasuk dalam sempadan tanah haram.
    • Mina merupakan tempat bagi Jemaah haji bermalam pada hari tasyrik iaitu 11,12,13 zulhijjah.
    • Di mina juga terdapat Masjid Khaif yang merupakan tapak perkhemahan Rasulullah SAW serta Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra iaitu tempat melontar anak anak batu.
    • Bumi mina juga telah menjadi saksi termetrainya dua perjanjian aqabah, iaitu baiah antara Rasulullah SAW dan golongan ansar pada tahun 12 dan 13 hijrah
    • Kini, mina terbahagi kepada tiga Kawasan utama iaitu Mina Jamarat, Mina Muaisim dan Mina Marhalah Al Thalithat

    21) JABAL THUR
    • Mempunyai nilai sejarah tersendiri. Jabal thur terletak 4 km dari masjidil haram dengan ketinggian 458 meter. Di sini terdapat sebuah gua iaitu tempat Rasulullah SAW dan Abu Bakar Al Siddiq ra menyembunyikan diri selama tiga malam ketika peristiwa hijrah dari mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

    22) MUZIUM HARAMAIN
    • Muzium haramain didirikan oleh King Fahd bin Abdul Aziz Al Saud dan turut dikenali sebagai Exhibition of two holy mosques architecture
    • Untuk makluman , pengunjung memerlukan surat kebenaran untuk masuk ke muzium
    • Di dalam muzium tersebut dapat dilihat model bangunan baru pembesaran masjidil haram. Selain daripada itu, dipamerkan artifak yang berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan masjidil haram
    • Diantaranya ialah pancuran emas , pintu kaabah yang diperbuat daripada emas tulen, bingkai makan Ibrahim, mimbar pada zaman pertengahan, alat tenunan kelambu kaabah, bingkai hajarul aswad dan pelbagai lagi.

    Untuk maklumat tuan/puan kami menyediakan 20 tempat lawatan yang perlu anda kunjungi ketika melakukan ibadah umrah. boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut :


  • MASJID QUBA

    MASJID QUBA

    KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN MASJID QUBA DALAM QURAN DAN HADIS

    “…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih” – (QS At Taubah : 108)

    “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba,lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah (HR Tarmizi : 298. Ibnu Majah :1401)

    Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah. (HR Ibn Majah)

    Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW pernah mengunjungi masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, samada berjalan kaki ataupun berkenderaan.Dan Ibn Umar r.a juga melakukannya seperti itu. (HR Bukhari)

    Untuk maklumat tuan/puan kami menyediakan pakej-pakej ke Masjid Quba sebanyak 3 kali. boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut :

    masjid quba

  • KEINDAHAN MASJID HIJAU

    KEINDAHAN MASJID HIJAU

    MASJID HIJAU (YESIL CAMI) BURSA, TURKI

    Masjid Yesil atau Masjid Hijau di kota Bursa, Turki merupakan salah satu masjid tertua di turki. Diberi gelaran  Yesil Cami, atau dalam Bahasa Malaysianya “Yesil” bererti “Hijau”, sedangkan “Cami” (dibaca Jami) bermaksud “Masjid Jami” kerana untuk bangunan surau disana dipanggil “Mescid”. Sehingga dipanggil Yesil Cami atau dalam Bahasa Inggeris disebut “Green Mosque”.

    Panggilan Yesil Cami atau masjid hijau (Green Mosque) ini berkaitan dengan warna masjid ini yang berkonsepkan warna hijau turquoise. Sama halnya dengan Masjid Sultan Ahmad di Istanbul yang lebih dikenali sebagai “Blue Mosque” kerana bahagian atasnya berwarna biru. Yesil Cami atau Green Mosque berdiri di atas sebuah bukit di Kota Bursa, di tempat yang kini juga dikenal dengan Kawasan Yesil atau Kawasan hijau. Ia juga kerap dipanggil sebagai Masjid Mehmet 1 merujuk kepada nama pembangunannya.

    Meskipun ukurannya tidak sebesar Masjid Agung Bursa (Uu Cami), Green Mosque dihadirkan keindahan tersendiri malah masjid ini menampilkan peralihan seni bina bangunan dari Era Seljuk Turki ke Era Uthmaniyah dengan kubah besar dan Menara tinggi yang kemudian hari menjadi ciri khas bangunan Masjid Kerajaan Uthmaniyah. Green Mosque mulai dibangun pada tahun 1419 dan selesai tahun 1421 dimasa pemerintahan Sultan Celebi Mehmet.

    PEMBANGUNAN MASJID YESIL (GREEN MOSQUE) BURSA

    Yesil Cami dibangunkan oleh arkitek Hac? Ivaz Pasha atas pemerintahan  dari Sultan Celebi Mehmet antara tahun 1419 hingga tahun 1421. Bangunan Masjid Yesil dihias dengan beraneka ragam ornament yang dibuat secara buatan tangan oleh para pelukis ternama termasuk pelukis Haci Ali dan Ilyas Ali. Serta seorang seniman ternama Mehmet Mecnun yang melengkapkan keindahan masjid ini dengan kemegahan karya seramik lukisannya yang dibuat khusus untuk masjid ini. Selain masjid Yesil juga terdapat Maosoleum (bangunan makam), Madrasah dan Hamam (Pemandian Khas Turki)

    KERAMIK HIAS BUATAN TANGAN

    Masjid ini dibina dengan ornamen hiasannya didominasi warna hijau turquoise dari ribuan keeping seramik buatan tangan dari para seniman ternama pada masa itu. Mihrab Masjid Yesil cukup tinggi hingga mencapai 10 meter,  Rancangannya sudah menggunakan bentuk cerukan ke dalam tembok dengan ornament Muqornas (Sarang lebah menggantung seperti staklaktit) di sisi atasnya, namun tanpa dilengkapi dengan dua tiang di sisi kiri dan kanannya seperti pada Masjid Uthmaniyah yang dibangun kemudian.

    Mihrab Masjid Yesil menampilkan salah satu contoh terbaik dari keindahan seramik hiasan buatan tangan, sama halnya dengan sebahagian besaar dari masjid ini juga dihiasi dengan seramik jenis istimewa dan berbeza dengan masjid di zaman era kerajaan Uthaminyah. Kawasan khusus seperti Muazin (Mehfil) termasuk juga Kawasan untuk sultan dihiasi dengan seramik buatan tangan. Pada Kawasan khusus untuk Sultan,seramik yang digunakan bermotif corak bunga. Bagaimanapun, banyak seramik buatan tangan di masjid ini menjadikan sebuah mahakarya (masterpiece) dari para seniman seramik pada masa itu.

    HURUF “T” TERBALIK

    Keunikan lainnya dari Masjid Yesil di Bursa ini adalah pelan pembangunannya yang luar biasa. Pelan pembangunan Masjid Yesil berbentuk huruf “T” terbalik, sehingga secara buatannya terbahagi 3 bahagian, iaitu ruang utama disekitar mihrab dan mimbar kemudian ruangan di sayap kiri dan ruangan di sayap kanan. Sedangkan dibahagian tengahnya ditempatkan satu pancuran yang berfungsi sebagai tempat berwudhu dari bahan batu marmar.

    Ruangan masjid di sisi mihrab dilengkapi dengan empat pintu yang dibuat kedalam tembok dan dilengkapi dengan teralis. Dua jendela mihrab disisi kiri dan kanan sedangkan dua jendela lainnya diletakkan di sisi kiri dan kanan ruangan solat. Jendela-jendela ini dihiasi dengan ukiran batu marmer yang dianggap ukirannya seperti tulisan tangan yang belum selesai.

    Perlu di ingat bahawa arah kiblat di negara Eropah termasuk Turki, arah kiblat solatnya tidak menghala ke barat seperti di Malaysia tapi menghala ke selatan kerana wilayah Turki berada disebelah utara Kaabah. Dengan demikian fasad atau sisi depan masjid ini berada di sebelah utara bangunan sedangkan disisi mihrabnya berada di sisi selatan. Pembangunan Masjid Yesil dibuat dari batu marmar.

    Khusu untuk pintu masuk utamanya dibangunkan sebagai gapura besar berbentuk cerukan ke dalam  dari bahan marmar dengan ukiran Muqornas di sisi atasnya.

    MAOSOLEUM, MADRASAH DAN HAMAM

    Di kompleks Masjid Yesil ini selain masjid terdapat kompleks Makam Sultan Celebi Mehmet dan keluargannya di dalam  sebuah  makam berada di seberang jalan dari Masjid Yesil. Seperti masjidnya, Makam ini pun di dominasikan warna hijau sehingga disebut sebagai Green Maosoleum dan dirancang oleh arkitek Haci Ivaz Pasha. Bangunannya octagonal di bahagian dalamnya dihiasi dengan satu mihrab berukuran kecil, mungkin sekadar penunjuk arah kiblat dan penghias ruangan.

    Makam ini dibangunkan untuk Sultan dan keluargannya sehingga proses pembangunannya sangat rumit dan keaggunan termasuk semua lapisan seninya memiliki keindahan yang menawan. Di dalam Kawasan Makam ini terdapat makam dari Sultan Celebi Mehmet kemudian makam Mustafa, Mahmud dan Yusuf serta makam puterinya yang bernama Selcuk Hatun, Sitti Hatun dan Ayse Hatun seta makam pengasuh Sultan Celebi Mehmet yang bernama Daya Hatun.

    Masjid Yesil juga dilengkapi dengan Madrasah yang terletaknya sekitar 100 meter dari masjid. Madrasah Sultaniye, bangunan madrasahnya dikelilingi dengan latar belakang berkubah. Madrasah ini dilengkapi dengan pusat pembelanjaan dan ruangan untuk pelajar. Di tengah halamannya terdapat sebuah kolam dengan pancuran yang dibuat dari batu marmar. Dulunya disekitar Masjid Yesil juga terdapat pemandian khas Turki (Hamam) namun kini sudah tiada lagi kerana dijadikan pusat perniagaan. Seperti halnya Masjid Agong Bursa, Masjid Yesil Cami atau Green Mosque ini juga menjadi salah satu destinasi Mursyid Alharamain Travel & Tours melawat di Bursa.

    LEGALISASI SEJARAH

    Pada tahun 1420 pada saat Masjid Yesil di Bursa hampir disiapkan, di pelabuhan Muara Jati (Kini Cirebon) datanglah serombongan pedagang Islam dari Baghdad yang dipimpin oleh Syeikh Idlofi Mahdi dan di izinkan menginap dan tinggal di kampung Pasambangan yang terletak di Gunung Jati. Disana beliau mulai berdakwah dan ajaran Islam berkembang begitu cepat.

    Maklumat tuan / puan. Mursyid Alharamain Travel & Tours membuat pakej-pakej ke Bursa. boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut :

  • MASJID QUBA DAN KELEBIHAN PAHALA UMRAH

    MASJID QUBA DAN KELEBIHAN PAHALA UMRAH

    MASJID QUBA

    Salah satu keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW adalah mereka memiliki masjid-masjid yang tidak dimiliki oleh umat lainnya. Masjid di Makkah, Madinah dan Palestin memiliki kedudukan istimewa bagi umat islam di seluruh dunia. Setiap Masjid memiliki nilai sejarah yang sangat tinggi. Begitulah pula halnya dengan Masjid Quba.

    Masjid Quba merupakan masjid yang pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW. Masjid Quba dibangun di awal peradaban islam yaitu pada 8 Rabiul Awal tahun 1 Hijrah sekitar 622M. Masjid Quba terletak di luar kota Madinah sekitar 5km di sebelah tenggara kota madinah. Masjid Quba yang saat ini berdiri adalah masjid yang telah diubah dan diperluas pada masa Kerajaan Arab Saudi. Masjid ini berdiri diatas kebun kurma dengan luas 1200 meter persegi, dan saat ini keluasan Masjid Quba sekitar 5.035 meter persegi. Masjid ini memiliki 19 pintu dan 3 pintu utama tempat masuk para Jemaah ke dalam masjid ini.

    SEJARAH MASJID QUBA

    Muhammad S.A.W sedang melakukan perjalanan pergi berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini dikenal sebutan kota Madinah Al-Munawwarah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Rabiulawal tahun 1 hijrah nabi berada di perkampungan Quba, sekitar 10km dari kota Madinah. Disaat itu Ammar RA mengusulkan untuk membangunkan  sebuah tempat yang berguna untuk tempat beristirehat pada waktu siang untuk Nabi dan ia juga berguna untuk tempat solat Nabi dan sahabatnya.

    Dan pada saat itu pula usul dari Ammar RA di persetujui oleh Nabi dan para sahabat. Khalifah Abu Bakar dan Ammar RA mula mengumpulkan batu-batu yang diletakkan satu persatu yang ditumpuk satu batu dengan satu batu lainnya untuk membuat masjid. Dengan kesabaran dan hati yang ikhlas akhirnya selama 4 hari berada di kampung Quba, untuk membuat tempat tersebut pun telah terjadi dan tempat itu adalah Masjid Quba. Masjid Pertama kali dibangun oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan Nabi sendiri yang telah meletakkan batu kiblat pada masjid tersebut.

    Setelah Nabi dan para sahabat selesai membangunkan masjid Quba, mereka segera berangkat ke kota Madinah, pada hari jumaat 12 Rabiulawal tahun 1 hijrah. Nabi tiba di kota Madinah. Para penduduk Madinah sangat suka dengan kedatangan Nabi. Mereka beramai-ramai menyambut Nabi dengan suka cita, penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat untuk Nabi. Dan tepat pada hari itulah Nabi Muhammad S.A.W mendirikan solat jumaat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya Nabi mengkhubahkan solat jumaat pada hari itu. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “Madinatul Nabi” yang bererti kota nabi atau lebih dikenali kota Madinah.

    KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN MASJID QUBA DALAM QURAN DAN HADIS

    “…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih” – (QS At Taubah : 108)

    “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba,lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah (HR Tarmizi : 298. Ibnu Majah :1401)

    Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah. (HR Ibn Majah)

    Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW pernah mengunjungi masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, samada berjalan kaki ataupun berkenderaan.Dan Ibn Umar r.a juga melakukannya seperti itu. (HR Bukhari)

    Untuk maklumat tuan/puan kami menyediakan pakej-pakej ke Masjid Quba sebanyak 3 kali. boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut :

     

     

     

  • WAKAF DI HARAMAIN

    WAKAF DI HARAMAIN

    WAKAF

    Wakaf merupakan satu konsep pemberian harta yang menjadi amalan Rasulullah SAW dan dipanjangkan oleh para sahabat. Ia berlandaskan konsep sedekah yang boleh dinikmati oleh kebanyakkan orang, baik secara umum (sesiapa sahaja) mahupun secara khusus(telah ditentukan).

    Banyak cara dan bentuk berwakaf yang dapat kita lakukan bagi memperolehi manfaat dunia dan akhirat.Ada orang mampu berwakaf dengan nilai besar seperti tanah, kenderaan,wang dan sebagainya. Ada orang tidak mampu berwakaf seperti itu. Namun masih boleh berwakaf dalam kadar kemampuan.

    Jangan lupa memasang niat untuk diri atau sesiapa sahaja di kalangan orang yang kita sayangi dan cintai sama ada mereka masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Niat sangat penting agar pahala dari menitip harta wakaf itu dapat mengalir terus sebagai amal jariah (mengalir) dan sampai ke sisi orang yang kita niatkan.

    Dimana-mana sahaja kitab boleh berwakaf, Malah di seluruh belahan bumi ini terdampar luas untuk kita mewakafkan harta dalam bentuk yang kita inginkan sama ada dalam bentuk harta. Terserah kepada kita untuk memilih harta yang dapat memberi manfaat untuk dunia dan lebih lagi keuntungan akhirat.

    WAKAF AL-QURAN DI HARAMAIN

    Wakaf Al-Quran di dua Masjid Haramain  (Masjid Nabawi dan Masjidil Haram) menjadi pilihan kepada umat islam sedunia apabila mengunjungi kedua-dua Tanah Suci ini.Namun, bukan semua jenis Mushaf boleh diwakafkan di dua Masjiad Haramain ini. Pihak pengurusan masjid (Masjid Nabawi dan Masjidil Haram) menetapkan kriteria mushaf yang boleh diwakafkan sebagai satu penyelarasan di samping menjaga keaslian cetakan mereka. Antaranya adalah :

    (Gambar sekadar hiasan)

    1. Mestilah mushaf cetakan Kompleks Percetakan, Raja Fahd di Madinah
    2. Tali penanda berwarna kuning bagi mushaf sederhana, biru mushaf besar
    3. Berkulit hijau bagi mushaf sederhana, biru pula untuk mushaf bersaiz besar.

    Jika tiada ketiga ciri ini, maka besarlah peluang untuk dibawa keluar walaupun mushaf tersebut dicap “WAKAF” berpuluh-puluh kali.

    Oleh itu penting untuk kita benar-benar memastikan mushaf yang kita beli menepati apa yang pihak mereka telah tetapkan. Kerana bukan semua Al-Quran dijual sekitar Masjid mengikut piawaian yang mushaf tetapkan.

     

    Jadi bagi membuat anda semua berasa yakin untuk berinfak ke jalan Allah SWT,  ada sebuah kedai cenderamata terletak berhampiran Muzium Al-Quran, menyediakan jualan mushaf ini. Muzium ini berada di pintu pagar Masjid Nabawi bernombor 5. Harganya Cuma SAR35 (RM39.11) untuk bersaiz sederhana. SAR45 (RM50.29) untuk bersaiz besar. Menariknya disini, anda boleh memilih sama ada di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabawi.

    Dengan adanya khidmat begini, memudahkan urusan anda untuk mewakafkan mushaf di lokasi pilihan anda.

    HARTA WAKAF MILIK ALLAH

    Harus difahami, apabila kita telah mewakafkan harta maka kita tidak lagi mempunyai apa-apa hak atau hubungan keatas harta tersebut kerana sudah dianggap sebagai hak Allah.

    Oleh itu, janganlah kita mengungkit harta atau mendabik dada atas harta wakaf yang diniatkan pada jalan Allah kerana dibimbangi amalan kita menjadi sia-sia.

    KEPADA JEMAAH UMRAH

    Tujuan kita hidup di dunia ini adalah  mengabadikan  diri kepada  Allah SWT dengan beribadah, mentaati perintah dan meninggalkan larangannya. Orang yang dikasihi Allah akan mendapat rahmat,hidayah,berkat, keselamatan dan perlindungan dari Allah SWT.

    Untuk mendekatkan diri kepada Allah, berusahalah melakukan amalan-amalan yang baik semasa hidup seperti bersedekah atau memberikan sebahagian harta kita untuk faedah dan manfaat kepada orang lain. Amalan bersedekah ini termasuk memberi derma, sumbangan, berwakaf dan sebagainya.

    Firman Allah SWT:

    “Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebaktian yang sempurna hingga kamu menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa saja yang kamu nafkahkan itu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”. – surah Al-Imran ayat 92

    Oleh itu, wahai Tetamu Allah, janganlah melepaskan peluang untuk mewakafkan kitab Al-Quran kerana berjuta-juta umat islam akan sentiasa membawa Al-Quran dengan menggunakan Wakaf yang ada di Masjid Nawabi dan Masjidil Haram.