Blog

  • JELAJAH KE CAPPADOCIA

    JELAJAH KE CAPPADOCIA

    JELAJAH KE CAPPADOCIA

    Kita bersiaran daripada Kapadokya, satu lokasi yang unik dengan bentuk muka bumi yang menakjubkan!

    Terletak di kawasan tengah Turki, landskap Kapadokya terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi yang membentuk kawasan berbukit di samping dataran yang luas. Suhunya rendah dan sesuai untuk tanaman pokok anggur dan sitrus. Batu batan di kawasan ini bersifat poros membolehkan wujud satu populasi manusia yang hidup dengan membina rumah mereka dalam bukit-bukit di sini. Cara binaannya adalah dengan mengorek bukit tersebut untuk membentuk rumah. Sangat Unik!

    Beberapa tempat panorama sempat kami lawati seperti Gerome Open Air Museum, Pasabag Valley, Underground City dan Osakasi. Panorama bukit berlubang-lubang yang unik, dataran yang luas dan bentuk-bentuk batu yang unik hasil daripada hakisan angin dan hujan benar-benar menakjubkan!

    2 lagi tempat yang menarik kami lawati;

    • Uchisar Jewellery Factory
    • Hand Woven Carpet Demonstration

    Kenal jenis batu yang menarik seperti Turqoise (katanya berasal daripada perkataan Tirkish Quartz) dan Sultanite (batu ubah warna ikut warna cahaya). Juga dapat menyaksikan bagaimana permaidani Turki dibuat dengan cara asli. Sangat menarik!

    Makan tengahari di Goreme, kami sempat membeli belah di ‘Pekan Rabu. Murah-murah sayuran, buah-buahan dan kekacang yang dijual di sana!! ????

    Lewat petang kami ziarah ke underground city sebelum berangkat pulang ke hotel untuk makan malam dan rehat.

    Rupanya, tidak setakat itu! Ramai yang ingin mengalami suasana di pekan ini, jadinya kami sama-sama berjalan di malam hari mencari kedai souvenirs dan kedai kekacang. Pengalaman night outing yang menarik sekali!

    [divider scroll_text=””]

    Kami meyediakan pakej-pakej pelancongan muslim ke Turki. Maklumat lanjut boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut :

  • UPAH HAJI

    UPAH HAJI

    Bagi mereka yang ingin melaksanakan upah haji kepada kaum keluarga atau sahabat handai yang telah pergi ke rahmatullah dan ingin tahu akan kelebihan serta dalil pensyariatannya saya nukilkan dibawah beberapa hadis sebagai tatapan kita bersama supaya anda lebih kuat untuk menghadiahkan upah haji tersebut kepada mereka yang telah pergi.

    1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
    2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Baginda: ”Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan.” (Riwayat Bukhari).
    3. Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: “Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?” Jawabnya: ”Tidak!” Sabda Baginda: ”Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
    4. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: “Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Apakah kamu anaknya yang paling tua?” Jawabnya: ”Ya!” Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tunaikanlah haji untuknya.” (Riwayat Ahmad dan Nasai).
    5. Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut. Andainya si anak atau waris tidak mampu untuk melakukan haji kepada mereka maka bolehlah diberi upah kepada mereka yang boleh untuk menguruskannya.

     

  • SENAMAN BERJALAN

    SENAMAN BERJALAN

    BERJALAN DI SEKITAR MASJID NABAWI MENCARI KESAN2 SEJARAH DI SANA. SUATU PRAKTIS JUGA SEBELUM MEREKA MASUK BUAT UMRAH NANTI INSYAALLAH.

    Walaupun Hotel mereka hotel yg dekat di Mekah nanti. Tetapi praktis utk berjalan terlalu perlu bagi kita yg nak tunaikan umrah.

    Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

    1) Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paraskolesterol.

    2) Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.

    3) Mengurangkan risiko penyakit diabetes.

    4) Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.

    5) Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.

    6) Mengurang kan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.

    7) Mengekalkan kekuatan otot.

    8)Mengurangkan risiko osteoporosis

    9) Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan wargaemas.

    10) Mampu meningkatkan keyakinan diri.

    Jika anda belum ke Tanah Suci eloklah dipraktiskan di rumah lagi berjalan ini. Jika sudah ke Madinah maka dah boleh start secara serius dan konsisten sebelum ke Mekah. Mulakan sekarang dan jangan lewat

  • MAKKAH KOTA ISTIMEWA

    MAKKAH KOTA ISTIMEWA

    MAKKAH AL-MUKARRAMAH KOTA ISTIMEWA

    Makkah dalam Al Qur’an disebut berkali-kali dengan terminologi berbeza. Ini menunjukkan betapa kelebihan Makkah sangat banyak dibanding kota-kota lain didunia ini.

    Selain Makkah, Allah menyebutnya Bakkah (lembah air mata, QS. Ali Imran/3:96), Ummul Qura (perkampungan tua, QS. Al-An’aam/6:92), al-Balad (negeri, QS. Ibrahim/ 14:35), al-Balad al-Amin (negeri yang aman, QS. At-Tiin/95:3), al-Baddah (negeri, QS. An-Naml/27:91), Haram Amin (tanah suci yang aman, QS. Al-Ankabuut/29:67), Wad Ghairu Dzi Zar’in (lembah yang gersang, QS. Ibrahim/14:37), Ma’ad (tempat kembali, QS. Al-Qashash/28:85), Qaryah (negeri/kampung, QS. Muhammad/47:13), al-Masjid al-Haram (QS. Al- Baqarah/2:144), dan lain-lain.

    Dalam buku Sejarah Mekah Dulu dan Kini, tulisan Dr.Muhammad Abdul Gani, Maktab Al-Malik Fahd, edisi kedua, Madinah 2003, disebutkan, beberapa kelebihan dan keutamaan kota Makkah adalah sebagai berikut :

    1) Tempat dibangunnya rumah Allah (Baitullah) pertama kali. Nabi Adam yang diperintah Allah untuk mendirikan Baitullah. Allah memberikan petunjuk berupa cahaya yang turun dari langit membentuk mihrab. Jadi, tapak Ka’bah itu berbentuk mihrab masjid, tapi pada masa Sultan Murad IV dipotong menjadi simetris. Sisa potongan itulah, Hijir Ismail, yang tidak boleh masuk ke dalamnya saat melakukan tawaf, karena masuk ke situ sama dengan memasuki Ka’bah.

    2) Kota kelahiran Rasulullah saw sebagai nabi akhir zaman.

    3) Tempat pertemuan Adam dan Hawa yang mana setelah dikeluarkan dai syurga, mereka berdua hidup mengembara selama 200 tahun sehingga Allah mempertemukan mereka kembali di Jabal Rahmah, Arafah, tanggal 9 Dzulhijjah. Arafah masih termasuk Kota Makkah.

    4) Tempat beribadah para hamba-Nya serta adanya kewajiban atas mereka untuk mengunjunginya, baik yang dekat maupun yang jauh, yakni dalam mengerjakan haji.

    5) Tempat yang tidak boleh seorangpun masuk ke dalamnya kecuali dengan kerendahan hati, khusyuk, kepala terbuka dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia.

    6) Tempat yang dijadikan Allah sebagai Tanah Suci yang aman, yang tidak boleh ada pertumpahan darah di sana. Tidak ada manusia yang boleh mendakwa adanya tempat yang lebih suci daripada Makkah.

    7) Tempat yang dimaksudkan untuk menghapus dosa-dosa masa lalu, sepertimana Allah mengampuni dosa Adam dan isterinya yang melanggar ketentuan Allah.
    ? Tempat yang Allah mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah.

    9) Tempat yang Allah mewajibkan bagi orang-orang yang mampu untuk mengunjunginya.

    10) Tempat yang tidak ada sejengkal bumipun yang Allah wajibkan hamba-hamba-Nya untuk menghadap dan melambaikan tangan, kecuali kepada Kaabah, Hajarul Aswad, Rukun Yamani yang adanya di kota Makkah.

    11) Tempat yang tidak ada di muka bumi ini suatu masjid pun, yang memiliki keistimewaan bagi siapa saja yang salat di dalamnya maka pahalanya akan dilipatgandakan 100 ribu kali.

    12) Tempat yang dilarang oleh Allah untuk menghadap atau membelakanginya pada waktu buang hajat.

    13) Tempat yang dilarang atas siapa saja berkunjung ke sana membawa senjata.

    14) Tempat yang dilarang memburu dan membunuh binatang buruan dengan alasan apa pun.

    15) Tempat yang Allah memberikan balasan bagi siapa saja yang berniat jahat, walaupun belum melakukannya. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan, balasannya akan dilipatgandakan. Ianya adalah kerana melakukan kejahatan di Tanah Suci, lebih besar dosanya dibandingkan di tempat-tempat lain.

    16) Tempat-tempat yang mustajab bagi orang-orang yang berdoa di sana, misalnya di Hajar Aswad, di Rukun Yamani, di makam Ibrahim, di Hijir Ismail, di telaga Zamzam, di Arafah saat berwukuf, dll.

    17) Tempat di mana Allah pernah bersumpah atas nama negeri Makkah seperti dituturkan-Nya dalam surah At-Tiin, kalau tidak karena istimewanya negeri Makkah, Allah tentu tidak perlu mengangkat sumpah atas nama negeri yang sarat dengan sejarah itu.

    18) Tempat yang dilarangnya orang-orang kafir termasuk dajjal untuk memasukinya.

    19) Tempat yang sentiasa dijaga para malaikat.

    20) Tempat adanya telaga zam-zam yang luar biasa.

     

    Untuk maklumat tuan/puan kami menyediakan pakej-pakej umrah. boleh tekan dibawah untuk maklumat lanjut

  • REZEKI

    REZEKI

    Bersyukur kerana Allah masih beri rezeki utk hati terasa nikmat pergi ke Tanah Suci serta beribadah di sana. Sujudlah syukur jika berpeluang. Lihat di luar sana, berapa ramai lagi orang Islam yang berkemampuan kewangan dan kesihatan tetapi masih belum berkesempatan menunaikan umrah. “Belum terbuka hati..Belum dapat hidayah..” katanya.
    .
    8 perkara yang anda perlu lakukan setelah terniat dalam hati untuk mengerjakan umrah:
    .
    1) Cari agensi umrah : Mursyid Alharamain Travel & Tours dan lihat kelebihan yg ditawarkan seperti 5 Kali Umrah, 3 Kai Masjid Quba, 20 tempat lawatan, Mutawwif dari Malaysia, Mutawwifah ke Raudah dan pelbagai kelainan lain lagi.
    .
    2) Dapatkan maklumat mengenai pakej dan buat pilihan:
    – Nak Umrah Ziarah / Umrah Terus ?
    – Nak duduk di Hotel mana? Hotel dekat (50m) atau Hotel jauh sikit (180 m – 800 m jarak dari Masjidilharam)
    – Penerbangan apa?: (SAUDI / MALAYSIA AIRLINES / AIR ASIA X / lain-lain penerbangan untuk umrah ziarah atau transit).
    – Pilih Tarikh yang dikehendaki.
    – Lihat sektor juga: Masuk mekah dulu atau masuk Madinah?
    .
    3) Setelah membuat pilihan tarikh, Tuan / Puan boleh mendaftar dengan deposit RM 400 seorang dan isikan borang yang diberikan segera kerana takut penuh nanti.
    .
    4) Terima resit dan senarai dokumen yang diperlukan untuk tujuan dapatkan VISA UMRAH.

    5) Mula membuat persiapan dan persediaan ilmu pengetahuan tentang umrah dengan menghadiri KURSUS UMRAH yang disediakan secara percuma di seluruh Negara.
    .
    6) Membuat persiapan fizikal dan mental, termasuk kelengkapan barangan yang nak di bawa ke sana dan juga persiapan dari segi kesihatan.

  • 8 TIPS AMALAN

    1. Taubat Nasuha

    Bertaubat atas kesemua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah serta meninggalkan segala yang makruh dan perbuatan-perbuatan mungkar. Bersihkan diri dari segala dosa dan perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan dengan melakukan Solat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah.

    1. Ikhlas Niat

    Dalam menunaikan tuntutan Allah ?????? ????? untuk mengerjakan Haji dan Umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim, perlulah dibersihkan hati dari segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana Allah ?????? ?????. Jadi niat ini semestinya diselidiki selalu dan diperbetulkan supaya jangan terpesong. Niat sebenarnya pergi menunaikan ibadah Umrah hanya melaksanakan perintah Allah dan mengharapkan Redha Allah semata-mata.

    Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah ? bersabda, “Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)

    1. Tingkatkan Amalan

    Jika sebelum pergi Umrah amat jarang atau belum pernah melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya. Maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan dan keterpaksaan yang akhirnya memaksa diri melakukannya juga.

    Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan. Maka tiadalah penambahbaikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat ke tanah suci kerana latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.

    1. Mendapatkan ilmu yang cukup

    Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.

    1. Menggunakan sumber wang yang halal

    Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.

    Pastikan wang ringgit yang digunakan untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan.

    1. Menjaga kesihatan jasmani dan rohani

    Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.

    1. Memperbanyakkan amalan sedekah

    Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.

    Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.

    1. Menunaikan sembahyang berjemaah

    Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.

    APA KELEBIHAN PERGI UMRAH DENGAN KAMI?

    • Umrah 5 kali kami sediakan pengangkutan serta bimbingan dari Mutawwif.
    • Mutawwif dari Malaysia akan bersama sepanjang program sehinggalah pulang.
    • Mutawwifah akan teman ke Raudah bagi jemaah wanita dan Mutawwif akan teman ke Raudah bagi jemaah lelaki.
    • Makan malam istimewa nasi Arab di Restoran Arab.
    • Ziarah hampir setiap hari di Madinah, bagi mereka yang pernah pergi umrah mungkin biasa dengan Ziarah biasa seperti :

    (Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Pasar Kurma) ziarah2 tadi adalah sekadar ziarah 1 kami,

    Ziarah 2 kami ( Masjid Quba, Masjid Jumaat, Bukit Thaniyyatul Wada’, Kubu Kaab Al Asyraf, Kubu Urwah Bin Zubair & Telaga Uthman)

    Ziarah 3 Kami (Masjid Quba, Kilang Quran, Bukit Magnet ,Ladang Unta, Universti Madinah & Wadi Aqiq)

    Antara kelebihan kenapa kami bawa anda ke Masjid Quba hampir setiap hari ialah kerana Masjid Quba’ adalah masjid pertama dibina Rasulullah SAW sesampainya di Madinah Munawwarah. Quba’ diberi nama sempena nama telaga disitu.

    Oleh kerana masjid pertama dibina maka ia mempunyai keistimewaan walaupun tidak sebanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tapi ia tetap ada keunikannya.

    Antara keunikannya ialah disebut dalam Surah al-Taubah bahawa bersolat di masjid ini lebih aula daripada solat di masjid satu lagi iaitu Masjid Dhirar yang dibina oleh geng munafiq. Dan lagi Allah menyebut adanya orang yang suka membersihkan diri mereka yang bersolat disitu. Bersih disini bermakna suka bertaubat, istighfar, memohon ampun pada Allah. Semoga kita juga termasuk dalam golongan itu semasa kita bertandang ke Masjid Quba’.

    Ertinya: Jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Quba’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. Di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

    Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

    Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
    [HR Ibn Majah]

    Dan Rasulullah SAW suka mengunjungi Masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu dan Rasulullah SAW bersolat Dhuha dalamnya. Jadi selain kita Solat Tahiyatul Masjid kita juga digalakkan melakukan sekali Solat Dhuha semasa dibawa oleh pihak travel.

    Ertinya: Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW pernah mengunjungi masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, samada berjalan kaki ataupun berkenderaan. Dan Ibn Umar r.a juga melakukannya seperti itu.

     

  • TANAH KELAHIRAN NABI

    TANAH KELAHIRAN NABI

    TANAH KELAHIRAN RASULULLAH SAW

    Apa yang perlu diketahui mereka berada di tanah kelahiran Rasulullah SAW di situ juga baginda dimakamkan. Malah mereka juga perlu faham bahawa baginda amat mencintai Madinah sehingga baginda pernah berdoa kepada Allah:

    “Ya Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kecintaan kami terhadap Mekah atau lebih cinta lagi,”

    ISTIMEWANYA KOTA MADINAH

    Kota Madinah merupakan antara satu daripada dua kota yang gagal ditembusi oleh Dajjal. Sebuah lagi ialah Mekah. Sebuah hadis pernah menceritakan bagaimana Dajjal menggambarkan kegagalannya itu:

    “Aku akan keluar dan menelusuri muka bumi. Tidaklah aku membiarkan suatu daerah kecuali pasti aku singgahi dalam masa empat puluh malam selain Mekah dan Thoybah (Madinah). Kedua-dua kota tersebut diharamkan bagiku. Tatkala aku ingin memasuki salah satu dari dua kota tersebut, malaikat menemuiku dan menghadangku dengan pedangnya berkilat. Dan di setiap jalan bukit ada malaikat yang menjaganya.”

    Selain itu, Madinah juga dicatatkan oleh para alim ulama mempunyai keistimewaan dan kelebihan sendiri antaranya:

    • Allah menjadikan Madinah sebagai tempat masuk yang benar.
    • Diharamkan membawa senjata ke Madinah dengan berperang atau membunuh.
    • Allah menjadikan Madinah sebagai tempat kelahiran Islam.
    • Wabak penyakit berpindah dari Madinah ke Juhfah.

    KELEBIHAN MASJID QUBA

    Mereka berpeluang untuk meraih ganjaran pahala bersamaan dengan sekali mengerjakan umrah apabila bersolat di Masjid Quba’. Ia merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW untuk menunaikan solat jemaah.

    Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba’ lalu dia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah.”

    Allah SWT berfirman dalam Surah at-Taubah:108: “…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba’) , sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.”

    Masjid Nabawi pula adalah masjid yang turut dibangunkan oleh Rasulullah SAW dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidilharam. Peluang melawat Lembah Bukit Uhud pula akan memberi peluang kepada jemaah haji mengambil iktibar bagaimana jangan sesekali melakukan pembelotan dalam perjuangan.

    Mereka perlu menjadikan tindakan Abdullah bin Ubai bersama 300 orang berpatah balik ke Madinah sebagai pengajaran.

    Kesimpulannya, Madinah adalah kota untuk beribadah dan ziarah yang mampu memberikan manfaat besar kepada jemaah haji dalam usaha mereka meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan mencintai Rasulullah SAW.

    KETAHUI LANJUT TENTANG KELEBIHAN BUMI MADINAH DENGAN MELAWATI TEMPAT ITU BERSAMA KAMI.

  • 16 SEBAB ANDA PERLU KE TURKI

    16 SEBAB ANDA PERLU KE TURKI

    16 SEBAB KENAPA PERLU KE TURKI

    16 Sebab kenapa anda perlu ke Turki dengan harga yg begitu murah ini, memang perlu bersyukur nii. Cuba lihat :

    1. Menikmati keindahan kota dan panorama antara 2 benua Asia-Eropah dengan menyusuri Selat Bosphorus menggunakan bot persiaran sewa khas kami. Dari sini anda dapat melihat tempat bersejarah antaranya Rumelian Castle dan Dolmabache Mosque.
    2. Menikmati sentuhan Eropah di Negara Islam.
    3. Pamukale – Melawat Cotton Castle dan menikmati perasaan ajaib apabila berjalan di teres – teres kolam air panas.
    4. Melawat Ancient Hieropolis (Gates of Hell, Theather, Cleopatra’s Pool dan Roman Bath.)
    5. Underground City – Berpeluang melihat tempat tinggal ataupun rumah peradaban kuno manusia seperti dlm filem “The Flinstones” CAPP
    6. Hagia Sofia – Melihat masjid yang asalnya gereja setelah Sultan Fateh Mehmed II berjaya menakluk Empayar Constantinople.
    7. Menyaksikan karya dan seni arkitek Islam di Grand Mosque, Blue mosque dan lain2.
    8. Menikmati keindahan serta mood pemandangan yg sangat hebat di antara dua benua, eropah & asia.
    9. Topkapi Palace – Melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf.
    10. Menziarah makan sahabat Rasullullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari di Ayub Al Ansari Mosque. Tetamu akan solat jamak di Fatih Mosque dan menziarah makam Sultan Mohamed Fatih.
    11. Blue Mosque adalah sebuah masjid bersejarah di Istanbul. Masjid ini dikenali sebagai Blue Mosque kerana Jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara.
    12. Pigeon Valley yang mana batu-batuan disini diukir lubang bagi burung merpati.
    13. Grand Bazaar yang telah wujud sejak tahun 1455 lagi dan terdapat lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan.
    14. Spice Bazaar, pasar terbaik untuk merasai makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dan Baklava.
    15. Ataturk Mausoleum, iaitu tempat rehat terakhir Mustafa Kemal Ataturk, iaitu lebih dikenal sebagai Bapa permodenan Turki.
    16. Melawat Grand Mosque, salah sebuah masjid yang terbesar di Bursa.

    PELUANG KE SANA PADA TAHUN 2019 BERSAMA KAMI INSYAALLAH, 2018 KAMI HANYA TINGGAL BEBERAPA SEAT UTK AWAL DISEMBER SAHAJA, YANG LAINNYA SUDAH PENUH DAN TERPAKSA KAMI TUTUP.

    TANPA BAYARAN TERSEMBUNYI! LENGKAP HOTEL 4 BINTANG!
    .
    Lawatan ke Istanbul – Bursa – Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia – Ankara – Bolu.

    HARGA PENUH termasuk HOTEL 4 BINTANG, TIKET PENERBANGAN,MAKANAN HALAL, TIKET LAWATAN, BAS SELESA DAN PEMANDU PELANCONG TURKI YANG AKAN MENERANGKAN SEJARAH ISLAMIK TURKI DAN JUGA SEMUA TIPPING SUDAH TERMASUK.

  • Pakej Umrah Hotel Dekat Vs Hotel Jauh

    ??

    Pakej Umrah
    Pakej Umrah Hotel Dekat Vs Hotel Jauh
    ??

    PAKEJ UMRAH HOTEL DEKAT VS HOTEL JAUH

    Mesti ramai yg sedang mencari Pakej Umrah Hotel dekat dan nak tahu juga jauh tu jauh yg tahapnya bagaimana kan? Baiklah, cuba baca sehingga habis pasti anda akan jelas bagaimana untuk memilih Pakej Umrah sama ada HOTEL DEKAT VS HOTEL JAUH NI.

    H1: BERAPAKAH JARAK HOTEL DI MEKAH YANG PALING DEKAT DENGAN KAABAH?
    Hotel yg paling dekat ialah hotel yg berjarak 30 meter atau 50 meter, memang turun2 dah terus Masjidil Haram dah. Bayangkan turun dari hotel dah nampak dataran Masjidil Haram dah. Ini memang terbaik.

    H2: APAKAH KATEGORI HOTEL DI MEKAH YANG BERJARAK SEDERHANA DEKAT?
    Hotel yg dekat juga boleh dikategorikan dengan harga yg berpatutan dengan jarak yg berpatutan seperti hotel yg berlingkungan 180 meter ke 600 meter. Hotel yg 180 meter boleh dibayangkan dengan perjalanan yg mengambil masa 7 – 10 minit dan 600 meter hotel yg memerlukan berjalan kaki sejauh 15 minit sahaja. Bagaimana nak bayangkan ya. Macam ni sahaja, seperti kita berjalan dari parking kita dan menuju ke dalam shoping complex, atau kita parking kereta dan berjalan masuk ke Jusco atau Tesco Xtra. Masih consider ok dengan jarak tersebut kerana pembayaran utk harga pakej tersebut.

    H3: APAKAH JARAK HOTEL YANG DIKIRA JAUH?
    Hotel yg paling jauh adalah hotel yg berjarak 1 kilometer dan ke atas dan yg memerlukan Bas dan Mikrobas utk menghantar dan mengambil sewaktu pergi dan balik utk solat dan seumpanya.

    H4: SIAPA DAN KENAPA PERLU MEMILIH PAKEJ UMRAH HOTEL DEKAT?

    1- Sebab kepuasan kita utk beribadah, mana taknya, hotel dekat ini mudah utk kita ulang alik ke Masjid dengan lebih cepat utk tujuan ibadat kita. Duduk di Masjid i’tikaf, tiba2 rasa nak ke toilet, toilet Masjid penuh jadi boleh balik ke bilik sendiri dan selepas siap boleh turun balik ke Masjid.

    2- Mudah bagi yg berumur kerana mereka yg berumur susah utk berjalan jauh apatah lagi nak naik bas utk balik hotel, jadi yg paling mudah utk mereka adalah hotel yg paling dekat, 50 meter tu memang yg terbaik utk mereka. 180 meter tu pun sudah kira ok utk mereka.

    3- Mereka yg sakit lutut juga perlu memilih hotel yg berjarak 50 meter atau 180 meter. Jangan memilih hotel yg berjarak 1 kilo meter dan ke atas. Kita ni dah sakit lutut jadi pilih hotel yg paling dekat dengan membayar pakej yg agak berbaloi, jgn dikirakan sgt duit tu dalam beribadat. Invest sedikit utk keselesaan supaya kepuasan dalam beribadah itu tercapai.

    4- Mereka yg membawa anak juga dicadangkan utk memilih hotel yg lebih dekat utk memudahkan urusan dan perancangan program utk anak2-anak sepanjang berada di Tanah Suci. Seperti bergilir suami Isteri utk buat ibadah sewaktu bawa anak-anak, bergilir utk tawaf, solat dan seumpanya juga.

    5- Mereka yg sakit Dialisis, sakit tua atau sakit2 yg tertentu juga kami sarankan utk memilih hotel berhampiran dengan Masjid.

    6- Pilih hotel yg dekat dengan program2 yg bagus seperti 5 kali Umrah yg kami anjurkan, bukan apa, hotel dekat ni juga penuh dengan barangan Shopping dan seumpanya, jika program tak penuh maka kesibukkan di Shopping Mall itu lebih lagi dari ibadah di Masjidil Haram nanti.

    Jadi bila syarikat yg sudah rancangkan ibadah anda di Tanah Suci maka tenanglah sikit kita dalam program ibadah kita. Nafsu membeli belah tetap ada tetapi kuranglah sedikit dari yg selalunya sebab sudah ada program yg dirancang.

    Sebab itu kami di Mursyid Alharamain Travel merancang program yg terbaik dan terdekat buat semua penggemar Tanah suci. Pakej Umrah yang berkualiti dan berbaloi kerana mempunyai program tambahan seperti berikut:

    a) 5 Kali Umrah
    Kami berikan 5 kali Umrah ini adalah utk kepuasan semua Jemaah2 kami, jadi mereka tak perlu risau naik2 teksi lagi kerana kami sediakan Bas yg selesa utk mereka semua. Yang paling penting supaya mereka balik dengan tenang hati dan tercapai hajat mereka.
    .
    b) Mutawwif dari Malaysia
    Mutawwif pun kami sediakan dari Malaysia. Jadi ibadah mereka semua akan terbimbing dan terpimpin dengan baik sewaktu di sana nanti. Yg hantar ibu dan ayah pun tak perlu risau. Tapi jika anda free atau boleh freekan diri anda apakah salahnya anda ikut sekali bantu urusan mereka sekejap. Tlg pimpin mereka, tlg belanja makan mereka dan macam2 boleh khidmat kepada mereka disamping mutawwif2 kami yg akan bantu mereka.
    .
    c) Mutawwifah ke Raudhah
    Mutawwifah ke Raudah kami sediakan, almaklumlah kitakan kadang2 tak mahir dengan suasana masjidil haram Madinah, jadi mutawwifah ini akan bantu kaum ibu dan kakak2 ke dalam Masjid.
    .
    d) Lawatan Khas ke Bandar Bersejarah; Taif, Madain Soleh, Bandar Al-Ula, Badar.
    Ada pakej2 kami dibawah juga yg ke Toif secara percuma kami bawakan mereka. Anda tidak perlu risau dan gusar kerana yg uruskan semuanya buat anda. Ada yg ke Bandar Ula juga utk lawatan di bandar lama di Kawasan situ.
    .
    e) 3 Kali Masjid Quba
    Kita juga bawa ke Masjid Quba sebanyak 3 kali. Memang puas ke Masjid keempat yg fadilatnya tu besar sgt2, sekali solat dapat pahala Umrah di situ. Ini 3 kali ke situ, cubalah bayangkan betapa seronoknya apabila aktiviti dan musafir umrah kita dihabiskan dengan perkara yg sgt berfaedah seperti ke Masjid Quba ini isnyaAllah.
    .
    f) Lawatan Harian ke 20 Tempat Bersejarah
    Disamping itu kita juga adakan lawatan hampir setiap hari merangkumi tempat lawatan Mekah dan Madinah. Kita akan bertolak pagi dan sebelum zuhur akan tiba agar jemaah dapat bersolat di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi.
    .
    g) Makan Malam Istimewa Nasi Arab
    Selain menyediakan pakej yang lengkap dengan hidangan makanan, tak cukup syarat kalau tak merasa Nasi Arab sewaktu mengikuti Pakej Umrah. Insya Allah ada rezeki kita ke Restoran atau boleh juga disusun makan malam “Open-Air” di Ladang Kurma. Moga-moga para jemaah bukan sahaja mengecapi keseronokan beribadah tapi juga diselang-selikan dengan program Lawatan Sirah dan aktiviti Santai.

    Yg pastinya mereka yg berminat perlu menghubungi kami segera utk berdaftar kerana penerbangan kami hampir daily dari Tanah Air bermula pada 1 NOVEMBER 2018.

    PEJABAT KAMI : 03-55235176

    CALL & WHASSAP:011-40033507

    CALL & WHASSAP: 011-13139007

    CALL & WHASSAP: 013-3016187

    EMEL: salesteam@mursyidalharamain.com
    WEBSITE : https://mursyidalharamain.com/v2/hajj-umrah-services/

    Lihat jadual Kursus Umrah kami seluruh Malaysia di sini :
    https://mursyidalharamain.com/v2/events/

    Lihat penyerahan Lesen Khas Umrah di sini :
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685137601561537&id=405103486231628

  • HUKUM MENGERJAKAN UMRAH

    HUKUM MENGERJAKAN UMRAH

    HUKUM MENGERJAKAN UMRAH

    Pendapat jumhur ulamak mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Ada hadis yang menyebutkan yang umrah dalam bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji. Ada satu lagi hadis yang mana Rasulullah s’a.w. bersabda yang haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu.

    Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 196 menyebutkan bahawa
    “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”

    PENGERTIAN UMRAH

    Umrah ialah mengunjungi Baitullahil-Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, saie, dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

    WAKTU BUAT UMRAH

    Umrah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dalam setahun kecuali jika seseorang itu sedang buat ibadat haji.

    RUKUN UMRAH

    Rukun bermakna wajib buat. Kalau tak buat, tak sah ibadat tersebut. Rukun umrah ada lima dan lima-lima rukun ni wajib kena buat. Kalau tak buat salah satu rukun ni, maka umrah tu tak sah. Bak kata ustaz, hanya dapat exercise tapi tak dapat umrah. Kalau buat rukun tapi tak cukup syarat pun dikita tak sah umrah. Ini kerana, bila buat tak cukup syarat, maka tak sempurna rukun tu.

    Niat ihram umrah:
    “Niat ihram umrah ini dilafazkan masa berada di miqat. Kena pakai ihram dulu sebelum berniat dan bermulalah pantang larang Ihram”


    TAWAF :
    Tawaf ialah mengelilingi kaabah mengikut arah lawan jam sebanyak tujuh kali. Kalau pusingannya kurang dari tujuh, maka tak dapat rukun tawaf tu, dah umrah jadi tak sah. Masa tawaf kena pakai ihram.


    SAIE :
    Saie ialah berjalan ulang-alik sebanyak tujuh kali dari Safa ke Marwah. Bermula dari Safa pergi ke Marwah
    Bila cukup tujuh pusingan ni, selesailah saie tu.


    BERGUNTING ATAU BERCUKUR :
    Bercukur dilakukan selepas selesai saie. Bercukur rambut ni maksudnya potong rambut atau gunting rambut. Guna gunting saja. At least tiga helai rambut kena gunting. Gunting rambut ni dilakukan di Marwah.


    TERTIB :
    Tertib ni maksudnya rukun-rukun di atas tu kena dibuat ikut susunan, iaitu bermula dengan niat, lepas tu pergi tawaf, dah selesai tawaf pergi buat saie, dah habis saie terus bercukur. Selesai saja bercukur, maka jemaah umrah telah mencapai tahallul (sudah bebas dari pantang larang ihram yang 13 tu) dan umrahnya dianggap telah selesai.


    SUNAT UMRAH

    Perkara-perkara sunat umrah ni tak buat tak apa, tak cacat pun umrah tu. Tapi kalau buat dapat pahala lebih.

    SUNAT-SUNAT SEBELUM IHRAM

    • Bersedekah sebelum pergi ke miqat
    • Kerat kuku
    • Andam (kemaskan) rambut, misai, janggut dan bulu ari-ari
    • Pakai ihram warna putih
    • Sembahyang sunah ihram (di hotel) tu elok buat di bilik hotel sebelum turun naik bas. Boleh juga buat di masjid di tempat miqat. Tapi mutawif tak galakkan sebab jemaah terikat dengan waktu aturcara. Pergerakan kena cepat.
    • Bersedekah tu senang saja nak buat. Tak perlu cari tabung untuk bersedekah. Bagi saja sedekah pada mana-mana fakir atau orang yang bergelandangan di sana. Bagi pada pekerja hotel (seperti tukang cuci, tapi manager tak payahlah..) pun boleh dikira sedekah.

    SUNAT-SUNAT SELEPAS IHRAM

    Niat ihram dibuat selepas keluar dari masjid di miqat dan sebelum naik bas. Mutawif akan ingatkan jemaah beberapa kali sebab dibimbangi ada yang lupa nak pasang niat.

    • Baca talbiah selepas niat ihram sehingga start tawaf.
    • Berdoa di setiap lokasi umrah (ada doa tu dalam buku panduan umrah)
    • Kucup hajarul aswad atau kalau tak dapat, istilam (lambai-lambai tangan) sahaja pun mencukupi.
    • Sembahyang sunat di belakang makam Ibrahim selepas selesai tawaf tujuh kali.
    • Sembahyang sunah ihram (di hotel) tu elok buat di bilik hotel sebelum turun naik bas. Boleh juga buat di masjid di tempat miqat. Tapi mutawif tak galakkan sebab jemaah terikat dengan waktu aturcara. Pergerakan kena cepat.
    • Terus buat saie selepas tawaf.
    • Minum air zam-zam lepas selesai tawaf tujuh pusingan
    • Bercukur habis rambut tu selepas selesai saie.

    13 LARANAGAN SEMASA IHRAM
    Yang ini kena ingat betul-betul. Kena hindari diri dari buat perkara-perkara yang 13 ni dari mula pasang niat ihra sampailah selesai bercukur (bertahallul). Bila dah bercukur maka kita dah berada dalam keadaan ‘tahallul’ iaitu ‘bebas dari larangan’ 13 tadi tu.

    • Pakai sarung tangan
    • Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
    • Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
    • Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
    • Kerat (atau potong) kuku</>
    • Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
    • Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
    • Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
    • Jimak (bersetubuh)
    • Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
    • Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum
    • Tutup kepala atau sebahagian darinya (seperti pakai topi)
    • Tutup muka

    APA JADI KALAU MELANGGAR LARANGAN IHRAM

    Ada 3 keadaan hokum bagu mereka yang melanggar larangan dalam ihram ini:

    • Berdosa dan wajib bayar dam jika melakukan dengan hajat dan tanpa uzur
    • Tidak berdosa tapi wajib bayar dam jika melakukan tanpa niat tetapi terpaksa
    • Tidak berdosa dan tidak perlu bayar dam jika melakukannya kerana uzur atau jahil (tidak tahu), terlupa,dipaksa atau dilakukan ketika tidur