Category: Travelogue

  • PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG KE TURKI

    PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG KE TURKI

    1) Saya cadangkan kalau untuk prepaid beli simkad digi di sini, activate roaming sana. Langgan pakej RM25 untuk 3 hari.

    2) Wifi bas atau hotel ada.. Cukup untuk kegunaan WhatsApp.

    3) Standby soket converter 2 pin ke 3 pin.

    4) Bawa lip balm dan pelembab kulit.

    5) Mungkin yang suka iron baju boleh bawa satu iron ringan..

    6) Boleh bawa juga sos cili pek kecil (macam KFC atau McD selalu bagi tu)? sambal kering or etc.. Sebab dekat sana makanannya tawar.. Jadinya boleh prepare.

    7) Untuk pengetahuan, tandas di sana tiada paip, smua jenis pancut dlm mangkuk, dekat sana dipanggil WC..

    8) Standby juga ubat tambahan seperti demam, selsema, batuk, cirit, minyak angin, sakit perut… Bagi yang mabuk laut atau kapal terbang, disarankan standby ubat yang diperlukan.

    9) Standby baju sejuk atau sarung tangan yang tebal-tebal.. Sebab cuaca kita bermusim sejuk sekarang. Boleh dianggarkan paling rendah 9 celcius.

    10) Kalau ada payung yang kecil boleh bawa tu. Digalakkan bawa. Standby takut-takut disana hujan turun. Heee (sentiasa sediakan payung sebelum hujan?)

    11) Yang paling penting standbykan duit tukaran tuan/puan yang secukupnya ye.. Pengalaman saya lihat, baru smpai hari kedua dah penuh beg masing-masing sedangkan banyak tempat yang belum dilawati lagi ?. Almaklumlaa rambang mata. Pergi sana baru tahu nanti… Jadi fikir dan rancang betul-betul sebelum sampai kesana mudah-mudahan tak menyesal nanti.. Haha.. Nak lagi senang jangan lupa aktifkan Kad Debit/Kredit di Malaysia.. Untuk memudahkan urusan disana.. ??

    12) Kalau nak bawa maggi pun boleh. Almaklumlaaa cuaca sejuk smbil-sambil pekena maggi panas-panas sedap tu.. (mungkin ada anak-anak yang tak biasa makan nasi tanpa kuah)

    13) Sediakan asam, gula-gula untuk di buat kemam semasa kapal terbang berlepas, dan mendarat nanti bagi mengurangkan tekanan di dalam telinga nanti?

    14) Sentiasa bawa selipar dan plastik kemudahan semasa waktu solat nanti.. (waktu solat boleh rujuk kepada tour leader setiap hari)

  • TIPS PERCUTIAN KE TURKI

    TIPS PERCUTIAN KE TURKI

    03-umrahstandard

    Ramai orang suka pergi bercuti, sama ada ke destinasi dalam negara mahupun luar negara. Dan antara destinasi percutiaan yang tengah ‘hot’ sekarang adalah ke negara di dua benua, Turki. Apa yang
    dibayangkan semasa percutian adalah tentang perkara yang indah-indah belaka. Jika anda benar-benar inginkan saat percutian yang betul-betul indah, menyeronokkan dan bebas daripada sebarang kerisauan, anda boleh ikuti beberapa tips menarik seperti berikut:

    Takaful Perjalanan

    Perkara ini adalah amat, amat dan amat penting! Kenapa? Kerana kita pasti mahukan saat-saat percutian yang kita lalui tidak membebankan diri kita di kemudian hari. Pepatah mengatakan, malang tidak berbau. Oleh sebab itu, sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, ada risiko beg tidak sampai, passport hilang semasa berada di negara tempat percutian dan juga ada risiko kecelakaan yang menyebabkan kita perlukan rawatan kesihatan di tempat orang. Dengan adanya Takaful Perjalanan, kita akan mendapat pampasan semula untuk kos-kos yang kita mungkin terpaksa keluarkan sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dijangka.

    Tukaran Mata wang

    Pada ketika ini, kadar pertukaran matawang antara Ringgit Malaysia dan Lira Turki boleh dikatakan berbaloi. Bulan lepas, kadar pertukaran wang tunai untuk 1 Lira Turki bersamaan dengan antara RM0.84 sehingga RM0.87 di kaunter pengurup wang. Perlukah kita bawa banyak-banyak wang tunai ke Turki? Sebenarnya, wang tunai itu perlu. Dan kita juga perlu ingat Turki adalah sebuah negara Islam yang membangun pesat serta mempunyai teknologi kewangan yang memudahkan para pengunjungya. Mengikut pengalaman penulis, dengan menggunakan kad debit Maybank di Turki, kadar tukaran wang adalah serendah 1 Lira Turki bersamaan RM0.80! Dan kebanyakan kedai di Turki mempunyai kemudahan bayaran menggunakan Kad Debit/Kredit terutamanya di tempat-tempat tarikan pelancong. Jadi, boleh manfaatkan kadar tukaran yang lebih rendah ini sekiranya anda berhasrat untuk membeli belah saat berada di Turki kelak!

    Cuaca Panas/Sejuk dan Kering

    03-umrahstandard

    Di Malaysia kita sentiasa berada dalam hawa panas dan lembab sepanjang tahun. Kita akan cepat berpeluh dan kulit rasa melekit dalam suasana macam ini. Berbeza dengan keadaan di Turki, mereka
    negara dengan empat musim. Pada musim sejuk suhu boleh mencecah sehingga bawah 0 darjah celcius dan pada musim panas suhu boleh mencecah sehingga 45 darjah celcius di sesetengah tempat. Udara
    yang kering pula menyumbang kepada proses ‘dehydration’ cepat berlaku dalam badan kita. Jarang nak merasa melekit badan bila berada di Turki, terutamanya pada musim luruh dan sejuk. Jadi, sesiapa yang nak ke Turki kena pastikan keadaan kulit badan tidak terlalu kering sebab boleh mengundang rasa gatal yang tak tertahankan! Antara persediaan yang baik untuk hadapi udara kering di sana, sentiasa pastikan:

    1. Minum air dalam kadar yang lebih daripada biasa yang kita minum di Malaysia
    2. Sediakan pelembap bibir dan kulit badan (losyen, minyak zaitun) untuk digunakan bila perlu

    Makanan dan Minuman

    03-umrahstandard

    Turki adalah sebuah Negara Islam dan majoriti penduduknya adalah orang Islam. Makanan dan minuman halal adalah sangat mudah dijumpai. Untuk orang bukan Islam, tiada isu yang dirisaukan untuk bab makan bila pergi melancong ke negara luar. Untuk orang Islam pula, penting untuk menjaga pemakanan kita supaya sentiasa dapat makan dan minum produk-produk yang halal. Setiap daerah dan negeri di Turki kebiasaannya ada menu dan jenis makanan yang khusus dihasilkan di tempat tersebut. Jadi, pastikan anda
    ambil peluang untuk makan dan minum makanan tradisi di setiap tempat yang anda lawati!

    Berapa banyak pakaian yang perlu dibawa?

    Bergantung kepada tarikh pelancongan anda di Turki, boleh jadi anda tidak perlu bawa banyak pakaian pun ke sana. Jika anda melancong pada musim panas, ya, pastikan bawa pakaian yang seperti kita pakai di Malaysia sebab cuaca panas akan menyebabkan kita cepat berpeluh dan perlu tukar baju dengan kerap. Namun, jika anda melancong pada musim sejuk, tidak perlu bawa banyak pakaian yang cantik-cantik. Sangat penting untuk anda bawa paling kurang 2 persalinan baju ‘Thermal’ dan sangat penting untuk bawa satu baju sejuk untuk dipakai di luar! Pada musim sejuk, anda tidak akan berpeluh sangat. Jadi, kalau tidak mandi pada hari tersebut pun akan agak sukar untuk orang lain tahu! Dan bila dah mandi pastikan anda gunakan pelembap kulit bagi mengelakkan kulit kering yang melampau pada musim sejuk, sekaligus menyebabkan rasa gatal dan tidak selesa sepanjang berada di sana.

    Satu lagi aspek penting untuk diambilkira ketika berada di Turki adalah untuk memakai kasut atau sandal yang bersesuaian. Ketika di Turki anda akan banyak berjalan ke sana ke mari sebab jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain agak dekat di kawasan bandar. Manakala di kawasan pelancongan luar bandar pula, anda akan banyak berjalan untuk melihat dan melawati tempat-tempat yang bersejarah. Dengan memakai kasut atau sandal yang bersesuaian, anda dapat memastikan kaki anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sepanjang masa.

    Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan

    Percutian yang bermakna pasti ingin dikenang sampai bila-bila. Jadi, sebelum datang ke Turki pastikan anda sudah bersedia dengan telefon ataupun kamera dengan memori yang banyak supaya boleh ambil gambar serta video percutian banyak-banyak. Bentuk mukabumi yang unik, suasana yang ceria, tinggalantinggalan sejarah sejak ratusan malahan ribuan tahun, adalah pemandangan serta suasana yang tidak dapat diceritakan secara terperinci. Bak kata pepataha inggeris, ‘A picture tells a thousand words’.

    Sekiranya anda berhajat untuk membeli belah di Turki, pastikan anda bawa beg yang bersesuaian. Juga, pastikan ruang dalam beg itu mencukupi pada masa datang dan pulang daripada Turki. Kebiasaannya penulis akan terbang ke Turki dengan pakaian suku penuh sahaja sebab bila balik nanti boleh isikan beg dengan barang-barang yang dibelis emasa di Turki nanti! Melainkan anda memang betul-betul merancang untuk tidak berbelanja di Turki, pastikan bawa beg anda boleh memuatkan muatan yang tidak lebih 30 kg dalam satu beg.

  • UMRAH DALAM KENANGAN

    UMRAH DALAM KENANGAN

    03-umrahstandard

    Masih ingat lagi petang 23 Disember 2018 kita semua berkumpul di KLIA. Saya masih ingat wajah-wajah jemaah tidak sabar untuk menaiki pesawat. Masa itu kita masih belum bermesra dan hanya bersalaman untuk bertanya nama dan dari mana.

    Masih ingat bermiqat di dalam pesawat dan memakai ihram. Setiba di Jeddah Airport, urusan immigresen dan bagasi Allah permudahkan, tidak lama kita menunggu. Menaiki bas Qaid warna hitam terus ke Makkah.

    Masih ingat di dalam bas menuju ke Makkah sahabat kita Encik Sham bertalbiah hampir 1 jam lebih. Suaranya yang lantang dan adakala sayu kerana bersyukur kerana menjadi tetamu Allah. Mula-mula jemaah bersemangat bertalbiah dan selepas 30 minit ramai jemaah yang tertidur. Ada seketika hanya kedengaran suara sahabat kita Encik Haris bertalbiah menemani Encik Sham kita.

    Masih ingat bila kita sampai di Makkah di sambut oleh Ustaz Saiful. Sama-sama kita mengikut Ustaz Saiful membuat umrah pertama kita. Selepas tawaf pusingan yg ketiga ramai yang tercicir tetapi Alhamdulilah semua dapat tamatkan umrah pagi itu. Kita semua solat subuh berjemaah di Masjidil Haram pagi itu.

    Masih ingat rawatan di Masjidil Haram. Saya tidak akan lupa melihat wajah jemaah menangis kerana bersyukur di depan Multazam sambil berdoa kepada Allah swt. Walaupun suasana sesak tolak menolak tetapi ramai yang dapat solat sunat taubat dan solat sunat hajat di depan Multazam.

    Masih ingat perlahan-lahan kita beratur berjalan dari tempat Multazam sambil memegang tembuk Hijir Ismail untuk masuk ke Hijr Ismail. Sampai di pintu Hijr Ismail hanya Allah sahaja yang tahu hati setiap jemaah dengan suasana yang agak mustahil rempuh merempuh, tolak menolak. Tetapi kuasa Allah yang maha pemurah kepada tetamu-tetamunya, semua jemaah dapat masuk ke Hijr Ismail dan solat sunat taubat dan sunat hajat di situ. Ramai yang tidak boleh lupakan pengalaman untuk hendak keluar dari Hijr Ismail. Tetapi saya tidak lupa wajah kepuasan setiap jemaah selepas keluar dari Hijr Ismail. Alhamdulilah syukur kepada Allah permudahkan semua ibadah kita.

    Masih ingat ziarah di Arafah, Ji’ranah, Hubaidiyah dan sekitar kawasan Makkah. Mungkin ramai jemaah tidak dapat lupa kemerduan suara talbiah berlagu Ustaz Saiful kita. Alhamdulilah Allah beri kita tempat tinggal yang dekat dengan Masjidil Haram. Allah beri kita bilik yang bersih, makanan yang enak-enak semasa di Makkah, dan masih ingat sarapan pagi di hotel Makkah dihidang lontong bersama tempeh dan serunding kelapa, sedap macam di Malaysia.

    Masih ingat suasana tawaf pada hari khamis malam jumaat dan suasana di Masjidil Haram semasa solat Jumaat. Alhamdulilah semua jemaah dapat merasa solat Jumaat di Masjidil Haram. Sedih hendak meninggalkan Makkah, sedih hendak menengok Kaabah semasa kita buat tawaf wida’. Saya rasa ramai jemaah ketika ini sudah mula rindu dengan Kaabah, rindu untuk solat berjemaah di Masjidil Haram, rindu mendengar suara bilal mengazankan tibanya waktu solat, rindu akan kesibukan bandar Makkah. Pada saya tidak ada tempat di dunia ini yang memberi saya ketenangan dan kedamaian seperti di Makkah dan Madinah. Ramai jemaah yang sekarang ini mengalir air mata kerana rindu kepada rumah Allah dan rindu kepada suasana di Makkah.

    Masih ingat tawaf kedai dan melontar RM di Madinah. Ramai yang akan tersenyum sendiri bila teringat bab tawar-menawar dengan penjual. Selepas program yang padat di Makkah, Allah beri kita program yang releks sedikit di Madinah. Disini ramai jemaah ‘happy’ sebab dapat tawaf kedai. Di Makkah jemaah tidak ada banyak masa untuk shopping tapi di Medinah suasana lain sedikit. Kita bersyukur dapat ziarah Masjid Quba sebanyak 3 kali. Kita bersyukur dapat ziarah tempat sejarah seperti Bukit Uhud, Kubu Kaab al-Ashraf, Kubu Urwah bin Zubair, Telaga Uthman, kilang cetak Al Quran, dll. Suara lantang Ustadz Izzuddin bercerita tentang sejarah untuk setiap tempat yang kita lawati masih terdengar dalam ingatan kita. Tidak boleh dinafikan Ustadz Izzuddin memang pakar dalam sejarah islam di Madinah, banyak jemaah pelajari ilmu dan dakwah islamiah dari dia.

    03-umrahstandard

    Masih ingat suasana di Raudhah, kaum muslimat menunggu berjam-jam untuk masuk ke Raudhah. Ada yang dapat masuk 2 atau 3 kali. Teringat betapa cantik karpet hijau di Raudhah dan ketenangan di Raudhah masih kita dapat rasai. Madinah oh Madinah, baru balik sudah mula rindu Madinah.

    Sampai di KLIA, Alhamdulilah syukur kepada Allah, semua beg selamat tiba walaupun banyak beg yang sudah beranak-pinak. Nasib baik jemaah tidak dikenakan bayaran excess luggage semasa di Madinah. Tiga botol air zamzam tidak tiba dan saya masih berurusan dengan pihak Travel Agent untuk menyelesaikan masalah ini. Saya harap Encik Fauzi dan En Kamaluddin dapat bersabar ya. En Sham dan isteri delay connecting flight ke Kota Bharu. Sahabat kita En Haris tersalah naik train ke KLIA2, dia naik train ke Salak Selatan, sebab itu dia miss flight jam 3 ptg ke Penang. Yang 4 beradik semua sudah sampai ke rumah masing-masing, kecoh sekejap bila seorang beradik hilang semasa keluar dari pesawat tapi berjumpa kembali di tempat bagasi.

    Terima kasih kepada semua jemaah yang mengikuti pakej ini. Yang saya sangat gembira untuk kumpulan ini ialah bila saya melihat siratulrahim yang sangat rapat di antara jemaah, tolong menolong antara satu sama lain, kerjasama yang sangat erat, bergurau dan ketawa antara jemaah, sikap toloransi yang sangat bagus bila berlaku kelewatan atau bila ada sedikit masalah.

    Sepuluh jari saya memohon maaf kepada semua jemaah sekiranya saya terkasar bahasa atau kasar perlakuan saya sepanjang program umrah ini. Saya rasa ramai yang akan mengalir air mata kerana sangat bersyukur atas layanan yang Allah telah beri kepada kumpulan ini semasa kita berada di tanah suci.

    Saya sujud bersyukur kepada Allah semua jemaah sudah selamat sampai dan sekarang hanya kenangan manis menjadi tetamu Allah selama 12 hari 11 malam di Makkah dan Madinah.

    Group leader.

    Yg nak pergi Umrah boleh terus pm kami disini utk kami bantu mereka ke Tanah Suci juga insyaAllah.

  • KEMBARA KE BUMI TURKI PADA MUSIM SEJUK

    KEMBARA KE BUMI TURKI PADA MUSIM SEJUK

    Alhamdulillah, pengembaraan kami ke Turki bermula pada 20 Disember 2018. Pelbagai keindahan ciptaan Allah terdapat di bumi Turki ini. Lokasi pertama kami ketika berada di bumi Turki adalah di Bandar Istanbul.

    20 Disember 2018 – Hari Kedua : ISTANBUL

    03-umrahstandard

    Pagi ini kami memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Ataturk ke Istanbul. Kami meneruskan perjalanan kami dengan menziarahi lokasi pertama iaitu di Muzium Hagia Sophia (Aya Sofia). Apakah yang menarik pada muzium ini? Muzuim ini pada asalnya adalah sebuah gereja yang telah beroperasi selama 5 abad. Ketika zaman empayar Uthmaniyah yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al Fateh, gereja ini sudah ditukar menjadi sebuah masjid. Keunikan masjid ini mempunyai 6 buah menara. Lalu pada tahun 1935M, masjid ini berubah menjadi sebuah muzium di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk sehingga kini.

    03-umrahstandard

    Berkunjung ke Turki, rugi rasanya kalau tidak melihat keindahan dan keunikan Blue Mosque atau Masjid Biru. Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina oleh Sultan Ahmed sebagai lambang kehebatan empayar Turki pada ketika itu. Cirinya yang paling menonjol ialah ia dihiasi dengan 20 ribu kepingan jubin yang berwarna biru, hijau dan putih. Masjid Biru Istanbul dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I. Baginda membina Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sophia yang dibina maharaja Byzantine. Seterusnya kami meneruskan pengembaraan kami ke Istana Topkapi. Apa yang menarik di sini adalah, terdapat beberapa barang peninggalan barang-barang Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Istana ini adalah istana paling besar dan paling tertua di dunia. Dicatatkan dalam sejarah tidak kurang dari 24 orang sultan telah mendiami istana ini, selama 4 abad pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah. Selain sebagai tempat kediaman sultan, Istana Topkapi juga merupakan pusat Turki pada masa lalu. Istana Topkapi terletak di atas bukit. Dari sini para pelawat boleh melihat betapa indahnya pemandangan Selat Bosphorus dan Laut Marmara.

    03-umrahstandard

    Kami meneruskan perjalanan kami ke Bhosphorus Cruise. Kata orang, lawatan ke Istanbul tidak lengkap tanpa pengalaman bersiar-siar menyusuri selat Bosphorus dengan bot. Aktiviti ini sangat menarik kerana selain dari menghayati panorama yang indah dan menakjubkan, ia juga mengujakan kerana apabila berada di situ kita sebenarnya berada di dua buah benua, kiri Eropah, kanan Asia. Bila berada di sini kita juga dapat membayangkan dan mengimbau kembali bagaimana Sultan Muhammad 11 telah menakluk konstantinopel pada tahun 1453.

    03-umrahstandard

    Kegembiraan para rombongan kelihatan di wajah mereka walaupun dalam keadaan kepenatan seharian berjalan. Kami mengakhiri perjalanan kami pada hari ini dengan makan malam di restoran makanan laut bawah Jambatan Galata sebelum menuju ke hotel untuk berehat.

    21 Disember 2018 – Hari Ketiga : ISTANBUL – BURSA – KUSADASI

    Kami meneruskan pengembaraan kami seawal jam 7.00 pagi. Lokasi pertama kami ketika sampai di Bursa adalah di Grand Mosque. Keunikan di masjid ini adalah setiap dinding dan tiang masjid ini di ukir dengan tulisan khat hasil daripada seni tangan sendiri. Masjid ini adalah di antara 5 masjid yang teragong dalam Islam.

    03-umrahstandard

    Seterusnya kami dibawa menuju ke Green Mosque yang di mana masjid ini juga sangat unik kerana dinding di bahagian dalamnya dihiasi dengan corak batu seramik yang cantik berwarna hijau. Di bahagian hadapan Green Mosque terdapat juga Maqam Sultan Mehmed II dan ahli keluarganya.

    03-umrahstandard

    03-umrahstandard

    22 Disember 2018 – Hari Keempat : KUSADASI – SELCUK – PAMUKKALE

    Hari ini adalah hari ketiga kami berada di Turki. Seperti hari sebelumnya, hari ini juga kami memulakan perjalanan di awal pagi pada jam 7.00 pagi. Kali ini, kami meneruskan perjalanan dengan melawat kedai Fesyen pakaian dan Jaket Kulit yang sangat berkualiti. Banyak pilihan dan pelbagai reka bentuk Jaket Kulit yang diperagakan. Setelah puas membeli belah di kedai Jaket Kulit ini, kami meneruskan perjalanan ke ladang limau mandarin. Di sini kami diberi peluang memetik sendiri buah limau tersebut dalam keadaan yang sangat sejuk dan menyegarkan.

    03-umrahstandard

    Ketika hari menjelang petang, kami meneruskan perjalanan kami ke lokasi terakhir iaitu di Travertine Pool with White Terrace. Di sini, kami diberi lagi pengalaman yang berharga iaitu menikmati keindahan dan kejadian yang Allah ciptakan terhadap muka bumi ini. Yang menariknya di sini adalah terdapat beberapa buah kolam air panas yang dikelilingi dengan mendapan batu kapur yang berwarna putih seakan-akan seperti timbunan salji. Ia juga dikenali sebagai Cotton Castle (Istana Kapas). Di sekitar ini juga terdapat beberapa tempat yang sangat menarik perhatian kami antaranya ialah bangunan Heriapolis. Ia seakan-akan berbentuk seperti bangunan Colloseum.

    03-umrahstandard

    23 Disember 2018 – Hari Kelima : PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA

    Alhamdulillah, hari ini kami masih lagi di Pamukkale. Aktiviti pada hari ini kami mulakan dengan menaiki Hot Air Balloon di kawasan Pamukkale. Kami diberi saranan dari Tour Guide supaya menaiki Hot Air Ballon di sini bukan di Cappadocia kerana dikhuatiri cuaca di Cappadocia tidak mengizinkan.

    03-umrahstandard

    Setelah puas menikmati pemandangan yang sangat indah di Pamukkale, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Cappadocia. Walaupun perjalanan hari ini sangatlah jauh dan lama, tetapi seperti biasa kami akan berhenti di beberapa tempat untuk menghilangkan lenguh, ke tandas, makan tengahari dan solat. Dalam perjalanan menuju ke Cappadocia, kami berhenti seketika di perkampungan Konya. Konya adalah Bandar ke-7 terbesar di Turki. Menurut kata Tour Guide kami, hampir 62 peratus daripada wanitanya berhijab. Di Konya juga sinonim dengan seorang tokoh besar sufi iaitu Syeikh Jalaluddin Ar Rumi yang lebih dikenali sebagai Mevlana di kalangan pengikut-pengikutnya. Di sini, kami semua dibawa menziarahi Maqam Syeikh Mevlana Jalaluddin Ar Rumi. Apa yang membuatkan kami teruja disini adalah terdapat juga peninggalan beberapa helai janggut mulia Baginda Nabi S.A.W yang tersergam indah disimpan rapi didalam sebuah kotak peti berkaca.

    03-umrahstandard

    Akhirnya, setelah beberapa jam kami di sini, kami bertolak semula ke Cappadocia yang menjangkau perjalanan lebih kurang 4 dan 5 jam. Walaupun perjalanan yang jauh, tapi kami dihidangkan dengan pelbagai keindahan ciptaan Allah S.W.T sehingga menghilangkan segala kepenatan kami semua.

    24 Disember 2018 – Hari Keenam : CAPPADOCIA

    Alhamdulillah, hari ini kami menghabiskan masa sepanjang hari di Cappadoccia, melawat tempat-tempat menarik yang menjadi kegemaran para pelancong dari dalam dan luar Negara. Apa yang menarik di sini ialah landskap muka buminya yang agak unik dan ajaib. Sebahagian dari kawasan ini telah menjadi Warisan Dunia UNESCO. Di kawasan ini telah berlaku proses penghakisan pada permukaan batu yang lembut oleh angin dan air selama berjuta-juta tahun sehingga mencorakkannya menjadi seperti hutan bukit yang menyerupai seperti cendawan yang digelar “Fairy Chimneys”.

    03-umrahstandard

    Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke sebuah butik barang kemas dan batu-batu permata yang sangat cantik dan berkualiti. Antara yang sangat dicari ramai adalah Batu Zultanite kerana batu ini hanyalah terdapat di bumi Turki sahaja. Yang menariknya batu ini akan berubah warna mengikut pencahayaan di sekelilingnya. Seterusnya kami menziarahi sebuah perkampungan bawah tanah (Under Ground City) yang telah dibina oleh penduduk di sini untuk melindungi mereka dari pihak musuh pada satu ketika dahulu. Tempat ini juga dikenali sebagai Bandar bawah tanah paling besar di dunia. Kami juga dapat pengalaman yang “extreme” kerana sebahagian dari kami dapat menaiki kereta 4WD menyelusuri jalan-jalan yang agak mencabar untuk memasuki kawasan perkampungan ini. Setelah mencungkil pengalaman berada di bawah tanah, kami di bawa ke kilang pembuatan tembikar dan seramik yang sangat cantik. Di sini kami dihidangkan dengan demo atau cara pembuatan tembikar seramik dengan cara tradisional. Seterusnya kami di bawa ke kilang sutera dan karpet yang mempunyai pelbagai corak dan warna yang sangat-sangat berkualiti mutu pembuatannya. Di sini juga mereka menyediakan kepada kami demo khusus bagaimana cara membuat benang sutera dripada kepompong ulat sutera yang digunakan dalam industri permaidani mereka.

    25 Disember 2018 – Hari Ketujuh : CAPPADOCIA – ERCIYES SKI – ANKARA

    Pagi ini, kami meneruskan perjalanan juga pada awal pagi seawal 7.00 pagi. Perjalanan pada hari ini adalah perjalanan yang sangat-sangat kami nantikan iaitu menikmati pengalaman bermain salji di atas bukit Erciyes Ski. Ketika sampai di sini, kami diberi peluang sendiri bermain salji dan bermain ski yang sangat menyeronokkan walaupun dalam keadaan yang sangat sejuk. Ini adalah pengalaman kami yang pertama dapat bermain salji yang tidak terdapat di tanah air kita.

    03-umrahstandard

    Setelah kepenatan bermain salji dan ski, kami meneruskan perjalanan kami yang agak panjang iaitu menuju ke Ankara.

    26 Disember 2018 – Hari Kelapan : ANKARA – ISTANBUL

    Alhamdulillah, setelah sehari kami bermalam di Ankara, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Bandar Istanbul semula. Perjalanan dari Ankara ke Bandar Istanbul memakan masa yang agak lama juga kerana perjalanannya agak jauh. Di dalam perjalanan, kami dapat melihat keunikan dan kecantikan Salt Lake (Tasik Garam) dan Lautan Marmara yang sangat luas. Setibanya kami di Bandar Istanbul, kami di bawa ke satu tempat maqam yang sangat istimewa bagi kami semua iaitu maqam Saidina Abu Ayub Al Ansari. Siapakah beliau? Beliau adalah sahabat yang sangat mahsyur dan sangat rapat dengan Baginda Rasulullah S.A.W. Dan di sekitarnya juga terdapat banyak maqam-maqam yang dikenali sebagai maqam para Syuhada’. Setelah itu, kami di bawa ke satu tempat dikenali sebagai syurga membeli belah iaitu Grand Bazar. Tour Guide memberi kami masa yang agak lama untuk membeli belah. Kami menggunakan kesempatan masa ini dengan sebaiknya untuk membeli barang-barang yang ingin dihadiahkan kepada saudara mara dan sahabat handai ketika pulang ke Malaysia nanti.

  • ZIARAH JANNATUL BAQI’ (PERKUBURAN BAQI’)

    ZIARAH JANNATUL BAQI’ (PERKUBURAN BAQI’)

    APAKAH JANNATUL BAQI’?

    03-umrahstandard

    Abdullah bin Umar menceritakan, bahwa Rasulullah telah bersabda, “Barang siapa yang mati di Kota Madinah hendaklah dia mati, sesungguhnya aku memberikan syafa`at bagi yang mati di dalamnya.” Ada lagi sabda Rasulullah yang mengatakan: “Barang siapa yang mati di salah satu dua kota suci (mekah dan Madinah), maka kelak dia akan dibangkitkan dalam keadaan aman pada hari Kiamat.”

    Dari cerita ‘Aisyah, bahwa Rasulullah keluar di malam hari untuk mengunjungi pekuburan Baqi’ dan memohon ampunan serta istighfar untuk mereka yang dikuburkan di komplek tersebut.
    (H.R. Muslim).

    03-umrahstandard

    Adapun yang dikuburkan di sana antara lain:

    • Para putri Nabi Saw.: Sayyidina Ibrahim bin Muhammad, Sayyidah Ummi Kultsum radhiyallahu anha (Ra), Sayyidah Ruqoyyah ra., Sayyidah Zainab ra.

    • Para ahlul bait Nabi: Sayyidah Fathimah ra., Abbas bin Abdul Muthallib ra., Sayyidina Hasan bin Ali ra., Kepala Sayyidina Husein bin Ali ra. (menurut sebagian pendapat), Zainal Abidin bin Husein bin Ali ra., Muhammad Albaqir bin Zainal Abidin ra., Ja’far Shodiq bin Muhammad Albaqir ra., Sayyidina Ali karomallahu wajhah (menurut imam Samhudi).

    • Para Istri Nabi: Sayyidah Aisyah bin Abu Bakar ra., Sayyidah Saudah binti Zum’ah ra., Sayyidah Hafshoh binti Umar bin Khattab ra., Sayyidah Zainab binti Khuzaimah ra., Sayyidah Umi Salamah binti Abi Umayyah ra., Sayyidah Juwairiyah binti Harits ra., Sayyidah Umi Habibah/Ramlah binti Abi Shofyan ra., Sayyidah Shofiyah binti Huyay bin Akhthob ra., Sayyidah Zainab binti Jahsy ra.

    • Keluarga Hasyim ra : Uqail bin Abi thalib ra., Abdullah bin Ja’far Atthayar ra., Abi Shofyan bin Harits bin Abd. Muthallib ra.

    • Imam Malik Bin Anas Imam Nafi’ bin Abi Nu’aim ra.

    • Utsman Bin Madh’un ra., Abdurrahman bin Auf ra., Sa’d bin Abi Waqos ra., As’ad bin Zurarah ra., Khunais bin Hudzafah ra., Fathimah binti Asad (ibunda sayyidina Ali).
    Untuk sahabat nabi sendiri, menurut Qadhi ‘Iyad dari Imam Malik berkata, “Ada sekitar 10.000 sahabat meninggal dunia di kota Madinah dan dimakamkan di pemakaman Baqi”.

    03-umrahstandard

    Menurut riwayat yang mashur sahabat nabi dari kalangan Anshar yang pertama kali dikubur di Baqi adalah As’ad bin Zararah Al-Ansari ra. yang meninggal setelah sembilan bulan Rasulullah hijrah. Sedang dari kalangan sahabat Muhajirin adalah Utsman bin Maz’um ra. yang meninggal setelah perang Badar pada tahun ke-2 Hijriyah.

    Ada juga yang berpendapat bahwa sahabat pertama yang dimakamkan di al-Baqi adalah Utsman bin Maz’um, yang wafat 3 (tiga) Sya’ban tahun 3 (tiga) hijriyah. Rasulullah memerintahkan menanam pepohonan di sekitar pusaranya. Rasul juga meletakkan dua buah batu di antara makam sahabatnya itu.

    Satu tahun kemudian putra Rasulullah Ibrahim wafat saat masih bayi (umur 18 bulan). Dengan derai air mata Rasulullah memakamkan putranya tercinta itu di al-Baqi. Sejak itulah penduduk Madina ikut juga memakamkan sanak saudaranya di al-Baqi. Apalagi setelah mendengar sabda Rasulullah, ”Salam sejahtera untukmu wahai orang yang beriman. Jika Allah berkenan, kami akan menyusulmu. Ya Allah, ampunilah ahli kubur al-Baqi.”

    SEMOGA ALLAH PILIH KITA KE SINI UNTUK ZIARAH TEMPAT YANG BAIK INI BAGI MENGINGATKAN KITA TENTANG KEMATIAN.

  • ISLAMIC TURKEY TOUR

    ISLAMIC TURKEY TOUR

    03-umrahstandard

    Hari Pertama, Ahad, 2 Disember 2018 : “Istanbul, Kami Datang!”

    Sarapan pagi yang dihidangkan pramugari tidak lagi memikat selera kerana bayangan Istanbul sudah mula menerjah di minda. Jam menunjukkan 10.30 pagi waktu tempatan apabila pesawat Airbus A310-300 Mahan Air mendarat di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki, setelah transit selama 3 jam di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran. Walaupun agak lewat kerana jadual penerbangan dari Tehran telah ditangguh lebih kurang sejam, namun Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Aku turun dan menunggu jemaah yang lain di satu sudut selepas pintu masuk pertama menuju ke tuntutan bagasi. Perkara pertama yang terlintas di kepala ialah melanggan dan mengaktifkan roaming antarabangsa yang sudah saya tetapkan sejak di Malaysia untuk menghubungi pemandu pelancong kami, Mr Özgür Ozan. Sambil mengiringi jemaah saya sempat merakamkan beberapa gambar jemaah sedang berjalan dengan keterujaan terpancar di wajah mereka. Kali ini kami sudah menyiapkan diri lebih awal di Tehran untuk program seharian di Istanbul kerana kami hanya akan ‘check-in’ di hotel setelah berakhir lawatan dan makan malam. Proses semakan imigresen mengambil masa 20-30 minit, mengambil beg selama kira-kira 20 minit dan keluar masuk tandas atau dipanggil “WC” selama 15 minit. Selesai menuntut bagasi, kami berhimpun di satu sudut untuk taklimat ringkas kira-kira 10 minit sambil menunggu 3 orang tetamu berkerusi roda. Sebaik keluar di pintu ketibaan, terus kedengaran suara memanggil, “Mursyid!” di balik deretan penyambut-penyambut lain dengan bendera dan label masing-masing. Ternyata itu ialah suara pemandu pelancong kami. Sambil berjabat tangan dan memperkenalkan diri, beliau membawa kami ke satu sudut untuk “meet and greet” serta taklimat. Seterusnya, beliau membawa kami berjalan kurang 50 meter ke tempat letak bas kerana bas yang masuk mengambil penumpang dikenakan caj yang mahal. Kedinginkn udara luar sekitar 9-11oC menyebabkan semua mengeluarkan jaket tebal masing-masing. Antara ucapan pertama Tour Guide kepada kami sewaktu di dalam bas ialah “Ho?geldiniz” yang bermaksud ‘Selamat Datang’. Bacaan doa selamat dibacakan oleh Tour Leader setelah semua tetamu mengambil tempat duduk masing-masing dan kata laluan Wifi bas diberikan oleh pemandu, Mr Tolgar.

    Oleh kerana waktu sudah menghampiri tengahari, kami memutuskan untuk ke restoren dahulu untuk makan tengahari sebelum memulakan lawatan. Pada 11.40 pagi, bas menurunkan kami di satu ‘drop point’ dan kami berjalan lebih kurang 10 minit sebelum tiba di Tamara Restaurant & Cafe, persinggahan pertama kami di Istanbul di mana kami dihidangkan nasi, Kebap Ayam Turki dan air kosong. Seperti biasa mengikut adat makan orang Turki, mereka akan hidangkan set salad dan roti, disertai sup sebagai pembuka asas sebelum hidangan utama. Garam, serbuk lada hitam dan emping cili pula menjadi pelengkap rasa yang boleh dikatakan ‘wajib’ ada di setiap meja. Alhamdulillah, selesai menjamu selera, kami turun menjamu mata di kedai cenderamata bersebelahan iaitu “Zakir Gallery” sambil ‘menyelidik’ harga barang-barang. Sementara itu, ada yang mengambil peluang mengambil gambar, minum kopi dan merokok di luar kedai.

    03-umrahstandard

    Destinasi kami berikutnya ialah Masjid Sultan Ahmed atau lebih popular dengan nama “The Blue Mosque” di kalangan orang tempatan. Sebelum tiba di situ, kami melalui The Hippodrome of Constantinople, satu dataran horizontal yang menempatkan 3 buah arca yang monumental iaitu Serpentine Column, Obelisk of Theodosius dan German Fountain of Wilhelm 2, yang mana dataran ini suatu ketika dahulu merupakan pusat acara sukan seperti Lumba Kereta Kuda, olahraga serta acara-acara politik. Selepas mendengar taklimat sejarah, jemaah diberikan masa untuk bergambar selama 30 minit sambil menikmati angin sejuk kota Istanbul.

    03-umrahstandard

    Kami kemudian berjalan ke Masjid Biru, sebuah kompleks masjid yang mengambil masa 7 tahun setengah untuk dibina atas arahan Sultan Ahmed I, yang mana ketua arkiteknya pernah membaik pulih Kaabah dan memasang pancur emas padanya. Ia bukanlah semata-mata rumah ibadat, bahkan sebuah institusi yang menempatkan hospital, madrasah, sekolah rendah, bazar dan makam diraja. Setibanya di perkarangan masjid yang memiliki 6 minaret itu, azan berkumandang menandakan masuk waktu solat Zohor. Pemandu pelancong kami yang lebih mesra dipanggil “Ozzie” menunjukkan para tetamu lokasi tandas, tempat wudhu’ serta menetapkan waktu dan tempat berhimpun. Bagi jemaah yang bukan beragama Islam, mereka turut dicadangkan masuk dan melihat sendiri senibina masjid yang terkenal dengan kemasan jubin Seramik Biru bermotif bunga-bungaan dari Iznik yang berjumlah lebih 20,000 keping, kecantikan seni Khat Arab serta binaan dalaman yang diperkukuh dengan 4 tiang “kaki gajah” gergasi berdiameter 5 meter. Untuk masuk, semua pengunjung dikehendaki memasukkan kasut ke dalam sarung plastik yang disediakan. Selesai menunaikan solat Jama’ Zohor dan Asar, kami tidak melepaskan peluang mengambil beberapa gambar berlatarbelakangkan mimbar dan mihrab sebelum berhimpun di hadapan tangga masjid.

    Kira-kira 50 minit kemudian, kami bergerak menuju ke Hagia Sophia yang letaknya tidak jauh, hanya 100 meter dari Masjid Biru. Ini setelah diadakan perbincangan dan majoriti jemaah memilih mahu melawatnya berbanding melawat Masjid Ayub Al-Ansari yang dicadangkan oleh Tour Guide. Setelah beratur hanya 5 minit, kami dapat masuk melalui Fast Lane sekitar jam 2.50 pm. Muzium yang dulunya sebuah gereja dan ditukar menjadi masjid akan ditutup sekitar jam 5 petang, jadi kami memanfaatkan baki 30 minit selepas mendengar taklimat sejarah untuk melihat-lihat ruang dalaman yang mempamerkan keagungan senibina ‘basilika’ atau gereja tua abad ke-6 serta sentuhan transformasi Sultan Muhammad Al-Fatih yang mengundang rasa kerohanian Islam. Berjalan di dalam ‘Aya Sofia’ memberikan suatu perasaan yang unik umpama merentas zaman menelusuri tamadun yang membawa dua agama besar, Kristian dan Islam. Beberapa lukisan atau elemen keagamaan Kristian seperti Mary dan Angel pada jubin dinding dapat dilihat semula setelah simen yang menutupnya ditanggalkan.

    Seterusnya kami berjalan melewati bangunan-bangunan cantik menuju ke pick-up point untuk menaiki bas ke Bosphorus Cruise. Setibanya di jeti, sebuah bot putih dua tingkat beralas rumput karpet hijau telah pun sedia untuk membawa kami belayar sambil menikmati keindahan kota Istanbul dari Laut Marmara dan selat Bosphorus yang memisahkan Turki Eropah dan Turki Asia dengan diiringi tiupan angin selat yang dingin. Sambil lepak-lepak di atas dek menghirup udara segar, bergambar, mendengar cerita Tour Guide, mendengar lagu serta melihat bangunan-bangunan lama, rumah penduduk, kubu pertahanan, istana dan jambatan, kami juga dapat saksikan camar-camar laut dan burung layang-layang terbang bebas. Apabila dirasakan dingin bayu tidak tertahan, dek tingkat bawah yang tertutup menjadi ‘spot’ kami untuk menikmati “Çay” (Teh) atau “Kahve” (Kopi) panas dengan harga hanya 5 TL secawan.

    03-umrahstandard

    Tepat jam 5.30 petang, bot cruise yang kami naiki berlabuh untuk kami menikmati makan malam di Restoren Mio yang letaknya di bawah Galata Bridge. Terasa puas walaupun hanya kira-kira sejam belayar di atas cruise. Makan di ‘atas’ laut tidak sah tanpa makan makanan laut. Jadi, petang itu kami dihidangkan nasi seakan pulut bersama Ikan Mackerel Bakar yang sungguh segar dan enak, sehingga ada yang mahu menambah nasi. Selepas sejam, kami terus berjalan ke Taksim Square dan Istiklal Street. Di sebelah Tugu Kemerdekaan, jemaah berkumpul dan diberi taklimat ringkas sebelum menjalankan aktiviti bebas. Jalan yang sesak dengan orang ramai seolah-olah sedang berarak, Tram pula melintas di celah-celah kesibukan serta deretan kedai, café dan hotel di kiri kanan jalan menjanjikan suasana malam yang istimewa di kota Istanbul moden. Di kalangan jemaah, ada yang minum kopi di Simit Saray?, ada yang mencari kad sim dan ada yang menjenguk pakaian-pakaian di kedai sepanjang jalan. Udara yang dingin menyebabkan kedai-kedai yang dilengkapi pemanas menjadi persinggahan.

    Setelah selesai berjalan-jalan di Istiklal Street, kami bertolak ke Hotel Hilton Garden Inn, penginapan pertama kami di Turki. Alhamdulillah.. ebaik kad kunci diagihkan, akses wifi, waktu solat, arah kiblat, waktu sarapan dan waktu berkumpul diberitahu, semua bergegas ke bilik masing-masing kerana kepenatan.

    Hari ke-2, Isnin, 3 Disember 2018, “Dari Kota Bursa ke Pulau Burung”

    7.15 pagi, kami bertolak ke Bursa bersama orang ramai yang keluar bekerja. Mengikut jadual, kami akan menziarahi Masjid Agung atau “Ulu Cami”, kemudian “Ye?il Cami” atau Masjid Hijau yang mana berhampiran dengannya terletak Makam Hijau. Dalam perjalanan ke sana, jemaah dibawa ke Kedai Muneera untuk membeli-belah manisan Turki atau “Lokum” yang sememangnya terkenal di Bursa. Bukan sahaja manisan, bahkan terdapat pelbagai lagi produk keluaran tempatan yang dijual seperti minyak zaitun Extra Virgin, madu asli, Saffron, pati minyak wangi, rempah-ratus, ma’jun dan lain-lain.

    Selesai berbelanja, bas terus ke Grand Mosque dan selama 40 minit, kami melakukan perkara-perkara rutin pelancong. Melihat masjid yang tersergam indah, ramai yang tidak sedar bahawa di atasnya ada 20 kubah kerana ia tidak dapat dilihat melainkan dengan pandangan aerial. Ia berikutan janji Sultan Y?ld?r?m Bayezid I dari kerajaan Seljuk mahu membina 20 buah masjid jika menang dalam perang Nicopolis 1396 menentang Tentera Salib yang akhirnya berubah kepada membina 20 kubah sahaja pada satu masjid atas faktor kewangan. Apa yang menarik, ruang dalamannya seolah satu pameran seni Kaligrafi Arab apabila 192 karya oleh 41 orang artis khat yang berbeza memenuhi dinding-dinding dan tiang-tiang, di samping keunikan binaan “?ad?rvan” atau kolam pancuran di ruangan tengah yang mendapat pencahayaan langsung dari tingkap kecil kubah.

    Sebelum lawatan ke Masjid dan Makam Hijau yang menempatkan makam Sultan Mehmed I, jemaah Non-Muslim diberi pilihan untuk terus ke makam tanpa masuk ke Masjid Hijau, manakala yang Muslim akan solat Zohor dan Asar di sana. Turun sahaja di depan Green Mosque, satu mercu tanda berwarna biru tertulis “Bursa” menyambut kami. 30 minit masa diberikan untuk melawat kedua-dua tempat terasa amat singkat. Dijoloki nama “Hijau” kerana majoriti binaan dikemasi dengan jubin berwarna hijau. Melawat ke sini pastinya rugi jika tidak mengambil banyak foto kerana terdapat banyak senibina dan lanskap yang cantik untuk dirakamkan. Silk House yang letaknya hanya di luar pagar Masjid Hijau menjadi persinggahan terakhir kami di Bursa untuk melihat atau membeli produk-produk sutera seperti Pashmina serta pelbagai jenis barang cenderahati lain. Bagi yang berkesempatan ‘meronda’ di dalamnya, pasti mereka tertarik dengan reka hias dalaman bangunan tersebut.

    Jam 3.00 petang, kami tiba di sebuah restoren untuk makan tengahari, seterusnya bertolak ke Ku?adas? yang jauhnya sekitar 5 jam perjalanan. Alhamdulillah, kami tiba di Palmin Hotel pada jam 8.00 malam dan terus makan malam sebelum check-in. Tidak lengkap rasanya berada di Ku?adas? jika tidak melihat Laut Aegean dan menghirup angin malam di pinggir salah satu pantai peranginan terkenal di dunia. Jadi malam itu aku bersama 5 orang tetamu keluar ke bandar Ku?adas? menaiki sebuah teksi dengan sewa 25 TL sehala. Selepas 5 minit bertolak sahaja, pandangan kami tertoleh ke sebuah pulau kecil yang dikelilingi tembok penuh bercahaya. Pemandu memberitahu namanya “Pigeon Island” lalu memberhentikan kereta untuk memberi peluang kami mengambil gambar sebelum ke bandar yang hanya beberapa kilometer jaraknya dari situ. Setibanya di bandar, kami berjalan menyusuri laluan pejalan kaki di pesisir Pantai Aegean sambil menyaksikan pemandangan malam serta bergambar di sebuah arca Burung Merpati iaitu simbol Ku?adas?. Minum teh dan kopi hitam Turki di Ku?adas? Bistro menjadi pelengkap aktiviti kami malam itu sebelum bergambar di hadapan sebuah Caravanserai di mana pemandu teksi menunggu untuk membawa kami pulang.

    Hari ke-3, Selasa, 4 Disember 2018 : Dari Kota Hellenistik Ephesus ke ‘Istana Kapas’

    Pada jam 7 pagi, kami berangkat meninggalkan Palmin Hotel untuk ke destinasi seterusnya, Pamukkale. Sebelum ke sana, ada dua tempat yang akan kami lawati di Selçuk, wilayah Izmir iaitu Citto Pelle Leather Shop dan Ephesus. Kira-kira jam 8.30 pagi, kami tiba di Kedai Pakaian Kulit Citto Pelle lalu disambut mesra oleh staf kedai sebelum dipelawa masuk ke ruang persembahan fesyen sambil dihidangkan teh epal yang sangat sedap. Ketika menyaksikan peragaan fesyen, para tetamu disediakan dengan kad bernombor untuk ditandakan dengan nombor pakaian yang berkenan di hati. Selesai sahaja pertunjukan, seorang wakil kedai memberikan taklimat tentang produk yang mereka hasilkan, kemudian kami dijemput ke galeri pakaian untuk mencuba dan membeli dengan tawaran 50% diskaun. Walaupun harga pakaian mencecah 2,000 TL, kualiti pakaian daripada 100% kulit biri-biri yang lembut, sesuai dengan semua cuaca, boleh dipakai kedua-dua belah dan boleh mengekalkan suhu badan, memjadikan ianya berbaloi tambahan pula terdapat jaminan ‘warranty’.

    Setelah kempunan memiliki jaket kulit biri-biri, jemaah dibawa ke Ephesus, sebuah tinggalan Kota Perdagangan Greek Kuno bagi melihat sendiri sisa-sisa bangunan era Helenistik Pagan ketika mana penduduknya beriman dengan kewujudan tuhan-tuhan Mitos. Di sini kami seolah-olah dapat menelusuri sejarah tamadun Greek Lama dengan unsur-unsur kepercayaan karut mereka, membayangkan corak kehidupan sosial mereka dan akhirnya mengambil iktibar daripada bencana yang menimpa kaum tersebut. Mengambil foto di Marble Street, Temple of Hadrian, Library of Celsus, Amphitheater, Agora dan Paip Air Aqueducts merupakan satu pengalaman yang sangat nostalgik. Kehadiran kucing-kucing gebu dan jinak turut menceriakan suasana. Keseluruhan perjalanan santai yang berjarak 1.6 km di selang seli taklimat sejarah mengambil masa lebih kurang 2 jam sehingga kembali ke bas.

    03-umrahstandard

    Selesai Ephesus, kami singgah makan tengahari dan solat sebelum meninggalkan Izmir. 3 jam kemudian kami tiba di Pamukkale dan Kota Hierapolis untuk merasai keindahan ciptaan tuhan dalam bentuk teres dan kolam-kolam kecil kalsium karbonat berwarna putih bak kapas yang terbentuk secara semulajadi oleh mata air panas. Dikatakan di atas ‘istana’ putih inilah Kota Roman Kuno Hierapolis dibina. Lanskap semulajadi berbentuk tangga daripada batuan kapur itu menjadi lokasi tumpuan kami untuk merendam kaki dan bergambar. Pun begitu, ada antara kami yang tidak berani berjalan di atasnya dek setengah permukaannya yang bertekstur kasar dan licin. Muzium Artifak dan Antique Pool sudah pun ditutup petang itu. Masa dan jarak yang jauh tidak mengizinkan kami untuk melihat dengan dekat kesan-kesan tinggalan bangunan seperti Kuil Apollo, Kompleks Mandi-manda Roman, Theater dan Tembok Kota. Apa yang jelas kelihatan ialah tiang-tiang roman dan runtuhan batu-bata di merata tempat. Berdasarkan sejarah, kota ini pernah musnah akibat gempa bumi semasa pemerintahan Raja Nero, kemudian dibangun semula dan menjadi tradisi penduduknya datang ke kolam air panas kerana dipercayai ia boleh merawat pelbagai penyakit.

    Malam itu, Hotel Tripolis menjadi penginapan kami. Setelah check-in, kami turun menikmati makan malam, kemudian sebahagian tetamu bersantai di ruang santai bersebelahan lobi untuk menggunakan internet sambil dihidangkan persembahan “Oriental Dance” yang bermula pada jam 9 malam.

    Hari ke-4, Rabu, 5 Disember 2018 : Dari ‘Istana Kapas’ ke ‘Kota Hati’ ke ‘Tanah Kuda-kuda Cantik’

    Pada jam 7.30 pagi, roda berpusing untuk membawa kami ke lokasi membeli-belah barangan tekstil khasnya yang diperbuat daripada kapas kerana Pamukkale terkenal dengan kapasnya yang berkualiti. Sebaik tiba di Varol Tekstil, para tetamu diberikan penerangan ringkas tentang produk-produk yang dihasilkan sebelum mereka diberikan kebebasan untuk membeli-belah barangan seperti stokin, t-shirt, tuala, cadar, runner, karpet dan selendang. Di situ sahaja kami mengambil masa hampir 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Konya. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah ‘RnR’ di mana kami berpeluang mencuba satu hidangan yang ringkas tapi lazat iaitu yogurt dicampur madu bersama taburan biji poppy. Perjalanan diteruskan ke sebuah restoren untuk makan tengahari dan solat.

    03-umrahstandard

    Kira-kira jam 4 petang, bas berhenti dan kami berjalan sejauh 30 meter seiring laluan Tram Moden Bandar Konya sebelum tiba di Muzium Mevlana, yang asalnya sebuah madrasah dan penginapan penuntut sejenis Tarikat ilmu Kesufian yang diasaskan oleh Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi, seorang tokoh ilmuan Tasawwuf dan pujangga berketurunan Parsi. Beliau terkenal dengan falsafah tentang nilai universal cinta dan ketuhanan yang diterjemahkan melalui karya puisi dan tarian sufi. Berteman angin petang yang nyaman dan dingin, para tetamu leka mengambil gambar di halaman muzium yang dihiasi sebuah kolam pancuran atau “?ad?rvan”. Ziarah ke ruang-ruang pameran yang menempatkan makam-makam ahli keluarga Maulana, masjid kecil, dapur, kamar Tarian ‘Sema’, pakaian-pakaian mereka, alat-alat muzik, lembaran lirik puisi, kitab Al-Quran lama, sejadah dan lain-lain dirasakan sangat singkat memandangkan masa lawatan yang hampir berakhir. Kami bergambar beramai-ramai di sebuah Mercu Tanda bertulis “Konya, The City of Hearts” sebelum beredar untuk menaiki bas ke destinasi terakhir.

    Waktu sudah senja apabila kami sampai di Sultanhan Caravanserai untuk melihat sendiri salah sebuah perhentian pedagang yang terbesar di dunia yang dibina ketika Kesultanan Selçuk sebagai penginapan dan kubu pertahanan laluan perdagangan abad ke-13 dahulu. Namun, nasib kami kurang baik kerana tidak dapat menyaksikan ruang dalaman bangunan yang kini dalam proses pembaikpulihan.

    Jam 7 malam, bas bertolak ke Dinler Hotel, lokasi penginapan kami di wilayah Nevsehir, Cappadocia.

    Hari ke-5, Khamis, 6 Disember 2018 : Di ‘Rumah Belon Udara Panas’

    Cappadocia yang bermaksud “Tanah (Tempat Asal) Kuda-kuda Cantik” sangat kaya dengan lembah-lembah yang menjanjikan panorama unik, mencabar imaginasi serta menakjubkan. Pastinya rugi siapa yang tidak melawatinya jika bertandang ke Turki. Pemandangan beratus-ratus belon-belon udara panas berterbangan dilangit turut memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

    Selepas menikmati sarapan pagi, rata-rata tetamu kelihatan teruja memulakan lawatan. Jam 8 pagi lagi, semua sudah siap menunggu di lobi, cuma kali ini tanpa bagasi kerana kami akan berada selama 2 hari di Cappadocia. Lokasi pertama lawatan kami ialah Ozler Art Center, sebuah kedai menjual batu permata seperti onyx, turquoise, emas dan perak. Namun yang mencuri tumpuan sudah tentulah “Zultanite” atau “Sultaniyyah” asli yang dahulu hanya dipakai oleh para sultan, boleh berubah sehingga ke 13 warna dan hanya dilombong di Turki. Sudah tentu harganya tidaklah murah, tapi itu tidak menghalang beberapa orang tetamu membelinya dek keunikan dan jaminan keaslian yang diberikan.

    Seterusnya, kami ke Uchisar melihat pemandangan serta mengambil gambar berlatar lembah-lembah yang dipenuhi formasi semulajadi berbentuk kon-kon yang pelik berteman udara dingin 10 oC dan 2 ekor unta. Tidak cukup dengan itu, kami bergerak ke Tapak Panorama Terbuka Goreme yang turut memiliki pemandangan unik rumah-rumah dan gereja lama yang dipahat pada bukit-bukit batuan gunung berapi. Difahamkan ia dijadikan tempat persembunyian penganut Kristian dari tentera-tentera Rom yang mahu membunuh mereka. Bezirhani Seramik menjadi perhentian kami berikutnya untuk menyaksikan demonstrasi penghasilan produk tembikar seramik dan membeli-belah barangan seramik buatan tangan yang halus, kreatif dan berciri tempatan.

    03-umrahstandard

    Selesai di kedai Seramik, kami ke sebuah restoren tempatan untuk menikmati hidangn istimewa daging berkuah yang dimasak di dalam tembikar. Alhamdulillah.. setelah kenyang, kami mencuci mata pula di Lembah Pasabag dan Devrent yang sarat dengan lanskap semulajadi yang dipanggil “Fairy Chimneys”. Terasa seolah-olah berada di dunia mistik dan asing seperti yang diceritakan dalam kisah-kisah dongeng.

    Pemandu pelancong kami kemudian membawa kami ke sebuah kedai menjual kekacang di mana para tetamu dan aku tidak melepaskan peluang membeli kacang Almond, kacang Hazel, kacang Pistachio, kacang Cashew, biji Apricot, biji kuaci, Apricot kering, teh epal, minyak ros dan lain-lain keluaran asli negara Turki.

    Lokasi ke enam kami ialah Pigeon Valley di mana kami melihat lembah-lembah yang mengikut cerita, sengaja dilubangi untuk burung merpati tinggal dan najisnya diambil bagi membajai ladang anggur penduduk. Pengalaman memberi makan kawanan burung merpati dan melihat ia berterbangan menjadi kenangan yang indah untuk dibawa pulang.

    Selesai menikmati pemandangan di lembah-lembah sekitar wilayah Nevsehir, kami dibawa pula ke salah sebuah Bandar Bawah Tanah di Cappadocia yang keseluruhannya berjumlah lebih 40 buah. Binaan yang sedemikian rupa dikatakan bertujuan melindungi penduduk daripada cuaca ekstrem dan haiwan buas serta pertahanan daripada serangan musuh. Ia pernah menjadi tempat persembunyian orang-orang Kristian awal daripada tentera Rom. Lebih seratus gua dan terowong bawah tanah menempatkan kandang haiwan, dapur, ruang tidur, ruang tamu, tandas dan stor simpanan makanan ditemui siap dengan lubang pengudaraan dan telaga. Bagi yang berusia dan kurang upaya, ia satu pengalaman yang sukar untuk berjalan menaiki serta menuruni tangga, memasuki dan berjalan melalui terowong-terowong sempit dan berketinggian rendah.

    Sebuah surau berjarak 20 meter dari “Underground City” menjadi tempat kami solat setelah keluar dari ‘gua’ tersebut. Wanita-wanita tempatan kelihatan berniaga di kaki-kaki jalan sambil kanak-kanak riang bermain, tidak kurang ada yang meminta selira dua daripada pengunjung.

    Lewat petang itu, kami dibawa ke sebuah kilang Karpet yang mana kami diberi taklimat tentang industri karpet di Cappadocia, ditunjukkan demonstrasi tenunan karpet menggunakan tangan serta dipersembahkan hamparan hasil-hasil karpet yang berharga tidak kurang 500 TL. Semua tetamu kelihatan terpesona dan rambang mata melihat karpet dan sejadah pelbagai saiz, corak, warna dan material terutama sekali apabila dipertontonkan kemahiran menghampar karpet yang bertukar warna umpama silap mata.

    Kira-kira pukul 6 petang, kami bertolak pulang ke Hotel Dinler setelah menghabiskan lawatan hari kelima.

    Hari ke-6, Jumaat, 7 Disember 2018 : “Salji Oh Salji”

    Tersedar sahaja dari tidur pada jam 2.30 pagi, tiba-tiba hati terdetik untuk membuka tingkap. Ini kerana sehari sebelumnya ketika sebahagian kami berkira-kira mahu menaiki belon, pemandu pelancong memberitahu bahawa salji mungkin turun pada hari ini. Subhanallah! Perasaan teruja yang sukar diungkap apabila titisan-titisan halus berwarna putih dapat dilihat di balik tingkap. Aku jengah kepala ke luar tingkap sambil menghulurkan tangan untuk memeriksa betul ke apa yang aku lihat ini. Bagaikan bermimpi, salji benar-benar turun malam itu. Tanpa membuang masa, aku terus menulis pesanan ringkas ke Whatsapp Group kami, “Cuba buka tingkap”. Setelah itu, jaket, sarung kepala dan tangan aku sarungkan lalu turun ke luar hotel untuk merakamkan detik-detik pertama dihujani salji. Tidak sampai 10 minit, titisan fros dingin menjadi semakin tebal dan lebat lalu memaksa aku kembali ke bilik.

    Tepat jam 6.45 pagi, selesai menunaikan solat Subuh, 10 orang termasuk aku menaiki 3 buah 4×4 berhawa panas menuju ke beberapa lokasi “Panoramic Viewpoints” bagi melihat pemandangan bersalji di lembah-lembah sekitar Nevsehir. Ini bagi menggantikan aktiviti menaiki belon udara panas yang terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca. Lokasi pertama kami ialah sebuah bukit yang menghadap Ortahisar Castle dan rumah-rumah di pinggirnya. Suasana masih agak gelap ketika itu, namun suluhan cahaya kuning samar-samar dari kota bersama hujan salji menjadikannya menarik dan memuaskan hati. Lokasi seterusnya ialah Hospital Monasteries dan Rose Valley yang hampir separuh dilitupi salji. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila melihat dan merasai sendiri pengalaman disentuh, menyentuh serta melihat salji. Keasyikan bergambar sesekali membuat diri terlupa akan kesejukan yang menggigit. Sesekali ais kepal melayang dan berkecai ditubuh terkena balingan. Di Rose Valley, bayangkan lembah dan batuan diselaputi salji nipis, jarang-jarang merperlihatkan warna merahnya, ranting-ranting kayu menampung gugusan kapas ais, sungguh ia suatu nikmat istimewa yang harus disyukuri. Masing-masing ke sana ke sini mencari ‘spot’ menarik untuk merakamkan kenangan yang sangat berharga itu. Setelah hampir 2 jam ‘bermain’, kami pulang ke hotel dengan perasaan puas.

    03-umrahstandard

    Selesai menurunkan bagasi dan bersarapan, sekali lagi para tetamu tidak melepaskan peluang bergambar di halaman hotel yang cantik dengan hujan salji yang masih tidak berhenti. Pokok-pokok yang tadi masih hijau sekarang sudah memutih manakala kereta-kereta pula ditimbus salji setebal 3 inci.

    Pada jam 9.15 pagi, roda bas bergerak dan pemandu pelancong mencadangkan agar kami bermain salji di Cappadocia sahaja, tanpa perlu ke Gunung Erciyes. Ini kerana mengikutnya, jalan ke sana berkemungkinan agak licin serta lebih jauh menyebabkan jemaah terlepas peluang singgah di Tasik Garam dan Makam Ataturk. Jemaah bersetuju, lalu kami dibawa ke pekan Nevsehir dan Uchisar Valley. Selepas penat bermain Snowball di pekan Nevsehir, kami berehat di Lembah Uchisar sambil menghabiskan masa mengambil gambar, minum Teh Turki panas serta membeli sedikit cenderamata Cappadocia. Gugusan-gugusan halus kapas fros yang mengusik pipi tidak lagi aku pedulikan. Kegembiraan dan kepuasan dapat disaksikan di wajah semua tetamu semasa kami menaiki bas untuk meninggalkan ‘Kapadokya’, “The Land of Beautiful Horses”.

    Perjalanan ke Ankara akan mengambil masa kira-kira 5 jam. Selepas makan tengahari dan solat, kami singgah di Tuz Gölü atau Tasik Garam, tasik kedua terbesar di Turki dan antara Tasik Air Masin terbesar di dunia. Sebahagian kami turun berjalan dan bergambar di atas permukaan lapisan garam dalam keadaan angin yang kuat dan suhu sangat dingin di bawah 0oC. Satu pengalaman yang menarik juga berdiri dan berjalan di tengah tasik dengan garam yang menjadi salah satu bahan masakan utama berada di bawah tapak kasut.

    Setibanya kami di An?tkabir atau Makam Ataturk pada jam 3.50 petang, Mr Ozzie, pemandu pelancong kami memberikan taklimat ringkas sebelum kami bergambar secara berkumpulan di hadapan bangunan utama dan berpecah melawat makam serta muzium. Masa yang singkat kami manfaatkan untuk melihat koleksi barang kepunyaan Mustafa Kamal, Pemimpin Revolusi, Bapa Pemodenan dan Pengasas Republik Turki. Bermula daripada kereta hinggalah pakaian-pakaian dan buku-buku beliau, semuanya dipamerkan di muzium ini. Tidak sempurna lawatan ke sini jika tidak menyaksikan upacara pertukaran pengawal-pengawal keselamatan setelah berdiri kaku di penjuru-penjuru bangunan dan pintu masuk. Teriakan dan pergerakan kaki mereka pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung.

    Tepat jam 5.30 petang kami tiba di hotel. Semua tetamu check-in ke bilik masing-masing selepas kunci dibahagikan. Cuaca malam itu sangat sejuk dan berangin, namun itu tidak menghalang aku dan 15 orang tetamu keluar menghirup udara kota Ankara. 4 buah teksi yang disewa dengan 15TL sebuah membawa kami ke pusat bandar K?z?lay yang jaraknya hanya kira-kira 3 kilometer dari hotel Royal Carine. Kami diturunkan di hadapan K?z?lay Shopping Center untuk berjalan-jalan melihat suasana malam di bandar Ankara sambil menjengah beberapa buah kedai pakaian. Sebenarnya bukanlah hendak membeli sangat, tapi kesejukan yang luar biasa membuatkan kedai-kedai menjadi persinggahan kami memanaskan badan. Setelah sejam berjalan, aku mengajak mereka minum di sebuah restoren Kebap yang popular di Ankara iaitu Aspava Kebap. Alang-alang hendak minum, rugi rasanya tidak mencuba Iskender Kebap yang menjadi pilihan utama di situ. Rupanya restoren tersebut menjadi persinggahan terakhir kami kerana ramai yang sudah penat dan kesejukan. Waktu menunjukkan pukul 10 malam apabila pasar-pasar jalanan mula dibuka dan tiada tanda-tanda malam akan berakhir ketika itu.

    Hari ke-7, Sabtu, 8 Disember 2018, Dari ‘Ibu Kota Turki’ pulang ke ‘Kota Konstantinopel’

    Perjalanan yang dijangka mengambil masa selama 6 jam dimulakan dengan doa dan taklimat. Dalam perjalanan melalui lebuhraya Ankara-Istanbul, kami dapat melihat pemandangan bukit-bukau dan hutan Pine yang dihiasi salji di sekitar Wilayah Bolu. Setibanya di Istanbul, kami menuju ke restoren yang sama dengan hari pertama untuk menikmati makan tengahari. Selesai menjamu selera, para tetamu mengambil sedikit masa membeli ole-ole di Zakir Gallery kerana harga yang ditawarkan sudah sedia berpatutan.

    Seterusnya Topkapi Palace, atau “Istana Gerbang Meriam” menjadi destinasi kami untuk melihat kompleks pentadbiran dan kediaman Kesultanan Uthmaniyyah yang telah mengalami beberapa peluasan dan pengubahsuaian selepas gempa bumi dan kebakaran. Di dalamnya tersimpan koleksi khazanah istana seperti senjata, perhiasan, pinggan mangkuk dan peralatan dapur serta artifak-artifak suci peninggalan nabi-nabi termasuk Rasulullah SAW yang kita cintai, antaranya pedang, busur, tapak kaki dan janggut Baginda. Menyaksikan artifak-artifak suci ini menimbulkan suatu bayangan dan perasaan istimewa seolah-olah berada hampir dengan mereka. Di luar laman ketiga Topkapi, terdapat satu sudut di mana kami dihidangkan panorama cantik Laut Marmara dan kota Istanbul sambil menikmati secawan kopi. Sekejap sahaja masa berlalu, kami mesti bergerak ke masjid untuk menunaikan solat dalam waktu Asar sebelum ke lokasi terakhir iaitu Grand Bazaar.

    Selesai solat di Masjid Nuruosmaniye, jemaah terus masuk melalui Pintu 1 Pasar Besar yang memiliki 24 pintu masuk, lebih 60 laluan dan 4000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan daripada emas hinggalah ke cenderamata-cenderamata kecil. Mencari kedai, memilih barang, tawar-menawar dan mencari jalan pastinya membuatkan tempoh 2 jam tidak mencukupi bagi para tetamu. Akhirnya pada jam 6.30 petang, kami keluar meninggalkan Grand Bazaar menuju ke sebuah restoren untuk makan malam sebelum bas datang membawa kami pulang ke Hotel Hilton Garden Inn. Itulah malam terakhir kami sebelum mengucapkan “Güle güle” (Goodbye) dan “Seni seviyoruz” (We Love You) kepada Istanbul.

    Alhamdulillah..

  • KENALI ABDULLAH BIN ABBAS

    KENALI ABDULLAH BIN ABBAS

    SIAPA ABDULLAH BIN ABBAS?

    03-umrahstandard

    Abdullah bin Abas bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf, atau nama gelarannya Abu Al-Abbas. Ia juga dikenal sebagai Hibr Al-Umah (paling tahunya umat) dan Bahr (lautan).
    [1] Abdullah adalah sepupu Nabi Muhammad SAW dan Ali bin Abi Thalib AS.

    Ayahnya, Abbas adalah bapa saudara Nabi SAW. Ia termasuk tokoh kaum Quraisy yang pada zaman jahiliyah menjadi Amirul Haj selama bertahun-tahun lamanya dan mengimarahkan Masjidil Haram. Ibunya, Lubabah Kubra adalah putri Harits bin Hazn Hilali dan saudarinya, Maimunah adalah isteri Nabi Muhammad SAW dan memiliki gelaran Ummu Al-Fadhl.

    Abdullah bin Abbas adalah sahabat kelima yang banyak meriwayatkan hadist sesudah Sayyidah Aisyah, ia meriwayatkan 1660 hadits. Beliau adalah putera Abbas bin Abdul Muthalib bin Hasyim, bapa saudara Rasulullah SAW dan ibunya adalah Ummul Fadl Lababah binti Harits saudari Ummul Mukminin Maimunah.

    Sahabat yang mempunyai kedudukan yang sangat dipandang tinggi ini digelar dengan Informan Umat Islam. Beliaulah asal salasilah khalifah Daulat Abbasiah. Beliau dilahirkan di Mekah dan membesar disaat munculnya Islam, dimana beliau terus mendampingi Rasulullah SAW sehingga beliau mempunyai banyak riwayat hadist sahih dari Rasulullah SAW. Beliau ikut di barisan Ali bin Abi Thalib dalam perang Jamal dan perang Shiffin. Beliau ini adalah pakar fikh, genetis Arab, peperangan dan sejarah. Di akhir hidupnya beliau telah buta, sehingga dia tinggal di Toif sampai akhir hayatnya.

    03-umrahstandard

    Abdullah lahir tiga tahun sebelum hijrah dan Nabi Muhammad SAW mendoakannya “Ya Allah berilah ia pengertian dalam bidang agama dan berilah ia pengetahuan takwil (tafsir)”. Allah mengabulkan doa Nabi Muhammad SAW dan Ibnu Abbas belakangan terkenal dengan penguasaan ilmunya yang luas dan pengetahuan fikhnya yang mendalam, menjadikannya orang yang dicari untuk di minta fatwa penting sesudah Abdullah bin Mas’ud, selama kurang lebih tiga puluh tahun. Tentang Ibnu Abbas, Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah berkata : “Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih mengerti dari pada Ibnu Abbas tentang ilmu hadits Nabi Muhammad SAW serta keputusan-keputusan yang dibuat oleh Abu Bakar, Umar, dan Uthman.”

    Begitu pula tentang ilmu fikh, tafsir, bahasa arab, sya’ir, ilmu hitung dan fara’id. Orang suatu hari menyaksikan ia duduk membicarakan ilmu fiqih, satu hari untuk tafsir, satu hari lain untuk masalah peperangan, satu hari untuk syair dan memperbincangkan bahasa Arab. “Sama sekali aku tidak pernah melihat ada orang alim duduk mendengarkan pembicaraan beliau begitu khusu’ nya kecuali kepada beliau. Dan setiap pertanyaan orang kepada beliau, pasti ada jawabannya”.

    Menurut An-Nasa’I, sanad hadits Ibnu Abbas paling Shahih adalah yang diriwayatkan oleh az-Zuhri, dari Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utba, dari Ibnu Abbas. Sedangkan yang paling Dlaif adalah yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Marwan as-Suddi Ash-Shaghir dan Al-Kalabi, dari Abi Shalih. Rangkaian ini disebut salasilah Al-Kadzib (salasilah bohong).

    Ibnu Abbas mengikuti Perang Hunain, Thaif, Penaklukan Makkah dan haji wada’. Ia menyaksikan penaklukan Afrika bersama Ibnu Abu A-Sarah. Perang Jamal dan Perang Shiffin bersama Ali bin Abi Thalib.

    Beliau wafat di Toif pada tahun 68H dan dikebumikan dibelakang kawasan Masjid Ibnu Abbas yang menjadi tarikan pengunjung jika ke Toif harini.

    Pakej Premium Sofwah promosi kami memang akan ke Toif dan kesemua pakej premium kami adalah percuma sahaja ke Bandar Toif.

    Cuba lihat pakej RM 5990 ke Toif dengan hotel paling dekat di Mekah dan 5 Kali Umrah kami sediakan untukk semua tetamu Allah SWT.

    Ketahui lebih lanjut dengan membaca details pakej kita dibawah ini.

    https://mursyidalharamain.com/v2/package/umrah-premium-sofwah-promosi/

  • PINTU RAUDHAH UNTUK MUSLIMAT

    PINTU RAUDHAH UNTUK MUSLIMAT

    03-umrahstandard

    Berikut adalah jadual waktu masuk ke Raudhah bagi jemaah wanita. Boleh rancang awal jika ada masa lapang di Madinah nanti.

    • SELEPAS SUBUH :
    7.00 pagi – 11.30 pagi

    • SELEPAS ZOHOR :
    1.00 tghri – 3.00 petang

    • SELEPAS ISYAK :
    8.00 malam – 12.00 malam

    03-umrahstandard

    03-umrahstandard

    1. Nak masuk ke Raudhah hanya melalui pintu 25 sahaja bagi wanita. Kalau lelaki dari Babussalam, memang sentiasa buka sahaja pintu utk kaum muslimin. Untuk perempuan perlu ikut pintu 25. Kalau pintu lain memang tidak akan jumpa jalan untuk wanita masuk.

    2. Sebelum nak masuk, ada 2 check point yang perlu kita tahu. Yang pertama di luar pintu besar Raudhah. Yang kedua pintu masuk utama Raudhah. Polis tu akan suruh beratur ikut ‘bahasa Melayu’. Ikut je. Orang bahasa melayu ni ada Indonesia, Singapore, Brunei. Paling senang nak cakap, orang berbahasa melayu ni paling dengar cakap polis yang jaga tu. Polis tu pun baik sangat dengan orang melayu sebab faham kerja mereka. Jadi kalau dia suruh beratur, ikut je bahasa tu. Jangan masuk geng india, pakistan, turki. Please jangan sesekali sebab anda tidak akan faham Bahasa mereka dan susah nanti jadinya.

    3. Nak masuk Raudhah ni ambil masa 2-3 jam tau sebab bergilir-gilir masuk dengan geng india, pakistan, turki dan lain-lain. Jadi kita masuk ikut group kita.

    4. Baca Rabbi Yassir Wala Tu’asir diselang selikan dengan selawat kepada Nabi Sallahu ‘Alahi Wasalam. Kalau nak tahu Raudhah hanya karpet hijau, semua karpet ni Masjid Nabawi bewarna merah, hanya di Raudhah je warna hijau. Gambar karpet boleh google. Bayangkan dalam kepala yang bila kita sampai je dalam Raudhah atas karpet hijau, Allah bagi ruang untuk kita solat. Jangan hiraukan orang ramai, macam mana aku nak solat ni, ramai gila. No! Jangan sesekali fikir. Sangka baik je yang Allah akan bagi kita ruang solat.

    5. Masuk secara berkumpulan 3-4 orang. Jangan berpisah. Bila dah masuk je Raudhah, bagi salam pada Rasulullah. Assalamualaikum Ya Khalilullah Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘ala ali Muhammad, Assalamualaikum Ya Habibullah Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘ala ali Muhammad, Assalamualaikum ya Syafi’ullah Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘ala ali Muhammad. Setiap kali bagi salam, selang selikan dengan selawat.

    6. Jaga akhlak dan adab dengan Rasulullah. Jangan tinggi-tinggikan suara, jangan memekik-memekik panggil kawan dan sebagainya kerana itu adab kita dengan Rasulullah.
    Pihak travel akan sediakan mutawwifah untuk bawa jemaah ke Raudhah, jadi Jemaah tidak perlu risau sangat. Jika nak masuk sendiri selepas tu pun boleh tidak ada masalah.
    Lihat pakej-pakej kami kerana kami sediakan pakej sekali dengan Mutawwifah untuk masuk ke Raudhah. Jadi beliau akan bantu Muslimat untuk pertama kali dan Muslimat dapat belajar dari situ insyaAllah.

    03-umrahstandard

    Ingin ketahui lebih lanjut, sila klik link di bawah:
    https://mursyidalharamain.com/v2/package/umrah-premium-sofwah-promosi/

  • UPAH HAJI

    03-umrahstandard

    UPAH HAJI 2019 BAGI YANG MERANCANG

    Bagi mereka yang ingin melaksanakan upah haji kepada kaum keluarga atau sahabat handai yang telah pergi ke rahmatullah dan ingin tahu akan kelebihan serta dalil pensyariatannya saya nukilkan dibawah beberapa hadis sebagai tatapan kita bersama supaya anda lebih kuat untuk menghadiahkan upah haji tersebut kepada mereka yang telah pergi.

    1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Baginda: ”Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan.” (Riwayat Bukhari).

    3. Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: “Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?” Jawabnya: ”Tidak!” Sabda Baginda: ”Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

    4. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: “Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Apakah kamu anaknya yang paling tua?” Jawabnya: ”Ya!” Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tunaikanlah haji untuknya.” (Riwayat Ahmad dan Nasai).

    5. Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut. Andainya si anak atau waris tidak mampu untuk melakukan haji kepada mereka maka bolehlah diberi upah kepada mereka yang boleh untuk menguruskannya.

    Ingin ketahui lebih lanjut, sila klik link di bawah:
    https://mursyidalharamain.com/v2/package/upah-haji-4/

  • ISTIQAMAH SELEPAS UMRAH

    ISTIQAMAH SELEPAS UMRAH

    Kekalkan momentum kebaikan yang jemaah buat di tanah haram, selepas kembali ke tanah air.
    Biar ada perubahan yang baik sebelum dan selepas ke sana.
    Kalau di sana kita sangat menjaga solat berjemaah di masjid dan solat2 sunat terutama rawatib, buat jugalah di sini.
    Kalau di Madinah, kita berlumba-lumba ke Raudhah, di sini ada juga “raudhah” iaitu majlis ilmu yang dipayungi malaikat yang boleh kita penuhi.
    Kalau di sana kita rajin membaca Al Quran, di sini kita teruskan banyak membaca dan cuba memahami kitab panduan ini.
    Kalau di sana kita banyak bersedekah dan pemurahnya kita, di sini pun banyakkan sedekah terutama kepada anak-anak, kaum keluarga dan sanak-saudara terdekat itu lebih utama.
    Kalau di sana kita banyak berbelanja shopping sakan, di sini kena jimat cermat sikit sebab lambat lagi gaji nak masuk.?