Rebut Kelebihan Gandakan Amalan 10 Hari Awal Zulhijah…


Rebut Kelebihan Gandakan Amalan 10 Hari Awal Zulhijah…


Tips Umrah Musim Panas & Kering Di Tanah Suci (#ambiltahu musim di Tanah Suci sebelum tunaikan ibadah umrah!)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

AHLAN WASAHLAN BULAN ZULHIJJAH…

Dam Di Tanah Suci Mekah



“Pada pendapat saya, hidayah itu milik Allah SWT. Kita tak boleh hukum hati atau niat seseorang.”
Demikian pendapat yang diberikan Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB), Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan susulan isu ada di antara golongan selebriti dan pempengaruh (influencer) yang rancak merakam aktiviti ketika melakukan umrah sehingga menimbulkan persepsi pelbagai di kalangan netizen.
Menurut Muhammad Mursyid, beliau tidak melihat apa-apa yang tidak baik sekiranya seseorang yang terkenal berkongsikan perkara positif yang boleh menarik minat pengikut (followers) untuk berbuat perkara sama.
“Sekiranya dia tangkap foto dan kongsi di media sosial kita kata dia menunjuk, riak dan sebagainya, tidak boleh jatuh hukum pada dia. Islam minta kita untuk ‘judge’ apa yang kita nampak.
“Sebab kita tak tahu mungkin ada yang melihat keindahan foto yang dikongsikan ketika itu mampu membuatkan ada yang nak pergi ke sana untuk tujuan sama (umrah). Tidakkah ia memberi satu hal yang baik kepada mereka yang tengok posting berkenaan?
“Begitulah juga sebaliknya. Kalau yang dikongsikan tidak baik, kita pun perlulah pandai untuk bezakan. Namun bila dia sudah melakukan kebaikan, apa salahnya untuk kita mendoakan yang baik-baik. Doakan hidayah untuknya.
“Bagaimana pun saya percaya ia satu trend (perkongsian foto dari individu terkenal di media sosal jadi ikutan). Macam contoh dia lakukan ibadat, kita kata tak sah sebab dia influencer, tak boleh begitu.
“Mungkin atas asbab video atau foto yang dikongsikan mereka, mampu memberikan hidayah kepada orang lain, InsyaaAllah. Dalam hal ini, saya lebih menyokong agar buatlah benda-benda yang baik. Paling penting istighfar, supaya tiada anasir (syaitan) tak kacau,” katanya.



Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar, baru-baru ini.
Pihaknya yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan.
Ia sekaligus menjadi antara faktor utama syarikat berkenaan yang kini sukses membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan ketika berada di Tanah Suci. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius.
“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” katanya yang pernah meraih anugerah IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 20222 di bawah jenama Mursyid Alharamain.
Mengulas mengenai cabaran, Muhammad Mursyid tidak menafikan fasa pandemik COVID-19 menjadi ujian paling besar memandangkan dia dan isteri, Hajah Intan Fairuz Ramli tekad mengekalkan semua kakitangan dalam tempoh tersebut.
“Masa tu kami fikir ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga dan kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Alhamdulillah Allah ‘lorongkan’ untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd ketika itu,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan pihaknya bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort selepas ini.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain.
“Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya yang turut mengumumkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 penubuhan MATTSB.
Credit : https://www.mediahiburan.my/mungkin-atas-asbab-video-atau-foto-yang-dikongsi-mampu-beri-hidayah-kepada-orang-lain-ustaz-haji-muhammad-mursyid-ulas-posting-influencer-di-tanah-suci-syukur-sukses-10-tahun-bina-jenama/
MEDIA HIBURAN

Trend Influencer ‘Tayang’ Ibadah di Makkah, Ustaz Mursyid Abu Hassan ; “Mungkin Dengan Posting Dia, Beri Hidayah Kepada Orang Lain”

“Hidayah itu milik Allah. Kita orang Islam tak bole hukum hati orang lain,” demikian ulas pendakwah merangkap Pengarah Urusan Mursyid Alharmain Travel & Tours Sdn. Bhd. (MATTSB), Ustaz Muhammad Mursyid Abu Hassan mengenai tularnya tindakan influencer berkongsi posting di tanah suci Makkah ketika mengerjakan ibadah umrah ketika ini.
Jelas Muhammad Mursyid, Islam tidak mengajar umatnya untuk menilai tindakan seseorang individu itu dengan membuta-tuli.
“Kalau tangkap gambar kita tak boleh kata dia menunjuk, riyak. Islam suruh kita menilau apa yang kita nampak.
“Ada orang nampak gambar dia, sebabkan gambar elok orang itu pergi umrah. Tidakkah dia memberikan satu perkara yang baik kepada orang yang melihat?
“Dia (influencer) buat benda betul, doakan hidayah untuk dia. Bagi saya, itu memang satu trend. Kalau misalnya influencer ke Makkah, semestinya dia itu muslim, dia masih orang baik. Ada lagi bahagian hidayah untuk dia peroleh.
“Kita tak boleh menilai orang yang pakai sekian-sekian, orang itu masuk neraka. Islam tak ajar macam itu. Dia pergi buat ibadah, kita kata ibadah dia tak sah sebab dia influencer duk tangkap gambar, tak boleh! Mungkin dengan video dia, beri hidayah kepada orang lain.
“Jadi saya sarankan buat saja benda baik, orang nak kata menunjuk, buat saja, Istighfar, supaya syaitan tak kacau,” katanya yang ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam baru-baru ini.



10 tahun sukses membina syarikat umrahnya bersama isteri tercinta. Intan Fairuz Ramli, Muhammad Mursyid punya pelbagai perancangan besar termasuk niat murni menawarkan pakej umrah percuma kepada umat Islam yang sangat mengimpikan peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Peluang ini juga bagi meredakan kerisauan masyarakat dalam memilih agensi yang betul-betul sah dan berpengalaman berikutan akhir-akhir ini pelbagai isu membabitkan agensi umrah, termasuk kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar.
Isu kenaikan harga juga menyebabkan ramai bakal jemaah terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan.
Buka restoran sendiri di Makkah & Madinah
Bagi Mursyid Alharmain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), pihaknya sentiasa cakna dengan aduan pelanggan walaupun perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga,tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius”
“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia,” ujarnya.

Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 2023 yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharmain.
Tawarkan Umrah Percuma!
Bercerita mengenai perancangan akan datang sempena Ulang Tahun Ke-10 MATTSB, beliau berkata selepas menceburi pelbagai bidang perniagaan, beliau bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk mak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharmain. Kami mahu menjadi seperti sahabar Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam.
MATTSB juga menawarkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana kita ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang,” katanya.
Bagi yang mahu merebut peluang mendapat pakej percuma, pembaca perlu membuat hantaran video atau coretan kenapa anda layak memenangi umrah percuma dan kongsikan di media sosial masing-masing dengan tanda pagar
#umrahpercumamursyid dan
#mursyidalharmaintravel
Anda juga perlu memastikan hantaran itu mendapat ‘Like’ sebanyak mungkin selain perlu ‘Like’ dan mengikuti semua laman sosial Mursyid Alharmain, Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.mursyidalharmain.com atau hubungi +60 11 16095176.
Credit : https://gempak.com/berita-terkini/trend-influencer-tayang-ibadah-di-makkah-ustaz-mursyid-abu-hassan-mungkin-dengan-posting-dia-beri-hidayah-kepada-orang-lain-81184
AMRI HASSAN (GEMPAK)


PELUANG keemasan! Sebagai menghargai masyarakat, Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) menawarkan pakej umrah percuma.
Ini adalah untuk untuk memenuhi hasrat umat Islam yang sangat mengimpikan peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Peluang ini juga bagi meredakan kerisauan masyarakat dalam memilih agensi yang betul-betul sah dan berpengalaman, berikutan akhir-akhir ini pelbagai isu membabitkan agensi umrah, termasuk kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar.
Isu kenaikan harga juga menyebabkan ramai bakal jemaah terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan.
Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan menjadi antara faktor utama syarikat itu berjaya membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.

PENGARAH Urusan Mursyid Alharamain, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan

ISTERI, Intan Fairuz menjadi sumber inspirasi kepada Mursyid dalam perniagaan sehingga berjaya kekal 10 tahun
Pengarah Urusannya, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata pihaknya sentiasa cakna dengan aduan pelanggan walaupun perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan.
“Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak
ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius.
“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami.
“Bagi kami, mereka bukan sekadar Pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah.
“Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kami berjaya membuka restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia,” katanya yang ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

BERSAMA rakan-rakan media yang sentiasa menyokong Mursyid Alharamain
Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB memenangi dua anugerah berprestij iaitu IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar
Harian Awards (BISA) 2023 yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain.
Muhammad Mursyid turut memberikan penghargaan kepada isterinya, Hajah Intan Fairuz Ramli yang juga rakan niaganya sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan.
“Sebenarnya isteri saya ni pelengkap kepada saya. Bukan saja dia ada pandangan jauh dan bernas untuk kembangkan bisnes, tapi dia juga tahu untuk jadikan visi dan misi kami kenyataan bersama-sama pasukan Mursyid Alharamain,” katanya.
Mengimbas dugaan paling getir saat dunia dilanda pandemik COVID-19, Muhammad Mursyid berkata, ketika itu beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama ini setia jatuh bangun bersama MATTSB.
“Masa tu kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga kami dan kakitangan yang kami anggap sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah kami kekalkan mereka sehingga sekarang.
“Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan berkurangan, tetapi Alhamdulillah Allah lorongkan untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd,” ujarnya.
Ditanya rahsia bertahan selama 10 tahan, malah berjaya melepasi dugaan pandemik COVID-19, Muhammad Mursyid berkata pada awal perniagaan sehingga sekarang, MATTSB menawarkan keunikan dalam pakej umrahnya melalui tagline ‘Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain’.
“Dari dulu kami tawarkan lima kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan kami menyantuni jemaah.
“Kami juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain.
‘Kami juga tawarkan hotel dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti,serta mutawif berpengalaman.
“Alhamdulillah, kepercayaan dan kepuasan hati pelanggan meningkat membuatkan mereka tertunggu-tunggu pakej umrah kami setiap tahun.
“Malah ada jemaah yang sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan kami dan ada pula yang jadi rakan bisnes kami, bersama-sama bantu perkasakan Mursyid Alharamain.
“Pelanggan kami ni baik sangat, sampai ada yang jumpa kami semata-mata nak bagi beberapa peluang untuk naikkan lagi prestasi syarikat. Kami terharu sungguh,” ujar Muhammad Mursyid.
Bercerita mengenai perancangan akan datang sempena Ulang Tahun Ke-10 MATTSB, beliau berkata selepas menceburi pelbagai perniagaan, beliau bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua-dua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain. Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah saw, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam.
“MATTSB juga menawarkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana kita ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang,” katanya.
Bagi yang mahu merebut peluang mendapat pakej percuma, pembaca perlu membuat hantaran video atau coretan kenapa anda layak memenangi umrah percuma dan kongsikan di media sosial masing-masing dengan tanda pagar #umrahpercumamursyid dan #mursyidalharamaintravel.
Anda juga perlu memastikan hantaran itu mendapat ‘Like’ sebanyak mungkin selain perlu ‘Like’ dan mengikuti semua laman sosial Mursyid Alharamain.
http://www.mursyidalharamain.com
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Mursyid Alharamain atau laman web www.mursyidalharamain.com atau hubungi +60 11 1609 5176. – WILAYAHKU
DEEL ANJER (WILAYAHKU)

Perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH)

Syabas & Tahniah !!!
Beliau sentiasa mendorong diri beliau ke tahap yang terbaik, dan hari ini beliau telah menunjukkan kepada kita semua makna untuk berjaya.
Selepas 10 Tahun bernaung di bawah jenama Mursyid Alharmain, Tuan Haji Muhammad Mursyid sekali lagi berjaya menempah tempat untuk beliau kerana telah berjaya dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).
Semoga Allah memberikan hidayah dan memandu perjalanan dalam menjalani tanggungjawab yang baharu.



Doa isteri jadi pelengkap, sentiasa peka aduan pelanggan, rahsia Mursyid Alharamain mampu bertahan 10 tahun tanpa guna selebriti

SEJAK kebelakangan ini, kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam.
Ditambah pula dengan isu kenaikan harga yang membuatkan ramai yang pening kepala.
Itu antara sebab ada sesetengah daripada jemaah yang terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan.

Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya mengambil berat akan hal itu dan beberapa keperluan signifikan lain.
Pengarah Urusannya, Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata, pihaknya yang sudah 10 tahun beroperasi sentiasa berusaha menyantuni jemaah.
Berjaya melepasi dugaan Covid-19, MATTSB katanya, menawarkan keunikan dalam pakej umrah mereka melalui tagline Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain.
“Dari dulu, kami tawarkan lima kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan servis MATTSB.
“Selain itu, syarikat juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti termasuk mutawif berpengalaman,” jelasnya sambil memberitahu ada jemaah yang sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan MATTSB dan terdapat juga yang jadi rakan bisnes.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Restoran SACC Kelana Seafood Shah Alam.
Muhammad Mursyid menambah, pihaknya juga sentiasa peka dengan aduan jemaah.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka
dengan rasa makanan yang disediakan.
“Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius,” ujarnya.
Tidak menganggap aduan sebagai satu hal yang mencalarkan reputasi, beliau sebaliknya berbesar hati apabila pelanggan sudi memberi maklum balas.

“Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak daripada maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” ujar
Berkat kesabaran, pihaknya berjaya membuka restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia.
Usaha gigih yang digembleng MATTSB berbaloi apabila memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards 2023.
Pengiktirafan itu sekali gus membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain.

“TAWAR UMRAH PERCUMA”
Kejayaan yang diraih semestinya ada tonggak di belakang Muhammad Mursyid.
ZAITON MANAF (SINAR PLUS – DOMINASI GAYA HIDUP)

Rasa Malaysia dibuka di Makkah, Madinah

Muhammad Mursyid Abdul Hassan (kiri) di depan kedai makan Rasa Malaysia yang memenuhi permintaan tinggi makanan tempatan di Makkah dan Madinah -Foto ihsan Mursyid Alharamain
SHAH ALAM: Mursyid Alharamain membuka kedai makan pertamanya, Rasa Malaysia di Makkah dan Madinah, bagi memenuhi permintaan tinggi makanan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia di sana.
Ia mula beroperasi di Makkah bermula pada Julai tahun lalu, manakala di Madinah pada Mac tahun ini yang menawarkan lebih lima jenis makanan bermula dengan sarapan pagi.
Pengarah Urusan Mursyid Alharamain, Muhammad Mursyid Abdul Hassan, berkata kedai makan itu terletak berhampiran Masjid Al Tawheed di Makkah dan Taiba Center di Madinah yang bermatlamat untuk menyediakan makanan kepada jemaah terutama dari Malaysia yang mengerjakan haji dan umrah.
Katanya, beliau adalah orang Malaysia pertama yang berjaya membuka kedai makan di Madinah.
Muhammad Mursyid berkata, beliau yang menetap selama empat tahun di Madinah, sedia maklum bahawa terdapat sesetengah jemaah haji yang tidak disediakan sarapan pagi untuk mereka.
Jelasnya, berbekalkan pengalaman tiga tahun dalam bidang makanan dan minuman (F&B) dengan menjual kurma semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya berjaya membuka dua kedai makan dan mempunyai perancangan untuk membuka kedai makan seterusnya di Turki tahun depan.
“Pihak kami mengambil peluang ini dengan menyediakan masakan Malaysia yang boleh didapati serendah 15 riyal bersamaan RM17.85.
“Jemaah haji dan umrah boleh membuat pesanan daripada nombor telefon yang pihak kami sediakan di hotel-hotel berdekatan,” katanya ketika ditemubual di Mursyid Alharamain Jumaat lalu.
Muhammad Mursyid berkata, kedai yang berkonsepkan bawa pulang atau ‘take away’ itu mendapat sambutan ramai pihak bukan saja dari Malaysia malahan dari negara jiran seperti Indonesia.
Beliau berkata, sejak dibuka, Rasa Malaysia menerima lebih ramai pengunjung, sekali gus mengatasi jangkaan setakat ini.
Malah, katanya, pihaknya juga menerima banyak maklum balas positif dengan ada sebahagian yang menyifatkan Rasa Malaysia seolah-oleh membawa mereka berada di Malaysia.
“Sasaran kami untuk satu hari adalah sebanyak 5000 pek dengan pelbagai jenis menu Malaysia.
“Waktu jualan pada bulan Ramadan bermula dari 4 petang sehingga 5 pagi, manakala untuk bulan biasa bermula dari 5 pagi sehingga 2 pagi,” katanya.
Muhammad Mursyid berkata, pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui bank Malaysia dan anak-anak jemaah juga boleh melakukan transaksi untuk ibu bapa mereka yang berada di sana.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih tumpuan terhadap pesanan yang akan dibuat oleh jemaah yang tinggal di hotel berhampiran.
NUR AMIRA MOHD HEDZER (BH ONLINE)